Sunday, April 22, 2012

Teruja

Assalamualaikum,

Hari ini, saya join satu program ni. "Program ni lebih kurang macam OPS KAB cuma lebih besarlah," menurut akak exco di KAB ni. Hmm. Sabtu pagi tak de program, boleh join laa. 

Pagi bangun da lambat. Tak pe-tak pe, berusaha bersiap dengan cepat. Tung-tang, tung-tang siap gak. Pergi dengan roomate sorang, housemate sorang, classmate sorang and kawan roomate. Cun, ngam-ngam dalam kereta Wira kesayanganku. 

Sampai situ, kitorang pergi kat belakang Audi (singkatan bagi auditorium) sebab akak tu kata, flashback, flashback, pergi dekat belakang Audi. Ha, apa lagi, set laa Global Positioning Body System kitorang. Berjalan dari Pintu Timur (pintu utama UPSI) ke sana. Tengok-tengok ada Palapes jew kat belakang tu. Dengan perut lapar, mengeluh-ngeluh saya kat situ. Memang tabiat.

Then, kitorang decide pergi Bitarasiswa sebab nampak kat sana yang macam busy. Tanya kat akak kat situ baru dapat daftar. Yeay! Settle tujuan utama. Nama ada dalam kehadiran. Hehe. Pastu akak tu kata, adik nak join tak uji minda kat depan tu? Saya dengan muka tak rela, blur, sengal, hanya mampu sengih. Memang tak join. Bosan dekat area tu, saya cadangkan dekat followers, followers laa sangatkan, pergi dekat parking depan Malim sebab nampak motor banyak-banyak siap ada polis bagai.

Dekat situ, pak cik polis tu kata, ambik laa gambar untuk facebook~ time tu kitorang pandang akak-akak polis tengah bergambar dekat motor besar tu, motor polis trafik tu. Haik pak cik ni cam taw-taw jew. Saya pun excited, dengan muka batak, naik. Tapi lepas roomate saya naik laa.

AMARAN: Ada gambar yang boleh dikatakan 13SG di bawah. Hehe.







Sebenarnya ada lagi satu gambar patut ada. Gambar saya dengan sarjan polis trafik tu. Tapi, segan nak bergambar dengan dia. Reason sebenar nak ambik gambar dengan dia adalah kerana beliau pernah uruskan kes saman saya. Okay, tu cerita lain.

Last sekali lepas ambik gambar kitorang pergi menenangkan perut yang meragam. And terus balik. Means?? tak pergi program sampai habis. Tapi nama dah tulis. Haha. Standard laa tu.

Okay readers, thanks baca. And saya memang tak tahu nak ending cerita ni camne. Huh~

No comments:

Post a Comment