Assalamualaikum people yo people!
Hijab, tu nama urban dia. Kalau orang kampung cam saya ni, panggil tudung jew. Setuju tak? Salah! Memang hijab tu tudung. Tapi tak bermaksud orang bandar jew panggil hijab. Hijab tu bahasa arab laa bhai. Bukan bahasa Melayu moden okay.
Cukup dengan pengertian hijab. Saya bukannya Kamus Dewan Bahasa nak terjemah tu semua. Apa yang saya tahu, benda-benda ni digunakan untuk menutup aurat. Yes, gegirl sekalian, untuk TUTUP AURAT. Isunya di sini, orang kata, gegirl-gegirl sekarang ni pakai tudung bukan disebabkan keikhlasan hati tapi disebabkan trend. Dan paling best sebab dapat tajaan dan jadi model tudung. Betul ke?
Hey, uolls out there! Bagi pendapat serta pandangan daripada Prof Noiechan, *berangan di situ* biarlah atas sebab apa pun gegirl-gegirl ni nak pakai tudung. Janji tutup aurat. Ye, dak? *saya sedang memancing undi untuk PRU ni. Hehe*
Sekarang ni, jangan dipertikaikan, ni mesti tutup tudung sebab kawan, ni mesti pakai tudung sebab nak tiru Yuna atau Najwa Latif. Yang penting di sini, isu tutup aurat. Rasanya tak salah kowt. Mungkin mula-mula sebab ikut trend (sama ada trend semasa atau trend menghormati bulan Ramadhan). Lama-lama terbiasa dan akan istiqamah dalam menutup aurat.
Rasanya kalau ikut trend adalah tidak salah di sisi undang-undang. Dah jadi sifat semula jadi si gegirl ni suka pada benda yang cantik. *dapat pancing undi lagi. boleh menang PRU ni*. Nak fashion belit-belit laa, fesyen Norjuma laa, atau fesyen tadah air hujan (ni, bestfriend bagi nama. Geletek perut dengar), yang penting dah tutup aurat. Kau ada?
Tapi, ikut trend, ikut jugak. Cara bertudung atau berhijab perlu ikut cara yang tepat jugak. Saya ada baca dalam terjemahan al-Quran, berhijab ni perlu menutupi bahagian dada. Pastu kain tak boleh jarang. Bukan berlagak alim di sini ye. Saya cuma menaip benda yang saya dah baca dan bukan baca di buku biasa okay. *please jangan bagi pandangan negatif bila saya menaip benda-benda ni semua. Peace yaw!*
Di sini juga saya menuntut agar pemerhati-pemerhati di luar sana tidak terus men-judge *kelas bahasa kau Jah* gegirl-gegirl ini. Sebaliknya, beri nasihat dan pedoman dengan cara yang lebih baik. Mungkin anda bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang memang mendidik anda dengan agama seeloknya dan saya tidak bermaksud gegirl ini tidak dididik dengan agama, jadi saya rasa, to make world better, we should work together to gain it. *Memang ayat politik*.
So di sini, berhijab| agama atau trend? Bagi saya, ianya berdasarkan perintah agama dan saya juga mengikuti trend serta meng-kucing-tiru style yang boleh diterima pakai. Rasanya antara contoh yang baik dalam berhijab ialah Heliza Helmi, Diana Amir dan Dena Bahrin. Dorang ni, memang berhijab dan trendy jugak laa. Itu sebagai panduan. (:
Owh, hijabsters sekalian, good job sebab menunjukkan kepada dunia betapa mudah dan indahnya dunia ni bila kita menutup aurat. *double thumbs up*
Terima kasih sebab membaca dan jemput jugak baca post yang lalu. Cekidaut yaw! Saya juga ingin meminta maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa sepanjang penaipan entri ini. Saya jugak baru dalam berhijab ini. Minta tunjuk ajar dan teguran yang membina dalam penampilan diri ini. Cewahh~
Sekian sahaja entri ini ye *sambil menari jogetjoget* Huhu.
p/s: Masuk toilet pown tutup kepala taw. Pesanan ni bukan untuk perempuan sahaja ye. Peace yaw!
Nak cun berhijab,
Noiechan.
No comments:
Post a Comment