Salam Beautiful Readers,
Wa~ tajuk entry bukan main lagi. Poyo jew tu. Bak kata mama noie, muka noie ni macam muka tak ade wawasan. Aduh, pedih tu. tambah-tambah mama sendiri cakap. Tapi jangan risau, saya akan buktikan bahawa saya bukanlah orang yang tak berwawasan. Alamak, nape noie melebih-lebih ni??
Pada bulan Ramadhan yang mulia ni, noie harap, nak sangat kurus. Cehh, tiap tahun berhajat nak macam tu, harapan memang harapan jew. Haha. Mana taknya, tak turun pun berat badan ni. Makin naik adalah.
Sebab-sebab impian tak tertunai:
1. Motivasi diri sangat lemah
2. Mama masak benda sedap tiap-tiap bukak puasa. Hari pertama jew spaghetti diikuti sambal udang. Semalam jew, sambal kentang ngan ikan bilis. Feberet tu. Hari ni tak tahu laa ape lagi.
3. Lemak tu degil sangat nak musnah. Dalam iklan tu tipu jew. Guna alat ni, lemak cair. Kelentong habis.
4. Penjual kuih jual kuih yang deliciousa. Kuih talam, karipap, samosa, apam, dan paling mengidam sekali, tepung pelita. Aduh, kes berat ni.
5. Kurang senaman lebihkan makan. Aikk, makanan lagi. Senaman tak cukup, atau paling tepat lagi, katakan tak nak pada senaman.
6. Adik-adik tak habis kan makanan. Ape kene mengena?? Cuba anda semua bayangkan nasi menangis, lauk merintih minta dihabiskan. Disebabkan noie ni bersifat mengasihani, noie pown habiskan.
7. Menyelang-nyeli. Satu suap nasi, air limau, kuih talam, nasi, jus tembikai, nasi, tepung pelita, "Ma, tambah nasi lagi" Hehe.
8. Mama dah jampi supaya noie habiskan makanan bawah tudung saji tu.
9. Time sahur, eat all you can.
10. Yang penting, noie tak bersalah dalam ini hal.
Semoga dijadikan iktibar. Dikesempatan ni, noie nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka!!
No comments:
Post a Comment