Lamanya tak berblog. Rindu sebenarnya nak share benda. Rindu sangat-sangat-sangat. Berapa banyak draft dekat dashboard. Semua gara-gara taip separuh jalan. Yang jadi separuh jalan tu sebabnya, mati idea laa, busy, tiba-tiba tak ada mood, tiba-tiba terrajin tergoogle benda lain then melencong tah ke mana. Hik hik hik.
Dengan keazaman yang ada sekarang ni, saya cuba taip sampai habis dan cuba untuk publish ini post. *Muka semangat waja ni*
Sekarang tengah cuti semester. Cuti yang berbaki beberapa hari jew. Baru tiba dekat kampung ni Khamis lepas. Ni semua gara-gara nak kumpul duit nak pergi Riau. Last sekali duit gaji tu guna untuk buat IC yang hilang akibat tercicir, bayar baki yuran yang tertunggak, beli sikit hadiah untuk adik-adik. Huu. Tapi part bagi hadiah dekat adik-adik tu, sikit pun tak rasa membazir or anything. Seronok tengok adik-adik suka hadiah-hadiah tu. Time tido pun guna, bawak main-main lagi. Seronok. Hee.
Hari tu kerja dekat Tanjong Malim. Dekat dengan tempat study. Kedai yang saya kerja tu memang tempat shopping budak-budak UPSI. Yelaa, mana nak pergi lagi dekat Tanjong Malim tu. Nak turun KL, kos lagi. Kerja dekat situ sama jew macam kerja lepas matriks hari tu. Serve customer, bukak stock, jadi cashier, makan. Okay, apa cita part makan tu?? Hehe. Boss dekat situ Chinese. Kitorang panggil suaminya Abang, yang si isteri Kakak. Macam pelik lak panggil dorang dengan panggilan yang biasa kita panggil dekat orang Melayu. Time CNY laa seronok. Dorang memang tak lokek dengan makanan. Okay, masuk jugak cita makan. Haha. Then dapat hongpau. Staff dekat situ pun baik-baik. Saya kerja bahagian pakaian. Mostly baju perempuan. Dekat situ ada sekali Kak Mala, Kak Rina, Mas, Atul.
Kak Mala fluent speaking Mandarin. Awesome laa dia. Kak Rina Indonesian. Lawak laa dia tu. Tapi bila buat kerja, serius. Mas dengan Atul ni budak-budak lepas SPM. Biasa laa, cari pengalaman kerja laa tu. Abang and kakak ni ada kedai kasut and kedai runcit gak. Kembar saya, kembar laa sangat, Miss Reen, kerja dekat kedai kasut dengan Kak Ctiey. Miss Reen ni, okay, tak yah nak miss reen sangat. Saya panggil dia Aween jew. Aween dengan saya ni, macam mana nak cakap ye? Mana dia ada, saya ada and vice versa. Tu yang orang dok kata kami ni kembar laa, adik-kakak laa. Padahal muka sikit pun tak sama. Ilek. Kak Ctiey pulak, sangat ramah. Next month da nak kahwin. Dia da jemput pergi kenduri dia. Lama tak dapat jemputan kenduri. Hehe. Nomnomnom.
Sepanjang semester 5 yang lalu, banyak benda berlaku. Poyonya ayat. Haha. Tapi seriously semua tu banyak mematangkan diri ni. Sepanjang tu saya kenal banyak orang. Kenal siapa yang baik dengan saya, yang boleh dibuat kawan, yang suka tikam belakang, yang betul-betul menghargai diri ini. Ayat nak tacing jew kan? Hee.
Sekarang nak cakap pasal cinta. Melompat-lompat cita dalam post ni kan. Yelaa semua nak sumbat dalam satu post jew. Haha. Lagipun sekarang kan bulan Februari, bulan cinta. Penegasan di sini ye, saya tak sambut Valentine. Haram woooo. Cuma nak bagi pandangan pasal cinta. Mesti semua orang seronok bila ada orang tackle kita especially gegirl. Rasa seronok bila someone try put as much as his/her effort to get you. Once da declare semua effort tu terhenti. Pernah tak rasa macam tu? Mesti kita still harap partner kita do something that he/she ever did. Hmm actually being in love is not about kejar mengejar tapi cinta ni kita mesti jalan seiring. Both do their part, not one party jew. So dua-dua kena berusaha untuk ke arah itu. Waa macam Dr Cinta. Kalah Jep Sepahtu. Haha.
Makin tua ni, dah tak nak main-main lagi. Everything should take seriously. Don't you guys feel the same too?? Every action that we do now akan bagi kesan untuk future kita. So people, saya menyeru kepada anda, be responsible on what you did and what you will do.
For this 2014, I hope everything will going well the whole year for all of us. Dugaan dan cabaran tu, biasa laa. Semua tu berlaku dekat kita for reasons. Indeed, Allah always with us and He knows that kita boleh handle semua tu. He never put us on something that we cannot do. Trust on Him. Keep the faith. Love your family, friends, teachers, and everything around us.
That is that. Thanks baca post yang terpanjang ini. Orang tua ni nak mengundur diri dulu. Jumpa di lain masa dan post. Da macam show sendiri pulak. Show syok sendiri. Haha. Bye ! Assalamualaikum.
Lots of love from,
Noiechan.
Ni jew dapat share. Muachhh. |
No comments:
Post a Comment