Showing posts with label Motivate. Show all posts
Showing posts with label Motivate. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Marah Itu Sayang

Assalamualaikum,

*knock knock* *who's there?* *mary* *mary who?* *mary me* woot! woot! Okay, berangan. Such a lame knock knock joke. Hahaha. Ini tak ada kena mengena dengan topic entry ini.

Ha, korang percaya tak marah tu sayang? Ye, marah tu sayang. Tapi, sayang tu tak semestinya kena marah. Get it? Awak, awak ingat saya marah sebab saya marah ke? Saya marah sebab saya sayang awak laa. *menggedik jap*

Tahu tak seorang ibu tu takkan marah tanpa sebab, sesuka hati dia. Biasanya mama selalu marah-marah sebab nak tegur. Yang jadi marah tu sebab bila mama cakap baik-baik, tak nak dengar. Dah kena marah baru nak jalan. Haishh. Anak-anak biasanya takkan faham. *terasa dekat diri sendiri*

Suami isteri pun ada marah-marah sampai gaduh. Kalau laa hidup ni tak ada pasang surut, bukan kehidupan namanya. Kehidupan yang flat ni, membosankan.

Macam ni laa.
Dengan kawan-kawan pun. Kita gaduh-gaduh, tapi sebenarnya gaduh tu gaduh manja je. Macam kami. *walawei*





Comel tak kami. Gambar ni diambil dekat Proton City. Gaya bergambar dah macam budak sem 8. Over je. Balik laa. Study bagi habis. Omo, omo, pengumuman! Exam dah habis!! Wee~ *lap air mata*

Means, semester 4 juga sudah berakhir dengan jayanya tanpa mengetahui lagi result yang tah berjaya jugak atau ke laut je. Risau, risau. Sudah, lari topic lagi. Entah, konklusinya saya sayang semua orang walaupun kadang-kala saya marah atau tak suka dengan seseorang itu.

p/s: semalam merupakan Kiss Day dekat Korea. *ada aku kesah?*

p/s: entry terbaru kak maghia best laa

p/s: tahniah irine nadia dapat baby girl *lame*

p/s: selamat bercuti.

p/s: berapa banyak p/s da~

XOXO,
Noiechan.

Monday, June 10, 2013

Bogoshipda

Assalamualaikum,

Fuhh~ Penatnya. Baru je habis membersih my baby. Kerja pembersihan ni sepatutnya dah lama dibuat. Baru hari ni  tergerak. Semuanya gara-gara nak marah dan rasa kecewa. Abaikan perasaan itu. Nampaknya saya sudah salurkan kemarahan saya kepada sesuatu yang baik. *perghh ayat, so psychology*

Walaupun tak sebersih yang kedai buat, tapi  saya dah cuba untuk bersihkan dengan sepenuh hati. *kenapa ayat saya ni penuh dengan peneguhan ni??* *terasa nak lempang diri sendiri. dushhh~*

Tadi mama ada call, nak tanya pasal exam. Nasib tak tanya panjang-panjang. Kalau tak, kantoi tak study. Hehe. Tunjang  utama mama call adalah untuk bagi  idea macam mana nak simpan barang yang banyak dan besar tu masa cuti sem ni. And mama cadangkan suruh simpan barang dekat rumah jiran. Ma, itu cadangan, memang kami nak buat pun. Tapi kan ma, takut sesak je rumah jiran ni. And technically, rumah bakal-bekas-jiran.

As I said before, kami akan pindah rumah sewa lain. Since kak Jiha and Pipah masuk kolej balik, kami tak mampu nak sewa rumah ni lagi. *ni ayat mintak kesian* Okay, cukup cerita ni.

Masa mama call, biasa laa ada yang  nak bercakap juga. Tak lain  dan tak bukan, Zharif. Semalam call dia nak cakap ice cream, tapi tah apa  tah yang dia sebut. Memang beza dari sebutan asal. Hari ni saya faham apa yang dia cakap. Dia cakap melekit. Tah apa yang melekit, tetiba phone call terputus. Hhmm~ rindu laa dengan adik-adik.

Semalam ada borak dengan Aween. Saya selalu merungut pasal jodoh dengan dia. Kami berdua bersetuju, bersependapat, cewahh~ Ramai yang takut nak dekat dengan saya sebab adik beradik saya ramai and saya anak sulung. Betul laa tu  kan. Takut kena tanggung adik-adik saya pulak kan. Bagus laa kalau lelaki-lelaki fikir camtu. Saya pun tak nak dengan lelaki yang berfikiran sempit macam tu.

Sebenarnya, saya bukan jenis yang suka nak kikis orang. Everytime kalau saya keluar dengan kawan-kawan, saya suka mintak belanja. Tapi, saya just cakap je, saya takkan nak biar orang lain bayar makanan saya tu. Tak sampai hati. Ingat saya suka ke  orang belanja saya selalu. I'm not that kind of person. Maybe kawan tu belanja saya. Next time, insha Allah saya akan belanja balik. Pernah tak dengar word berbudi bahasa. That's  the thing.

Anyway, saya lebih rela tak kahwin dari biar  adik-adik saya terabai or orang tak terima. They are my family. My true one. Orang kahwin ni, anytime boleh divorce tapi adik-beradik tak putus sampai bila-bila. Mama pernah cakap, mama tak kesah along kahwin awal ke, apa ke. Janji jangan abaikan adik-adik. And my husband, I  mean my future husband pun tak payah laa nak fikir kena tanggung adik-adik saya. I know my responsibilities.

Waa~ luah perasaan sungguh. Tapi betul laa. dari  terbuku dekat hati ni sorang-sorang, better saya make this entry and let people know what people like me feel and should do. Jangan jadi pisau cukur. Kan? kan?

Melalut jugak entry ni. Tu laa, entry dengan plot tunggang langgang. Itu saja perkongsian pada kali ini. Assalamualaikum. Minta dijawab.

Meluahkan,
Noiechan.



Tuesday, June 4, 2013

Kecewa

Assalamualaikum,

Sangat! Along sangat kecewa hari ni. Along memang rasa nak marah. Tapi bila nak marah, rasa kesian. Kalau tak marah, takut menjadi-jadi. Nak nangis sebenarnya. Bukan tak pernah nasihat. Bukan tak pernah cakap before this. Banyak kali.

Hope, adik along berubah. Kami sayang awak. Tu yang kami tegur. Nanti awak sendiri yang akan menyesal. Bila along dah dekat tempat macam ni, seriously along tak tahu nak buat apa, nak cakap apa. Kalau ikut baran along dulu, memang along dah marah habis-habisan.

Sekarang ni cuma boleh nasihat, dan nasihat. Sesiapa boleh tolong tak? Sedih sangat. Rasa macam along ni macam kakak yang tak berguna, tahu tak. Rasa macam along ni tak sayang adik sendiri. Macam along tak pandai jaga adik. 

Terasa tak layak pulak jadi kakak. Tak layak nak jadi cikgu. DONE!

Aku yang sebel,
Noiechan.




100th post

Sunday, June 2, 2013

Workout ! Workout !

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Insha Allah, semua jawab salam tu kan. Hehe. ^_^

Menurut title post tu, itu semua poyo! Yo yo O je bersenam kan. Alaa-alaa je. Setakat keluar 2-3 titik peluh tu adalah. *okay, hambar*

Lately, saya ada try nak workout and diet. Semuanya sebab nak fit and dapat stamina untuk penilaian silat hari tu. Dah start dari situ, try sampai sekarang. Lagipun boleh sedia untuk Silat Serimau Hitam 2 pulak kan. Yang hari tu baru Silat Serimau Hitam 1.

And, and, saya nak kurus. Percaya tak berat saya almost 70kg. *ni pendedahan exclusive dekat blog ni* Bukan apa, ada instruktor saya tu cakap saya gemuk. Memang tak cakap direct. Tapi ayat dia, haishh~ sabar Izan, sabar. Kawan lain pun ada cakap. Yang lelaki laa mulut tajam. Yang perempuan, takkan tegurnya.

Bukan sebab orang cakap je. Sendiri pun memang nak kurus. Sebabnya nak selesa bila berpakaian. Bukan niat nak pakai seksi-seksi. Tapi bila pakai baju tu, tak de laa ketat lagi. Biar jadi muslimah yang muslimah. So, so, solutionnya, kenalah laa diet and workout.

A day before penilaian silat hari tu, saya memang tak makan langsung. Kira the whole sabtu (hari latihan and class) tu memang tak makan, just banyakkan minum air kosong. Malam tu minum air soya. Lagipun time tu tak selera nak makan. Cuak sebab penilaian. Sampai muntah. Hehe. Time penilaian tu, ada laa rasa ringan sikit badan tapi still tak cukup stamina. Tapi okay laa.

Sekarang ni try workout sikit-sikit. Pagi ada laa round Tasik Proton City. And saya ada try this kind of workout. 

This ! this !
Tapi saya tak de laa ikut kiraan yang banyak tu. As starter, buat banyak yang mampu je. Adik saya suggest jogging. Seriously saya tak boleh nak jogging. Tak larat. Bila jogging kan, rasa dekat bahagian paha dan perut gatal-gatal. So, no jogging. Berjalan laju, boleh. Saya suka senamrobik sebenarnya. Kira saya suka buat workout indoor je. Sit up, tekan tubi, saya tak boleh buat. Hoho. *nak try buat split*

Kalau bab makan, saya tak makan nasi. Bukan tak sentuh langsung. Makan nasi tu, jarang-jarang laa dan kuantiti memang sikit je. Saya makan lauk je. Kalau lapar, makan bihun goreng or kuay tiao goreng as the main dish. Sayur, saya memang suka makan sayur. Sekarang ni, waktu makan saya, tak tentu. Tapi makan berat whether tengahari or dinner. Bab diet makan ni, sebenarnya tak betul. So, jangan follow. Make sure minum air kosong banyak-banyak.

Actually, saya tak patut buat entry ni. Ajar yang bukan-bukan je. Tapi, ni cara saya. Kalau jumpa saya pengsan mana-mana sebab tak cukup makan, tolong-tolong laa ye. Hahahaha. *merepek*

Ni baru je buat exercise. Rembat selimut Aween, tutup kepala. Hehe.
Gambar hari latest. First picture blur. Siapa laa tukang snap ni. Haishh~
Doa-doakan laa saya kurus. Amin. 
Doa tanpa usaha itu bohong. Usaha tanpa doa itu sombong. 
Maka, sekian sahaja entry saya pada kali ini. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

p/s: Tak padan dengan nak exam, sibuk update blog. Puihh~

Workoutlicious, apakah?
Noiechan.

Fight ! fight !

Friday, May 31, 2013

Susahnya


Assalamualaikum readers ~

Hhmm, nak hujung semester ni, terasa kesusahannya. Apa yang susah? Duit dah semestinya laa kan. Semua orang rasa susah part tu bila dah hujung-hujung ni. Ni lagi teruk. Masalah nak cari roomate baru. Aaaaaaa~

Ingatkan bila dah cari duduk rumah sewa start semester 3 hari tu, the next semester dah tak de problem pasal rumah lagi. Tapi since dua orang dalam rumah ni nak masuk kolej balik, kenalah cari housemate baru. Nak cari pun bukan senang. Dah dapat tiga orang, tak jadi pulak. Nak marah sangat. Tapi kenapa hati ni tak boleh nak marah terang-terang. Kenapa saya ni lembut sangat?!

Sekarang sibuk cari housemates baru or we have to move to other house which lebih murah. Ingat senang ke? Berapa kali dah kitorang pusing cari rumah. Penat. Nak cari housemates baru pulak, dorang masalah transport. Hhmm, mengeluh dah ni. Mintak kurang dengan aunty (penyewa), dia memang tak consider langsung. Yang aku *aku kan dah, hilang saya* perasan, tuan rumah dekat sini semua jenis nak cekik darah. Dorang fikir students ni sentiasa berduit ke?! Letak sewa mahal-mahal. Geramm. Ggrr~

Dah macam-macam cara saya fikir nak dapatkan rumah ni. Penat sangat. Bila ingat cadangan saya dekat Aween, gelak jew bagi cadangan merepek tu. 

Tak tahu laa apa ending pencarian kitorang ni. Sabar ye.

" Ya Allah, hiburkanlah hati aku dengan redhaMu dan sabar dengan setiap ujian yang Engkau turunkan. Ya Allah, dengan rahmatMu aku mohon pertolongan dariMu, perelokkanlah segala urusanku duni dan akhirat. Amin, Amin, Amin Ya Rabbal 'Alamin. "
Wounded,
Noiechan.



Thursday, May 30, 2013

Budak Poyo!

Assalamualaikum,

Tengah godek gambar dalam lappy ni. Jumpa pulak gambar sorang budak poyo ni. Sangat poyo! Tapi yang poyo ni laa kami semua sayang. The last one. Buah hati intan payung si bujang cencomel.

Muhammad Nur Zharif Ezzany bin Nordin
Budak ni insha Allah akan membesar jadi insan yang berguna. Teringat masa mama lahirkan Zharif or lebih mesra panggil baby ni. Ingat lagi along sangat jahat time tu. Cakap dengan mama tak nak baby. Along jadi selfish. Tapi rezeki Allah yang amat bernilai ini tetap mama lahirkan ke dunia ni even tiada siapa pedulikan kita.

Thanks sebab lahir dekat dunia ni. Thanks mama sebab jaga kami, besarkan kami dengan penuh kasih sayang. Sebabkan ada adik-adik laa along masih kuat dekat sini. Maafkan along dekat adik-adik semua. Insha Allah along akan jaga adik-adik semua. Mungkin along nampak mengada-ngada sangat. Tapi masa bergerak, mematangkan along sendiri.

Mungkin along bukan contoh yang baik. Tapi along harap adik-adik along membesar jadi orang yang berguna, ingat jasa mama and ayah. Seburuk-buruk mana pun orang tua kita, dia tetap insan yang melahir dan membesarkan kita.


Nampak tak gambar kita tak lengkap lagi. Harap gambar family kita akan lengkap ^_^

Alaa, melalut dah ni. Salah baby laa ni. Dah laa. Tak nak sambung lagi. Tu je. Okay, bye!

Love,
Noiechan.

Tuesday, May 28, 2013

Congrats Yaw!

Assalamualaikum people !!

Habis kuat jerit tu. Jemput jawab salam tu sebelum sambung baca ye.

Ehemm, ehemm. Pengumuman penting. Mulai semester hadapan, saya merupakan MMK UKLK. *woo, agak takbur di situ ye, Astaghfirullah* 

Tak, bukan nak takbur tapi hanya berkongsi kegembiraan. Haa? Apa MMK UKLK? Saya pun tak tahu apa laa maksud akronim tu. Yang pasti, UKLK tu Unit Kediaman Luar Kolej. Kira pegang jawatan laa. Seronoknya bukan apa, dapat mycat. Hehe. *Nampak pulak ketidak ikhlasan nya tu*

Ishh, insha Allah ikhlas ! Seronok sebenarnya join aktiviti macam ni sebenarnya. Dapat pengalaman. Hopefully lepas ni ada junior yang menyambung kepimpinan UKLK ni. *Promote, promote*

Portfolio yang dipegang masih belum dikenal pasti. Berharap dapat portfolio yang menarik laa kan. Bonus dapat partner yang sekepala. Tak sabar nya. Mungkin saya akan merungut busy or penat, tapi kerja tetap akan diteruskan. Insha Allah.





Okay, no comments for those pictures. Cuma yang pasti tu gambar baru keluar dari oven. Okay, doakan saya dan rakan-rakan selamat maju jaya. Mwehehe.

"Mewarisi Kegigihan, Meneruskan Kecemerlangan"

The Poyos,
Noiechan.



Thursday, December 27, 2012

Study and Dying Week in ON!

Assalamualaikum,

Yup, study week dah lama mula. My first paper on 31st December. Tooooo early! Haiyaa~ As before, study week ni tak de makna saya nak bukak buku. Selagi belum malam exam, selagi tu tahap kesedaran nak mentelaah buku-buku-buku-buku. Skemanya, mentelaah you know. Hahaha.

Since tak boleh nak setadi ni, saya mulalah mencari hobi baru. Godek punya godek dekat youtube for some interesting artwork, jyeah, I found O-R-I-G-A-M-I. *Baca style Spongebob sebut I-M-A-G-I-N-A-T-I-O-N

Pilih origami sebab murah, tak perlu mencari bahan lain. All you need is paperssss. Tambahan lagi saya nak menghabiskan A4 paper yang dibeli since semester satu lagi. Nampak sangat pemalas buat latihan and notes sebab kertas tu tak luak langsung. Hehe.

Ni hasil kerja saya, menghadap youtube then lipat-lipat-lipat-lipat.

This is firework origami. Kalau guna colorful paper lagi cantik. Actually bila kita pusing-pusingkan dia nampak laa firework itu.
Love. Ni permintaan Aween.
Bunga tulip. Eqah tanya ni apa? Okay, tak nampak sangat ketulipannya. =="
This the first origami I made. It's paper crane yo! Dari dulu lagi nak buat benda ni. Hehe.
Masa buat origami ni, ada cakap dekat Eqah, yang saya dah tahu nak wedding camne. Then laju jew dia cakap, "Nak buat origami laa tu". Hahaha. No laa, tak lawa laa buat origami untuk wedding. Tapi akan dipertimbangkan. Aaah, NO laa. Cukup! No wedding-wedding. Study dulu, ambik exam dulu. Pass it!

Cakap pasal Eqah, nak thanks again banyak-banyak dekat beliau sebab prepare dinner with cake for my birthday two weeks ago. Thanks beybeyh. Also for the present. Hehe.



So that's the end of this entry. Btw, pleaseee doakan saya boleh mengulang kaji dengan tenang dan dapat ingat and dapat jawab exam and dapat kerja and dapat banyak duit and dapat shopping and jenjalan. ==" Owh, doakan untuk kawan-kawan saya yang lain.

Di sini juga,

Saya mendoakan kejayaan semua orang yang akan ambil exam, yang akan bekerja, yang akan berbahagia, yang segala yang baik laa. Semoga dipermudah segala urusan dunia dan akhirat. 
Ameen.

Bye!

With love,
Noiechan.





Friday, October 12, 2012

Allah The Greatest

Assalamualaikum,

/* This is my 80th post */

I've been in problems these few days. *sad face*. In this time, I've thinking too much. Result, rambut gugur dan muka selekeh serta serabai habis. Huhu.

Back to motif hidup kita, lillahita'ala. I pray to God. Ask for His signs how to solve these matters. Guess what, He showed to me through a chain-dreams. But biasalah, saya tak mahu terima kenyataan. I wasn't gave up. I keep on praying.

This time, I ask Him to show it clearer. And yes!  He showed it in clearer statement, clearer till it gave me calmness. I cried. I cried not because I knew the bitter part. The tears is for the greatness of Allah, how He showed me what I wanted ever after facing those matters.

These my tweets after the truth is revealed. Waa~ revealed tu tak tahan. Hehe.

One more thing, when we were put in this situation, we need, we should have a place that we can call home. Okay, tu copypaste lirik lagu. Actually we need someone to tell about. Besides Allah *that's for sure*, thanks to God, for giving me friends, lovely helpful friends. They listened to me, gave advises. 

Motif cerita di atas, kira moral of the story:
Allah will always give His people trouble or problems. A big BUT, he gives them because He knows that we can handle it. It's depends on how you handle, how you face it, in the wrong or right way.

Du'a. Yes people. Keep on praying to Him. Saya sebenarnya segan nak meminta dengan Allah. I didn't deserved His kindness since my ibadah isn't that much. Tapi, dengan siapa lagi kita nak meminta dan mengadu. The best place to do it, is to our Creator. Allah loves to see us to pray to Him, sujud.

Actually, kita sebagai insan biasa, tak lari daripada do, did the wrong things. The right way is back to motif why we live in this world.

Bila rasa serabut, atau rasa tak boleh handle masalah sensorang, share it. In my case, I share it with my friends. Cerita pada mereka dan bukan bebankan mereka.

So, so,
Take note people. Thanks for reading my post. See the good things from this post. And don't judge my English. I knew it is broken. Thanks again !

Keep calm and *lots of words should I put*,
Noiechan.

Thursday, August 23, 2012

Do You Love Me?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum people!

Have you ever been asking by this question? Eyh, betol ke English saya ni. Sekarang ni susah kalau salah sikit English ni, nanti kena hentam. Hehe.

Saya rasa, soalan ni memang sentiasa, selalu ditanya. Even mak sendiri pun akan bertanya. Baby sayang mama tak? Kan? Kan?

DO YOU LOVE ME? Saja ulang tajuk supaya tak lost dan tak merepek nanti. Hoho.

Macam mana kalau seorang lelaki bertanyakan ni dekat anda? *Skema, ber-anda anda* Atau vice versa? Apa jawapan yang nak bagi ye? Nak jawab YES atau NO? Nak suruh orang lain jawabkan ke? Aiyo, ada ini macam ka?

Actually, takut nak bagi jawapan yang nyata. Takut hati dikecewakan atau mengecewakan orang. Paham tak ahli falsafah berfalsafah ni? Kalau dulu, alaa, zaman jahiliyah saya, senang jew cakap sayang tu. Tapi bila dah tua-tua ni, fikir gak banyak kali nak bagi jawapan tu.

Saya paling takut orang mempermainkan hati saya. Alamak, dah macam sesi meluahkan perasaan pulak kan? Hehe. Bukan apa, nak bagi nasihat percuma di sini, dan saya suka bagi nasihat ni dekat orang yang suka pasang banyak ni. *Memang nak bagi orang terasa*

JANGAN SUKA MEMPERMAINKAN PERASAAN PEREMPUAN. HATI PEREMPUAN NI, SENSITIF. SANGAT FRAGILE. TAK SUKA, CAKAP. SUKA, CAKAP. Kan dah capslock!

Untuk yang perempuan yang jenis yang sama macam lelaki di atas, nasihat yang sama saya nak bagi. Ingat hati lelaki ni tak sensitif ke.

Terasa kasar pulak kan, nak bagi sentap kat orang ni. Hehe. Mintak maaf yek.

Whatever it is, nak jawab balik soalan di atas.

Jawapan yang boleh saya bagi, I DO LOVE MINE! So, please be mine ASAP. Haha. Oh, my pinky lappy. Hehe.

Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan, Selamat Hari Raya. Apa? Kutuk orang bold dan capslock, ucapan raya kasi kecik? Fine, ambik besar-besar ni!

SELAMAT HARI RAYA. HAPPY EID MUBARAK. EVERYONE, LET'S FORGIVE AND FORGET. (:
تقبل الله مني ومنكم

Tapi, saya tak lupa hadiah hari lahir saya. Tolong sediakan dari sekarang ye. Hehe. And sorry, wish raya lambat-lambat.

Please do love me,
Noiechan.

Monday, July 23, 2012

Isu Dalaman

Assalamualaikum sayang-sayang,

Saya tak pandai nak buat mukaddimah. So, jump to the topic terus.

Di sini, sana ingin mencari kaunselor yang sudi mendengar isi  hati saya. Yang takkan bocorkan langsung sebarang maklumat. Yang sudi membantu masalah keyakinan diri saya dan masalah saya dalam berkomunikasi dengan real people.

Maybe orang tengok kadang-kadang saya reply mesej, komen sana-sini macam huha-huha. in real life with  real people, I was like noob!

Betul. Tak caye? Cubalah duduk dengan saya satu hari. Tak yah satu hari, 10 minit cukup. Kejap jew dengarlah  bunyi cengkerik. Mesti berkata-katalah dalam hati  tu, "Napelah minah ni tak bersuara?" "Senyum jew ke pandai?" "Aiyo, buat muka bajet comel la pulak". 

So, please someone. Ajar saya cara berkomunikasi. Tak pe la kalau tak sape dengar rintihanku. Sedih. sob sob.

Paling menyayat hati, saya pown cepat tak yakin dekat orang lain. Meaning, saya pown tak boleh ada kaunselor. Saya mungkin tak percaya  kat dia. Sumpah, tak paham diri sendiri.

Okay laa, ini entri  yang merepek. Nak teruskan hidup dulu. Chao!

Kebingunan,
Noiechan.

Saturday, June 9, 2012

This is Me

Assalamualaikum beautiful,



Okay,  ni baru sikit. And please don't get wrong towards me if  you don't know me better. 

p/s no exam mood! jyeah!!

Lots of  LOVE,
Noiechan.

Monday, June 4, 2012

Assalamualaikum,

Minda kosong, hati terkedu, mulut terdiam, diri terpaku. Okay, tak perlu nak bajet puitis sangat laa kan. Hari-hari yang daku lalui penuh makna. Oitt! berhenti ayat jiwang tu. Kau bukan jenis jiwang karat macam tu laa.

Straight to the point. Sebenarnya, malas nak buat entri baru sebab busy and events kena attend. Alamak, bajet macam Puan Sri pulak. Tapi, memang banyak benda berlaku hari-hari sampai tak tahu nak post yang mana satu. Lagi satu, malas nak bukak laptop tambah lagi kalau dah balik kampung. Tak pe-tak pe next time saya update laa ye.

Yang pemalas dan makin chubby,
Noiechan

Nah, buat hilang rindu


Wednesday, May 23, 2012

Me as A Housewife

Assalamualaikum,

Okay, tipu je tu. Cuma tersa macam housewife laa pulak hari ni. Balik kerja (balik class actually), pergi pasar (yang betul) and masak untuk family (masak untuk perut sendiri and untuk housemate yang nak cuba masakan I). Waaa~ terasa penatnya. Fuhh! 

Bahan nak masak hari ni

Hasilnya,

Seriously I don't know what I have cooked. Ala-ala nasi biryani pown ada or nasi minyak.

Served. I like to eat lot of vegetables. That's why coriander leaves and scallion macam banyak sangat. Hehe.

Serve ngan ayam masak merah pown sedap jugak. But,  I just cook the rice only. Lauk, beli.

* * *

Recipe Noiechan's Cincai Rice
Ingredients A:
Rice
Coconut milk
Chicken stock (Air rebusan ayam jew pown)
Chicken breast or any part you like (boiled)
Carrot (thinly sliced)
Tomato (cut into 4)


Ingredients B:
Onion (chopped)
Garlic (chopped)
Thai chilies (thinly sliced)
Ginger (thinly sliced)
Salt, flavor
Butter or margarine

Garnish
Coriander leaves 
Scallion 


Let's cook:
Saute all ingredients B for 1 minutes. After that, add chicken  until its cooked. Then, add all ingredients A. Stir well. Close with lid. Cook for 20 minutes. Done? Garnish it and serve.

* * *
Simple kan? Try laa. Mama, you should proud of your daughter. She can cook even its cincai. Okay, just sharing, thanks for reading!

The girl who enter the kitchen,
Noiechan.

World's Tallest Broadcasting Tower

Assalamualaikum,

Yesterday, the new tallest tower in the world was opened for visitors. I know its something that should be proud in architecture field. Siapa tak bangga dapat membina satu bangunan yang menjadi tumpuan dunia?? But, its actually reminds me to akhirat. I'm not the ulama or the expert to talk about this. But, just another reflection for me about my holy religion, Islam and I'm proud to be born in Islam, always. Syukran O Allah.

The  634 metres tall of Skytree Tower

The entrance

Ground view through the glass floor

The Skytree Tower with LED

Just sharing my thought. But, still I love the development that happen in this world. And if it is not pollute our Earth, would be better.

Another thought by,
Noiechan

Monday, May 21, 2012

[Entri Bergambar] Kembara Alam To Lubuk Kawah

Assalamualaikum,

Short. Share picture jew.

El profesor y el instructor

Briefing before start 6 hours tracking to base-camp 1

La me menahan sakit tapi segan nak cakap. Tahan ja demi capai objektif ke Lubuk Kawah.

My friends, Izwa and Iznieza. Eqah, where are you??

Start cross-over sungai. Nampak macam senang. Salah langkah, hanyut dengan arus. Air deras jugak.



Mendaki bukit yang curam. Ni laa part paling mencabar actually. 

Ni Abg Ad. One of instructor. I think this pose is "stylo". :o

They were happy sampai kt Lubuk Kawah. En. Mazuki, sampai-sampai terus masuk air. Hey, therewas Eqah.

Muka cover penat lepas sampai Lubuk Kawah.

My group. Sedap sardin. Tapi, nasi mentah. Pape jew. Daruratkan. Haha.

Random. Other group.

Sedang nak cross over sungai, ternampak Ila Damiaa. She was shooting for Remaja Ekstrem. She's nice yaw!

Deq One. The pengacara.

Beauty of the river. Near to our base-camp. Akak tu jadi model tak sengaja ye. Hehe.




Last but not least, present muka sendiri yang penat terlampau. Tak sangka I made it to Lubuk Kawah. Biasanya, mengelak. Cakap sakit laa. But hye, again, I made it.

Itu sahaja yang mampu saya post. Tak larat dah nak taip panjang-panjang. Yang penting, penat.

P/S: credit picture to Abg Man. I'm going to finish the log book for Kembara Alam. To those who like to join this course for next semester, invited. It's an awesome course. Lots of experience, fun.

Yang pemalas bebeno/ Kembararian,
Noiechan
Ahli Kelab Kembara Alam UPSI (Cinta)
18-20 May 2012