Friday, April 12, 2024

Juggling

 Assalamualaikum and what’s up gamepesh

Since my last post, which is in 2019, dah 5 tahun berlalu. From hanya ada zain, now dah ada Izaan and Muadzin. 

My babies, Zain and Izaan during 2022 Raya


Being married and a mom, I think I’m not being me (or it is me?). Rasa macam tak ada masa untuk diri sendiri. But being alone, makes me missed them. Mak mak sangat.

Dulu ada cita-cita nak jadi suri rumah. Masih menyimpan cita-cita tersebut BUT, suri rumah dengan ada pembantu. Woooo cannot lah handle the house alone. Memang rasa nak mengamuk ye. Berhantu je rasa.

Work
I love being a teacher. Tapi subjek yang diajar memang berat. Budak tak minat maths. Sampai ada yang cakap sains lagi senang. Weyh, sains susah kot.

Rupanya jadi cikgu ni bukan semata mengajar ye. Pengkeranian, pemfailan, menari, berlakon, eh macam macam lah. Semua ni kena tiber je pakar.

Best jadi cikgu tapi kena banyak sabar. Working with human, making a human. It is not an easy job. Kau bukan bercakap dengan robot ye. Anak orang. 

Penutup
Kalau nak cerita, banyak benda tapi sukar nak taip. 
Nak meluah, banyak nak jaga.

Fullstop kena ada di mana perlu. So, bye for now.

Assalamualaikum, bye gamepesh!




Friday, December 20, 2019

Dua Tahun Berlalu

Assalamualaikum
What's up Gamepesh!

Yeah, dua tahun tinggalkan blog ni. Dan a lot of things have changed.
Last blogging, January 2017. And now dah nak masuk 2020.

Dalam tempoh masa ni, status pun berubah banyak dah. 
Daripada single, dah married.
Daripada anak dara, dah jadi mak budak.
Daripada seorang ABM, dah jadi cikgu sekolah.

This one taken during Raya 2019


Single to Married
During abm period, I've met a guy, innocent one. He asked me and I said yes.
How?
Tu kena cerita dekat entry lain. Secara ringkasnya,
9 Mac 2017 he asked me to marry him.
9 April 2017 merisik, tunang.
8 September 2017 the big day. 
Yes, kitorang dah sambut dua kali annivesary until this time.
And doa sangat, many to come.

Mama to One
Saya noticed saya pregnant adalah pada February/ Mac 2018.
And the baby, we called him Bubu, pop out on 24 Oktober 2018.
Bubu adalah hadiah terbaik dalam hidup saya.

Selamat Pagi Cikgu Norizan
End of April 2017, saya dah resign from being abm sebab 
I got tawaran being a teacher in seondary school.
2 Mei 2017, bermulalah tugas sebagai cikgu di sekolah sehingga ke hari ini.
Pada 27 Julai 2019, saya sudah sah jawatan. And itu adalah benda yang paling happy.
Cita-cita saya daripada sekolah menengah telah tercapai.

That's two years of me without blogging.
I'm to restart this blog.
To update, give me more times.
Kadang ada idea, tak ada masa.
Ada masa tapi malas.
Saya bukan jenis yang konsisten. So, kalau ada, ada lah ye.
Hahahaha.

Ini penghujung entry. So saya share my little family photo.
Thanks for reading. 
Btw, kalau nak tanya pape, leave on comment or dm me on ig.
Thanks again.



Bye gamepesh!


Saturday, January 14, 2017

I'VE GOT ANOTHER INTERVIEW AND

Assalamualaikum,

Yes from the title, I got another interview and it's totally different from my field. And I got the job. Alhamdulillah rezeki. Rezeki before posting yang tah bila tah. Hahaha.

Pada awalnya Noie just nak apply jadi cashier dekat Speedmart Sri Muda tu. But then the manager of that outlet kata, takpe laa saya apply kan awak untuk assistant manager. Maybe sebab dia nampak I ada tulis dalam application form tempat belajar. Sengaja tak letak degree or dip or so what. Sebab memang nak jadi cashier je. Nak kerja sekejap je.

Tapi tulaa orang kata rezeki. Dia pun cakap lama dah dia takda assistant. Kesian pulak dengar. So I pun agree je laa hantar resume. Lama gak laa tunggu follow up dari dia. The next week, dia kata dia baru pass resume tu dekat area manager dia. Ok lambat betul. Tak lama lepas tu dapat call dari area manager dia, kena pergi interview dekat Jalan Kebun, Warehouse 2 Speedmart.

Masa interview, tak sampai lima minit duduk, encik tu kata dah. Cengang laa kejap. Awatnya sekejap sangat. Then dia kata, dia memang nak ambil I bekerja. Kalau boss dia kata nak interview sekali lagi, nanti dia inform semula. I pun Ok kan je. Actually Noie ni blur. Kalau tak faham ke, orang kata iye, iye kan je. Hoho.

Tak ingat laa pulak bila dorang ada call and kata I got that job. Then dapat lah email. State that I have to attend orientation dekat tempat yang I interview tu. Sebenarnya berat gak nak pergi sebab takut training setiap hari dekat tempat yang sama. Transport cuma ada motor je buat masa ni and tu pun share dengan adik. Adik pulak dapat kerja dekat Puchong. Nak tak nak kena bagi dia guna motor tu sebab kerjaya dia baru nak start. Tak nak dia terus kerja dekat Secret Recipe je. Biar ada pengalaman sikit with real job, real world.


Masa orientation memang rasa lone ranger betul. Camne pun kena ringan mulut berborak dengan orang lain. Kenal laa beberapa orang buat sembang. Ramai yang muda lagi and dah kahwin gak. Maigaddd tercabar betul. Oh, tahun ni noie dah 25 taw. Tua dah. Huhu. Trainer kitorang Cik Mas memang tegas tapi I think bagus camtu. Baru serious sikit. Tapi dia takda laa sampai tak boleh gelak-gelak. Ok je. Sempoi gak kadang. At that time jugak, kitorang diberi employment letter and tempat training dekat outlet. And I dapat outlet Kemuning Utama.

Nasib laa orientation tu sehari je dekat Jalan Kebun tu. Apa yang orang atasan tak tahu, kitorang ada group whatsapp untuk trainee. Memang havoc dorang dalam group tu. I cam biasa laa. Silent reader. The next day maka bermulalah me as a trainee.

Bagusnya I had experience in retail business before this. Ada tak cerita before this yang I jadi cashier dekat Shell Tanjung Malim? carilah post pasal tu. kalau tak jumpa, dekat instag ada mention kot. Since dah boleh cashier, susun barang, faham concept FIFO and so on, what I really need to understand is the real job as assistant manager. Banyak jugak nak kena faham and hafal step. Tanggungjawab pun besar. Memang akan merasa sikit keuntungan kedai tapi kerugian pun kena tanggung, staff lagi.

BTW, I sangat sangat thankful dekat trainer I Kak Siti and assistant dia. Tak lupa dekat staff Kemuning Utama and Kota Kemuning 2 yang bagi suasana yang warm kt kita. Banyak lagi yang nak kena belajar.

Secara jujurnya penat kerja retail ni. Kena kuat. Mental, fizikal kena prepare. Ramai yang dah resign masa training ni. Selain penat, isu jual alcohol. Oh God forgive me. For this time being, I pegang prinsip, jangan jual dekat muslim dah lah.

12hb and 13hb pulak review class. Class kali ni macam penentuan dapat posting ke tak. Berdebor gak. Banyak benda nak kena ingat. Paling tak tahan bila Cik Mas explain pasal DO Adjustment laa, form yang banyak banyak tu, memang tak masuk kepala langsung. Mata je pandang dia, jiwa, mind semua dah terbang tah ke mana. Alhamdulillah soalan dia I dapat jawab.

- Q: Ada dua jenis planogram. Apa? A: planogram and contract
- Q: Cuba awak explain macam mana awak pergi "shopping" A: [confidential utk public]
- Q: Berapa duit balance maximum yang boleh ada masa weekend? A: RM50

So today baru dapat tahu posting dekat mana. And guess what, I dapat dekat tempat yang I memang tak suka. Seksyen 20. Maigad. Area tempat I kerja before this. Memang nak carut je. -,- 

Pape pun kena redha. Kerja je laa. So dua hari lagi still belajar dekat Kemuning Utama. Sedih pulak nak pergi tempat lain. Maybe sebab dah selesa dengan staff kt sana. Biasa lah hidup ni. Mesti akan jumpa orang baru.

Serious ni memang tidur sebab penat. Sampai camni sekali. Credit: Wati

On left, Hafizah, staff KK2. On right tulaa Manager aka trainer I

Official uniform derrr. From left, Fatyn, Amira and Emma

Ni laa cik Mas


Panjang lebar cerita kan. Bukan apa, nak bagi ingatan ni kekal. Honestly I ni cepat lupa. Bila facebook buat memories to look back, memang tertanya tanya bila tah I post benda alah ni semua, bila benda ni berlaku. Terok sangat pelupanya.

So guys for those yang nak apply job assistant manager ni, silakan. Wish me luck ok.

Bakal Assistant Manager and cikgu sekolah,

Noiechan