Assalamualaikum people,
Yes, nak kahwin atau tak? Tahu, korang mesti suka laa topik-topik macam ni. Apa? Saya nak kahwin dah? Ada orang minang saya dah? Oit, jangan cepat buat gosip tahap Melodi ye. *Padahal, memang berharap ada pown.
Bukan laa. Saya just nak bagi pendapat dan pandangan yang separa matang.
Cuba laa korang tengok blog Irine Nadia dengan Dena Bahrin, mesti korang terasa nak kahwin jugak. *Saya pick nama range umur saya, yang lain pown ramai lagi* Kahwin muda, macam sweet-sweet, macam cute miut, kan, kan, kan?
Cuba pulak selak newspaper, kena cerai lepas ada anak laa, kena belasah laa, and tu semua after kahwin beberapa tahun jew. Seram sejuk gak nak kahwin ni kan? Dan selalu berlaku pada pasangan muda macam saya. Eyh, maksud saya bukan saya ada pasangan, maksud saya, saya muda. *Noie, cool. Jangan gelabah*
So, di sini saya tertanya-tanya, *kita capslock jap* PADA PENDAPAT ANDA, ADAKAH BANYAK MANFAAT KALAU BERKAHWIN MUDA ATAU SEBALIKNYA *tutup capslock*.
Ha, jawab, jawab. A big question there.
Pada pendapat saya laa, balik kepada agama ye. Amaran, saya bukan ustazah mahupun kaunselor perkahwinan, penceraian dan rumahtangga. Seperti yang dinyatakan dengan jelas, terang dan nyata sebentar tadi, saya hanya menberi pandangan separa matang.
Pada yang teringin sangat nak kahwin muda tu, cuba jawab pertanyaan ni sedikit: Adakah anda sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri, bapa/ibu, atok/nenek *okay, itu da jauh sangat*. Bersediakah anda? Adakah anda mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin? Kalau dapat support dari family tak pe, tapi sampai bila? Sudahkah ilmu agama dapat diamalkan dengan baik?
Dah jawab? Jawapan? Itu terpulang kepada diri sendiri. Sebelum nak memberi kata putus, digalakkan untuk melakukan solat sunat istikharah. Tak tahu? pergi bukak buku feqah sekolah agama dulu ye. Alaa, google jew. *Thumbs up for the idea*
Terasa matured sebentar. Haha. Okay, kahwin atau tak? Terpulang kalau ada orang meminang saya. *Eyh, tu jawapan dalam hati laa* Ehem, kahwin atau tak? Ikut hati, akal, dan iman. Terpulang pada pendapat sendiri dan keluarga.
Jawapan kepada semua persoalan ini perlu dijawab sendiri. Bertanya kepada orang lain untuk pendapat juga. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. *Tahu peribahasa yang tu jew*.
Actually, saya sendiri pown tak ada jawapan yang pasti. *Sengih macam kerang busuk jap*
Itu sahaja laa.
Memberi pandangan percuma,
Noiechan.
Terasa nak family yg carikan, pastu ada orang pinang, then nikah terus. love after marriage kan lg best. hehehehe =D
ReplyDeletebtw noie, ni cadangan je. apa kata awak tukar setting comment jd pop-up. pastu disable word verification tu. hehe.
nice idea, family carikan kan? triple thumbs up *mana tah dapat thumb up ke-3 tu*
ReplyDeleteidea pasal setting comment da dilaksanakan dengan jayanya. thx for the idea. hehe.
mengharapkan camtu lah. tp mak suruh cari sendiri =(
ReplyDeletehaha. bagus2. mengikut kata =P
same goes to me. haha. tak nak tanggung risiko laa tuh.
ReplyDelete