Showing posts with label Sister. Show all posts
Showing posts with label Sister. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

Botingkek !

Assalamualaikum,

Since bukak semester ni memang busy.











Ni semua program UKLK. A BIG claps to adik beradik UKLK for their successful program. Sorry for my wrong things, for not attending some programs. Sob3.

Another program but not under UKLK. Its PMMU !

Saya ni ada angin. Bila angin kata tak yah, memang tak buat. Sorry again.

Same goes to my assignments. Memang botingkek laa. Hehe.

Babes, thanks for always being there for me !

Itu sahaja.

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA. SEDAPNYA MAKAN DAGING. HEHE.
Assalamualaikum cayang-cayang  sekalian.

p/s: doakan saya menjadi rajin dan buang prinsip tadi ye. Hehe.

XOXOXOXOXOXO,
Noiechan.

Saturday, September 14, 2013

Kemunculan Kembali

Assalamualaikum,

Jawab salam ye. Okay, memang lama menghilang. Busy dengan kerja. Tambahan dengan quota broadband yang cepat haus. Merepek. Now, back as a full time student. 

Before start kuliah, ada camp. That camp namanya Kem Pemantapan Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus dan Pelantikan Rakan Exco. Panjangkan nama camp ni kan? Tapi seriously best. Macam-macam ragam semua orang. Tugas saya dalam kem ni as AJK Aktiviti. But, saya macam tak buat keje pun. Rasa bersalah dengan AJK Aktivit  yang lain, Kak Pah, Asdam and especially ngan Sha. Dorang prepare everything. Saya just follow at the back. Hope time jadi emcee hari tu, dapat backup rasa bersalah tu. Tapi still tak jugak sebabnya time jadi emcee  tu, gagap-gagap. Haishh. 바보! Maaf semua. Masa postmorterm memang tak berani nak cakap apa-apa. Anyway, 
WELCOME RAKAN EXCO TO OUR BIG FAMILY ! 
And macam biasa, sunburn.

Couple days after that ada photography session for MMKLK. Bawah ni hasilnya.


Yang ni gambar yang saya tampal dekat dinding bilik saya. Lawa kan gambar kami? Bawah ni pulak, behind the scene, selfie~

#BTS

#BTS2

#BTS3
Kami bertiga di hadapan Muzium Pendidikan Nasional

Ni laa exco yang saya pegang bersama Kak Pah dan Wanny

One of gambar masa kem. Hehe.
Perasan tak? Macam tunggang-langgang je entry ni. Maybe tengah ambik mood nak blogging balik kowt. Almaklumlah, berkurun  tak update. Okay, akhir kata, doakan saya dan kawan-kawan MMKLK sukses dengan program masing-masing. Dan doakan saya untuk fokus dalam class. Hee~

Yang mereng,
Noiechan.





Tuesday, June 4, 2013

Home Sweet Home

Assalamualaikum,

Yeah, based on title, saya dah dekat rumah. I mean my kampung, hometown. Err~ Happy sangat. Woohoo~ Rumah laa tempat yang terbaik nak hilangkan stress ! Setuju tak? *setuju!* *pandai anak murid cikgu* Hoho.

Saya memang budak kampung je. Seorang budak kampung yang cuba merubah nasib keluarga. Cewahh~ Terasa poyo pulak kan. Kampungku terletak di Kampung Jenderam Hilir. Sebut nama kampung ni, mesti ramai yang tak tahu. Okay, saya selalu laa sebut saya asal Dengkil. Dengkil pun tak tahu. Ada yang kata dekat Negeri Sembilan pulak. Dengkil tu, dekat dengan Putrajaya. Bila sebut Putrajaya, baru ssemua orang stop bertanya di manakah. Fine, kampung asal saya tak famous.

Actually, kampung ni terletak dalam daerah Sepang. Bila sebut Sepang pulak kan, ramai laa cakap dekat dengan airport laa kan. Hahahahaha. Tak laa dekat mana pun. Apa motif saya gelak ye? Abaikan. Paling best, orang suka cakap, mesti selalu tengok F1. Hahahahaha. Korang giler, ingat ticket nak pergi tengok F1 tu murah. Everytime saya nak pergi tengok F1, of course, a BIG NO laa.

Dah macam belajar Geografi pulak intro entry ni kan.

A night before balik rumah kan, saya call mama and cakap nak balik. Mama pun kata okay. Then cakap dengan mama saya nak balik sekarang jugak (masa tu around 11-12pm). Giler kan? Rindu and tension punya pasal, nak buat bukan-bukan pulak. Sah-sah mama terperanjat. Lastly, mama kata balik esok je laa. Okay, balik betul-betul lepas subuh and lepas kemas barang.

Sampai dekat rumah, memang terasa kepala ringan je. Terasa beban tu kurang. Even exam nak dekat dah ni.  Hoho.

Hari ni, curi-curi masa dating dengan angah. Actually dia nak dating dengan kawan-kawan matrik dia. Fine, saya just menyibuk je. Sekarang angah da gerak tengok wayang, saya sorang-sorang dekat Old Town. GREAT !


Lovely angah and me

Posing. Kenapa saya hodoh?

Order air je. Hehe. Wifi free. Hahaha.

Eh, gambar Zharif lepas mandi tadi. Haha.
Bajet nak study dekat sini. Tapi, bila teringat nak study Linear Programming, haishhh~ Berat je rasa ni. Hoho. Done with this entry. Selamat belajar ye. Assalamualaikum.

p/s: dapat tahu, next semester pindah rumah lain. Jauh, tapi tak pe laa. Janji tak bayar sewa mahal sangat TT_TT

p/s: tengah cuba ubah muka. So, tak nampak muka macam ada masalah. Hahaha.
Lepaking,
Noiechan.



Sunday, June 2, 2013

Workout ! Workout !

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Insha Allah, semua jawab salam tu kan. Hehe. ^_^

Menurut title post tu, itu semua poyo! Yo yo O je bersenam kan. Alaa-alaa je. Setakat keluar 2-3 titik peluh tu adalah. *okay, hambar*

Lately, saya ada try nak workout and diet. Semuanya sebab nak fit and dapat stamina untuk penilaian silat hari tu. Dah start dari situ, try sampai sekarang. Lagipun boleh sedia untuk Silat Serimau Hitam 2 pulak kan. Yang hari tu baru Silat Serimau Hitam 1.

And, and, saya nak kurus. Percaya tak berat saya almost 70kg. *ni pendedahan exclusive dekat blog ni* Bukan apa, ada instruktor saya tu cakap saya gemuk. Memang tak cakap direct. Tapi ayat dia, haishh~ sabar Izan, sabar. Kawan lain pun ada cakap. Yang lelaki laa mulut tajam. Yang perempuan, takkan tegurnya.

Bukan sebab orang cakap je. Sendiri pun memang nak kurus. Sebabnya nak selesa bila berpakaian. Bukan niat nak pakai seksi-seksi. Tapi bila pakai baju tu, tak de laa ketat lagi. Biar jadi muslimah yang muslimah. So, so, solutionnya, kenalah laa diet and workout.

A day before penilaian silat hari tu, saya memang tak makan langsung. Kira the whole sabtu (hari latihan and class) tu memang tak makan, just banyakkan minum air kosong. Malam tu minum air soya. Lagipun time tu tak selera nak makan. Cuak sebab penilaian. Sampai muntah. Hehe. Time penilaian tu, ada laa rasa ringan sikit badan tapi still tak cukup stamina. Tapi okay laa.

Sekarang ni try workout sikit-sikit. Pagi ada laa round Tasik Proton City. And saya ada try this kind of workout. 

This ! this !
Tapi saya tak de laa ikut kiraan yang banyak tu. As starter, buat banyak yang mampu je. Adik saya suggest jogging. Seriously saya tak boleh nak jogging. Tak larat. Bila jogging kan, rasa dekat bahagian paha dan perut gatal-gatal. So, no jogging. Berjalan laju, boleh. Saya suka senamrobik sebenarnya. Kira saya suka buat workout indoor je. Sit up, tekan tubi, saya tak boleh buat. Hoho. *nak try buat split*

Kalau bab makan, saya tak makan nasi. Bukan tak sentuh langsung. Makan nasi tu, jarang-jarang laa dan kuantiti memang sikit je. Saya makan lauk je. Kalau lapar, makan bihun goreng or kuay tiao goreng as the main dish. Sayur, saya memang suka makan sayur. Sekarang ni, waktu makan saya, tak tentu. Tapi makan berat whether tengahari or dinner. Bab diet makan ni, sebenarnya tak betul. So, jangan follow. Make sure minum air kosong banyak-banyak.

Actually, saya tak patut buat entry ni. Ajar yang bukan-bukan je. Tapi, ni cara saya. Kalau jumpa saya pengsan mana-mana sebab tak cukup makan, tolong-tolong laa ye. Hahahaha. *merepek*

Ni baru je buat exercise. Rembat selimut Aween, tutup kepala. Hehe.
Gambar hari latest. First picture blur. Siapa laa tukang snap ni. Haishh~
Doa-doakan laa saya kurus. Amin. 
Doa tanpa usaha itu bohong. Usaha tanpa doa itu sombong. 
Maka, sekian sahaja entry saya pada kali ini. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

p/s: Tak padan dengan nak exam, sibuk update blog. Puihh~

Workoutlicious, apakah?
Noiechan.

Fight ! fight !

Thursday, May 30, 2013

Budak Poyo!

Assalamualaikum,

Tengah godek gambar dalam lappy ni. Jumpa pulak gambar sorang budak poyo ni. Sangat poyo! Tapi yang poyo ni laa kami semua sayang. The last one. Buah hati intan payung si bujang cencomel.

Muhammad Nur Zharif Ezzany bin Nordin
Budak ni insha Allah akan membesar jadi insan yang berguna. Teringat masa mama lahirkan Zharif or lebih mesra panggil baby ni. Ingat lagi along sangat jahat time tu. Cakap dengan mama tak nak baby. Along jadi selfish. Tapi rezeki Allah yang amat bernilai ini tetap mama lahirkan ke dunia ni even tiada siapa pedulikan kita.

Thanks sebab lahir dekat dunia ni. Thanks mama sebab jaga kami, besarkan kami dengan penuh kasih sayang. Sebabkan ada adik-adik laa along masih kuat dekat sini. Maafkan along dekat adik-adik semua. Insha Allah along akan jaga adik-adik semua. Mungkin along nampak mengada-ngada sangat. Tapi masa bergerak, mematangkan along sendiri.

Mungkin along bukan contoh yang baik. Tapi along harap adik-adik along membesar jadi orang yang berguna, ingat jasa mama and ayah. Seburuk-buruk mana pun orang tua kita, dia tetap insan yang melahir dan membesarkan kita.


Nampak tak gambar kita tak lengkap lagi. Harap gambar family kita akan lengkap ^_^

Alaa, melalut dah ni. Salah baby laa ni. Dah laa. Tak nak sambung lagi. Tu je. Okay, bye!

Love,
Noiechan.

Tuesday, May 28, 2013

Congrats Yaw!

Assalamualaikum people !!

Habis kuat jerit tu. Jemput jawab salam tu sebelum sambung baca ye.

Ehemm, ehemm. Pengumuman penting. Mulai semester hadapan, saya merupakan MMK UKLK. *woo, agak takbur di situ ye, Astaghfirullah* 

Tak, bukan nak takbur tapi hanya berkongsi kegembiraan. Haa? Apa MMK UKLK? Saya pun tak tahu apa laa maksud akronim tu. Yang pasti, UKLK tu Unit Kediaman Luar Kolej. Kira pegang jawatan laa. Seronoknya bukan apa, dapat mycat. Hehe. *Nampak pulak ketidak ikhlasan nya tu*

Ishh, insha Allah ikhlas ! Seronok sebenarnya join aktiviti macam ni sebenarnya. Dapat pengalaman. Hopefully lepas ni ada junior yang menyambung kepimpinan UKLK ni. *Promote, promote*

Portfolio yang dipegang masih belum dikenal pasti. Berharap dapat portfolio yang menarik laa kan. Bonus dapat partner yang sekepala. Tak sabar nya. Mungkin saya akan merungut busy or penat, tapi kerja tetap akan diteruskan. Insha Allah.





Okay, no comments for those pictures. Cuma yang pasti tu gambar baru keluar dari oven. Okay, doakan saya dan rakan-rakan selamat maju jaya. Mwehehe.

"Mewarisi Kegigihan, Meneruskan Kecemerlangan"

The Poyos,
Noiechan.



Friday, March 15, 2013

Zaman Muda

Assalamualaikum, もしもし,

Uishh, terasa tua pulak kan bila buat tajuk post macam tu. However, kena admit, memang dah tua. *sigh*

Hhmm, apa maksud tulisan yang cam cina tapi bukan cina, korea tapi bukan korea. Bagi yang tak  tahu, tu tulisan jepun or Indonesian cakap, Japang. It's say moshimoshi meaning hello, unformally. Bukan apa, saja terkeluar jepun tu sebab berkaitan dengan entri zaman muda ku dan most of people.

Topic hari ni mengenai, D-I-G-I-M-O-N. Yup3, Digimon! Semangat jew kan. Bukan apa, tetibe rindu zaman tu. Mesti ramai yang follow cite ni kan?! Ha, tak ingat? Nah, refresh memory anda.


Cite ni memang sangat best sampai  tahap I have a book that I write and draw bout this. Paling tak boleh bla I create a character  for myself which I can join the digi world too. Memang otak kanak-kanak sungguh. Sayang seribu kali sayang, buku tu sudah terbuang. Uwaaa~

Cite ni actually ada banyak season. Tapi I just follow till season 3 jew. Season 3 pown tak abes tengok sebab dah tak best macam season 1. Nothing can replace the first one. Characters dekat season 1 were awesome. 

Dalam season 1 ni pada part awal2 dia perkenalkan 7 characters with their digimon. The 8th character appear as their mission, looking for light which mean as hikari in japanese and the 8th character named Hikari, Tai's  sister.

Kalau nak cerita plot anime ni memang panjang. Tak larat nak cerita. So, senangkan cerita, search jew dekat youtube  pasal anime ni. They have every episode for every season and  movies too. Go for watch them. But (there's but) English dub not really great. Malay dub dekat youtube pulak guna nama cina. Opening theme for English dub tak best! Japenese version jugak  yang sedap didengar.

Ni characters dalam Digimon,








Ni pulak gabungan Digimon Adventure and Digimon Zero Two,


Digimon was an adventure anime and I really love it. Zaman tu memang best  tengok cite ni. And dengar laa opening theme dekat bawah ni. Seronok karaoke lagu ni. Haha.



That is it. Bye! さようなら~

Digimon Lover,
Noiechan.

Sunday, March 3, 2013

Cook! Cook! Till Gemok!

Assalamualaikum,

Seriously rindu nak berblogging and share tons of pictures to the world. Okay, tu perasan. Macam satu dunia ni kenal I and they really waiting for my posts. Daaa~

Yesterday, Aween and I had join a competition. Ala-ala Masterchef, really?? Nope! Just kind of. It's called Jaguh Masak for KAB Open Day and KAB was my hostel before I had kicked out and be independent student! 

Back to real story, to be real not just us, Aween ajak kawan baik dia join sekali. Huh, really 'cool' laa. Urghh! He, make me sick! Back again, theme for the cook thing is  macaroni. I memang tak pernah masak macaroni  before this. Then Aween and I just tibai jew nak masak  apa. Not even planning! Guess what, its worked! We won the third  prize. Okay laa, at least pulang modal and dapat keuntungan about RM6.66 seorang. Hahahaa.

And  here the third placed macaroni look and Aween named it,  Makaroni Cinta.

From the top look

The Macaroni

Been processed for uploading on internet


Kitorang kalah dengan Johorean team. And diakui they cooked really well with good presentation. Well, kitorang ni amateur. Thanks Aween sebab ajak join this thing. Whole new experience.

Today, I  dah masak puding roti. As a first timer, okay laa.

The puding roti~~~~~~


Yeah, I love blogging about what I have cook. Sharing it with the world, as I dream. Hehe. And that's it. Done blogging, sambung kara-KO dalam bilik. Bye!

Food Lover,
Noiechan.

Saturday, December 15, 2012

Just Love This!

Assalamualaikum,

Yeah, love this!


Only RM5 and I can place my sepah-sepah things. I placed my ka-ching, watch, pins and brooches, a handmade love by Aween, birthday card by Eqah, car-key, eye liner, lipstick and even my spectacles.

Dah laa cute with music notes, ribbon. Cute! So vintage! Love, love, love. I bought it when my friends and I went to Ipoh Parade.

Okay, masuk sikit cerita dekat Ipoh Parade. Tujuan utama ke sana adalah untuk menunaikan hajat Eqah yang nak main bowling di sana.

Nampak tak, betapa tak pro nya kami ni..hehe
Dah main bowling, shopping dekat Ipoh Parade, time for mamak! Tengok bola, Malaysia vs Thailand. Datang semangat Harimau Malaya. Hehe.

Khusyuk kowt dorang tengok bola.
Done tengok bola and pekena nasi kandar, balik! Before that, singgah R&R Tapah makan jambu. Hee~

Urmm, tu jew. Tengah ngantuk taip benda ni. Okay, bye! Thanks baca. 

Another entry by,
Noiechan.