Tuesday, November 8, 2016

PANGGILAN INTERVIEW SPP - PANGGILAN 7/11/2016

Assalamualaikum

Lama sangat tinggalkan dunia blogging ni. Kemunculan ni bermaksud. Noie nak share pengalaman semasa temu duga SPP. 

Post ni khas untuk mereka yang 'malu bertanya, sesat jalan' macam noie. 
AMARAN! POST INI MUNGKIN PANJANG
Sesat jalan macam mana? Almaklumlah, noie ni pemalu nak bersosial. So tak ramai kawan nak tanya pasal interview ni. Suka sangat fikir, bila contact kenalan yang tak rapat and tetibe nak tanya or minta sesuatu ni macam mempergunakan orang. Biasa laa pemikiran introvert. Huhuhu. 
Okay kembali pada tajuk asal. Masa dapat tahu yang NORIZAN BINTI NORDIN (obviously that's my real name) ni dapat panggilan interview, seronok dia macam dapat posting. Yelaa, setahun mengunggu lepas grad. Lama rasanya. (Tapi masa interview, borak dengan calon dari uni lain, ada yang menunggu sampai 4 ke 5 tahun).

So dalam kepala start fikir nak study untuk interview. Ni macam study last minute before exam. Berat menghafalnya macam 8 semester punya study. Macam cakap tadi, tak tahu nak start dari mana, nak bertanya malu. Huhuhu.

Nasib laa ni zaman teknologi. Sumber tu banyak.
Dari group whatsapp (members are coursemates) which noie tak aktif langsung, noie cedok laa pengalaman 2,3 orang coursemates yang luckily dah posting. Dorang share some topics, antaranya

CIRI-CIRI GURU YANG BERKUALITI
BUDAYA MEMBACA
MENGHADAPI GURU BERMASALAH
CARA MENGURUS PERISTIWA SEKOLAH
PERKARA DALAM BUKU RPH
PIBG
CONTOH SOALAN KBAT
FUNGSI SPP
PPPM
SISTEM DI KOLEJ VOKASIONAL
RASUAH
CARA MENINGKATKAN PRESTASI SEKOLAH
TUGAS GURU
FPK
KSSM
BPTV

Topik dah ada, apa lagi kita Google je laa. Download semua maklumat. Noie tak print sebab kedekut tapi nak baca dekat skrin phone sakit mata. So dengan kuno nya, noie salin maklumat penting.

Selain tu, ambil tahu semua nama panjang bagi singkatan yang digunakan dalam dunia pendidikan. Contoh, KBAT - kemahiran berfikir aras tinggi. Takut tak tahu, tak faham apa yang dibaca.

Dari blog guru-guru yang dah melalui interview SPP, mereka ada share maklumat penting seperti

SENARAI SEMAK - wajib print
SLIP PANGGILAN TEMUDUGA
BUKU RPH SEMASA PRAKTIKUM
SUSUNAN SIJIL DALAM FAIL -
1. Kad pengenalan
2. Sijil lahir
3. Sijil SPM
4. Sijil berhenti sekolah
5. Surat pengiktirafan JPA - dapatkan dari laman web JPA
6. Surat tawaran ISMP - UPSIan takyah; tak tahu uni lain
7. Surat tamat pengajian - ada sign naib canselor
8. Sijil pencapaian 
9. Transkrip

SALINAN DOKUMEN - mesti dapatkan cop pengesahan. Noie minta cop daripada pentadbiran SMK Bdr Baru Btg Kali sebab paling dekat and adik pun sekolah kt situ
1. Kad pengenalan
2. Sijil lahir
3. Sijil SPM
4. Surat tawaran ISMP *kalau perlu
5. 3  Sijil pencapaian terbaik - sijil dekan tak termasuk; nak sijil penghargaan atau penyertaan
6. Transkrip

PEMAKAIAN SEMASA INTERVIEW
1. Nametag - saiz 7.5×2.5; Nama satu perkataan sahaja (baca pekeliling)
2. Pakaian formal - kemeja (L); baju kurung (P); 
3. Blazer - 3 butang (L); 2 butang di kiri (P)
4. Kasut bertutup - warna gelap

* * * * *
HARI INTERVIEW

Memang takkan lupa laa merempit dari shah alam ke Putrajaya. Thanks to my sister yang bawak motor and noie jadi gps kat belakang dia.

Sampai dekat Putrajaya dalam 7.15 am (dalam slip temuduga, masa yang ditetapkan 7.30am). Memang nampak laa queue yang panjang dekat pintu masuk. And angah cakap, skemanya beratur. Well, cikgukan. Kena jadi contoh yang baik.

Dah masuk bangunan, barulah jumpa coursemates yang lain. Awal depa tu datang. Hehehe. Memang lama tak jumpa. Throwback betul.

Noie group ketiga untuk interview. Group ni terdiri daripada calon dari UTM (1), UiTM (3), UPSI (2) and noie tak sure this lady dari mana tapi yang pasti dari satu course teaching yang terbaik. Ye, bilik interview, Bilik 16, untuk course maths. Group pertama katanya group grad dari luar negara. Group kedua ada 3 orang coursemates noie. And each group ada 7 calon.

Lepas group kedua habis, apa lagi, kutip pengalaman dorang. Adalah topik yang dorang share and memang bangggg kena kt noie. Nasib sempat study. Nak pulak time tu pukul 11:30am, pegawai and cikgu yang interview kami pergi rehat dulu. Sempat laa belek balik notes.

And kami dipanggil masuk dalam pukul 12 tengah hari.

SEMASA INTERVIEW

Bila masuk bilik, memang terus dup dap. Don't worry sebenarnya penemu duga ni baik-baik. Nervous tu bukan sebab takut tapi biasalah ni kan soal kerjaya impian. Hehehe.

Semasa duduk, noie duduk di tengah-tengah. Memang hadap penemuduga depan-depan. Kami semua duduk secara melengkung.

Penemuduga pertama, seorang lelaki, chinese, nampak peramah (memang sempoi). Penemuduga kedua seorang guru wanita, cantik.

Soalan pertama, kenalkan diri. Time ni dup dap dia tak teratur dah and dalam kepala set, jangan nervous, jangan nervous nanti suara bergetar. Time ni cerita laa nama, umur, asal, course, universiti, cgpa and experiences.

Next, soalan yang dikemukakan penemuduga dari spp, apa perbezaan fpk dan falsafah pendidikan guru. Memang rasa macam kena tembak. Honestly memang tak baca tentang fpg tu. Sorang-sorang bagi pendapat.

Soalan seterusnya, perbezaan pengajar dan pendidik. Yang ni memang pendapat kita. Noie punya jawapan, semua orang boleh jadi pengajar, ambil buku teks dan ajar. Pendidik pula mengajar dengan mengenali pelajarnya. Tahu emosi dan tahu macam mana nak tackle student tersebut sesuai dengan dia supaya mudah faham apa yang dipelajari. Tak tahu laa betul ke tak.

Penemuduga kedua pula menyoal. Apa kepentingan menulis RPH dan berikan kaedah yang digunakan untuk mengajar topik pilihan. Next soalan puan ni berbeza untuk setiap calon. 

Calon pertama, maksud PBS. YDP PIBG dipilih dari kalangan siapa.
Calon kedua,  pelaksanaan PBS dan dua unit bawah hal ehwal murid.
Calon ketiga, adil tak pelaksanaan PBS, unit bawah hal ehwal murid (kesinambungan) dan ketua bahagian hal ehwal murid
Calon keempat (noie), kaitan taksonomi bloom dengan band, contoh topik dan cara pemberian band, ketua bahagian hal ehwal murid (kesinambungan) dan tugas pengetua dalam bahagian hal ehwal murid. 
Calon kelima, sorry tak ingat sebab tengah tarik nafas lega. Tapi soalan berkaitan organisasi sekolah, siapa yang mengetuai bahagian kurikulum
Calon keenam, subjek yang tiada ujian bertulis dalam PT3.
Calon ketujuh, tak ingat laa. Huuu. 

Kembali pada penemuduga pertama, beliau beri masa seminit untuk kami pilih satu isu semasa dan huraikan, beri pendapat. Tricky nya di sini, beliau akan tanya nama menteri yang berkaitan dengan isu tersebut. 

Macam noie cerita pasal isu bajet 2017 tentang penyelarasan sistem dasar pendidikan maahad tahfiz, kait dengan anjakan PPPM. Lancar laa sekali tanya nama Menteri yang berkaitan dengan hal ehwal agama. 

Di sini noie bagi tips. Kalau tak tahu, cakap je maaf, tak tahu. Kalau awak hmmm, hmmmm lama sangat, makan masa. Jawab dengan yakin. Kurangkan hmmm hmmmm untuk berfikir. 

Jaga penampilan sebagai bakal guru. Tapi jangan make up berlebihan pulak. Datang awal. Study. Buat homework. Homework awak menunjukkan kesungguhan awak. 



Cukup kot. Hope everything turns out well for me and the others calon interview. 

Passion in teaching, 
Noiechan


No comments:

Post a Comment