Sunday, June 2, 2013

Workout ! Workout !

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Insha Allah, semua jawab salam tu kan. Hehe. ^_^

Menurut title post tu, itu semua poyo! Yo yo O je bersenam kan. Alaa-alaa je. Setakat keluar 2-3 titik peluh tu adalah. *okay, hambar*

Lately, saya ada try nak workout and diet. Semuanya sebab nak fit and dapat stamina untuk penilaian silat hari tu. Dah start dari situ, try sampai sekarang. Lagipun boleh sedia untuk Silat Serimau Hitam 2 pulak kan. Yang hari tu baru Silat Serimau Hitam 1.

And, and, saya nak kurus. Percaya tak berat saya almost 70kg. *ni pendedahan exclusive dekat blog ni* Bukan apa, ada instruktor saya tu cakap saya gemuk. Memang tak cakap direct. Tapi ayat dia, haishh~ sabar Izan, sabar. Kawan lain pun ada cakap. Yang lelaki laa mulut tajam. Yang perempuan, takkan tegurnya.

Bukan sebab orang cakap je. Sendiri pun memang nak kurus. Sebabnya nak selesa bila berpakaian. Bukan niat nak pakai seksi-seksi. Tapi bila pakai baju tu, tak de laa ketat lagi. Biar jadi muslimah yang muslimah. So, so, solutionnya, kenalah laa diet and workout.

A day before penilaian silat hari tu, saya memang tak makan langsung. Kira the whole sabtu (hari latihan and class) tu memang tak makan, just banyakkan minum air kosong. Malam tu minum air soya. Lagipun time tu tak selera nak makan. Cuak sebab penilaian. Sampai muntah. Hehe. Time penilaian tu, ada laa rasa ringan sikit badan tapi still tak cukup stamina. Tapi okay laa.

Sekarang ni try workout sikit-sikit. Pagi ada laa round Tasik Proton City. And saya ada try this kind of workout. 

This ! this !
Tapi saya tak de laa ikut kiraan yang banyak tu. As starter, buat banyak yang mampu je. Adik saya suggest jogging. Seriously saya tak boleh nak jogging. Tak larat. Bila jogging kan, rasa dekat bahagian paha dan perut gatal-gatal. So, no jogging. Berjalan laju, boleh. Saya suka senamrobik sebenarnya. Kira saya suka buat workout indoor je. Sit up, tekan tubi, saya tak boleh buat. Hoho. *nak try buat split*

Kalau bab makan, saya tak makan nasi. Bukan tak sentuh langsung. Makan nasi tu, jarang-jarang laa dan kuantiti memang sikit je. Saya makan lauk je. Kalau lapar, makan bihun goreng or kuay tiao goreng as the main dish. Sayur, saya memang suka makan sayur. Sekarang ni, waktu makan saya, tak tentu. Tapi makan berat whether tengahari or dinner. Bab diet makan ni, sebenarnya tak betul. So, jangan follow. Make sure minum air kosong banyak-banyak.

Actually, saya tak patut buat entry ni. Ajar yang bukan-bukan je. Tapi, ni cara saya. Kalau jumpa saya pengsan mana-mana sebab tak cukup makan, tolong-tolong laa ye. Hahahaha. *merepek*

Ni baru je buat exercise. Rembat selimut Aween, tutup kepala. Hehe.
Gambar hari latest. First picture blur. Siapa laa tukang snap ni. Haishh~
Doa-doakan laa saya kurus. Amin. 
Doa tanpa usaha itu bohong. Usaha tanpa doa itu sombong. 
Maka, sekian sahaja entry saya pada kali ini. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

p/s: Tak padan dengan nak exam, sibuk update blog. Puihh~

Workoutlicious, apakah?
Noiechan.

Fight ! fight !

No comments:

Post a Comment