Showing posts with label Pesbuk. Show all posts
Showing posts with label Pesbuk. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

Jom Like!

Assalamualaikum,

Ye, jom kita semua mengelike ini page. Page ni ada jual lace untuk baju. Yelaa, sempena nak dekat raya ni kan, mesti ramai nak cari kain nak buat baju raya. *kau, puasa belum, raya pulak* Bukan laa, puasa, puasa, raya, raya.

Lelaki biasanya tak faham, ingat baju kurung tu boleh siap dalam masa satu jam je ke? Tu baju kurung biasa. Tak cerita baju kurung moden, kebaya, jubah ke? Nak pulak design macam-macam. Arghh~ sudah.

Apa-apa pun, jom like, baru cerita. Dah like page Galeri Atiqah, jemputlah beli. Hehe.


Tukang promote,
Noiechan.

Saturday, June 1, 2013

Rutin Buka Laptop

Assalamualaikum,

Hehe. *sengih kerang busuk jap* Entry ni just nak share rutin saya bila bukak laptop. *ni bajet macam 9375982920 orang dekat luar sana nak ambik tahu* Faham tak, nak share. Huuu~

First bila bukak laptop pangkah semua benda yang automatically open masa on laptop. Then, kena tekan button wireless. Yep, laptop saya ni really old fashion. Laptop ni legend taw. Nak masuk lima tahun dah umur dia. Ni laa hadiah PMR dulu. Sayang sangat nak tukar baru. Berapa kali usha-usha laptop baru. Memang nak beli baru. Tapi bila ingat dekat lappy yang satu ni, terasa something *tak tahu nak letak word apa nak gambarkan* Owh, abaikan.

Sambung-sambung

Connected wifi, click facebook, twitter, email, blogger dashboard, youtube. Check notification, click mana yang rasa penting jew, baca status orang, like kalau perlu. Saya jarang nak update status or comment status orang. Baru-baru ni jew adalah update. Yang saya suka buat dekat facebook, upload picture sebabnya picture ni, describe thousands words. Actually saya jenis visually reader. Orang tak suka baca buku ni, suka dengan gambar jew. Korang post laa panjang mana pun, saya tengok sikit je, kalau ada gambar, baru tenung lama-lama.

Dekat twitter, tengok connect then retweet yang mana rasa berkaitan or ada quotes yang best-best je. Nasib twitter ada limit words. So, ada laa baca ayat pendek-pendek. Kalau tak, langsung tak baca. Dulu saya rajin laa nak bertweet. Tapi sekarang tak sebabnya banyak sangat orang guna twitter lately. Dulu saya tweet merata je. Sekarang kena fikir sebelum nak post atas talian *atas talian kau. very the BM* Kita tak tahu, apa yang kita buat sekarang, mungkin effect pada masa depan. Hhmm, tak tahu laa korang setuju ke tak. *Terasa dah matured pulak, cakap macam ni. gelak action kamen pulak*

Email, kalau ada email yang penting, baca. Kalau tak, terus delete. Blogger dashboard pulak, tengok kalau blogger lain ada update new entry. Blogger sekarang dah tak macam dulu. Dulu, blogger memang nak share diary ke, cerita yang menarik ke, sekarang ni, asyik update pasal barang meniaga. Ada baik ada taknya. Tapi rasa macam tak ikhlas bila dorang update barang yang dorang buat review dekat event-event. Entah. Pastu, tengok ada tak orang komen dekat entry saya. Haram. Tarak. Sedihnya. *Tak yah nak bajet femes, semua orang nak komen dekat blog kau ye*

Youtube pulak, tengok dekat subscriptions, kalau pasal make up, beauty things, saya tengok. Saya subscribe BubzbeautyAnneorshineMichellePhanKlairedelysArt. Dorang ni memang awesome. Yang saya rajin tengok gak, GlobalWeGotMarriedJoyofBaking1nigahiga and many many more laa. Kalau youtube nothing to watch, tengok kshownow. Tak de pape gak, bukak playlist dekat youtube, karaKO pulak. Kadang tu, tak payah bukak, housemate bukak lagu, layan je. Tapi kalau bukak rock terlampau kapak tu, memang kena bukak playlist sendiri.

Next, baru laa sibuk nak buat kerja. Tapi, biasanya kalau buat kerja tu, maksudnya buat assignment last minute laa. Hehe. Esok nak hantar, malam baru nak buat. *tolong jangan tiru aksi ganas ni* Ingat lagi, pernah tidur lambat sebab nak buat kerja, tak silap. Esoknya drive pergi class, tak sampai campus lagi, accident. Saya tertidur masa drive, siap mimpi lagi. Hoho. Tayar kereta pecah sebab naik divider jalan. Nasib driver dan penumpang tak apa-apa. Fuhh~

Perasan tak, perasan tak, saya taip panjang melebor ni. Again, this is really not me. Haha. Entry yang merepek ni pulak yang panjang. Assignment tak panjang camni pun. Dengan muka tak tahu malu hantar assignment 3P 10 pages je. Orang lain bukan main tebal lagi. Hahahaha. *tu gelak cover salah sendiri. lempang 673937944 kali sama dia.*

Dah, dah laa merapu tu ye. Baik study untuk exam. *ni nampak benor menipunye* Okay, dah. enough is enough. Cukup! Haishh, sepak betul-betul gak. Done, Assalamualaikum.

p/s: Exam 6, 7, 8 Jun sambung 10 dan 15 Jun. Aaaa~ Jangan ditanya kenapa tak dapat dean list.

p/s: Maaf, tak de gambar.

Merapu meraban,
Noiechan.

Wednesday, July 11, 2012

Assalamualaikum People!!

Woi, tak perlu nak terjerit-jerit bagi salam tuh. (Ehemm, terbiasa dari zaman selekeh-selekeh, masuk kelas bagi salam kat satu dunia).

Rasanya dah sebulan cuti ni. Dan pengumuman, saya masih single dengan jayanya tanpa sebarang ikatan dengan pekerjaan. Vallaa~ Memang penganggur berjaya. Tengok pesbuk dengan tweetland pown lengang. No traffic. Congrats manusia sekalian kerana mencari rezeki di luar sana.

Bila menjadi penggangur (*coughing coughing* kita ubah sikit, bila majikan tak nak ambik kita bekerja) ni, kerja yang boleh dilakukan adalah dengan melintas jaringan internet setiap hari  dan setiap masa (tapi jangan lupa solat, makan dan tido, ngeh ngeh).

Paling seronok usha-usha gambar (terkecuali usha gambar Power Rangers dengan Zharif, okay, saya jew paham). Orang share  gambar melepak, gambar jalan-jalan  cari makan, berholiday, buang tabiat dan yang paling-paling best sekali gambar kawen, mai da aura gatai tuh. Yelaa, umor pown meningkatkan. Hmm, cakap cam hang tuh da tua sangat, baru dua puluh pown.

Melihat gambar-gambar ni semua dekat pesbuk ngan blog. Thanks kepada tukang share dan bloggers yang rajin meng-update. Memang berangan abes saya  tengok semua  gambar-gambar tu. Berangan bercuti ke luar negara, berangan makan banyak-banyak, berangan nak kawen. Opppss! *Syooh syooh aura gatal*

Melalui pemerhatian saya juga ramai yang sedang, cuba, berusaha, berkobar-kobar untuk berubah kepada  yang lebih baik. Cool yaw! I am  too. Kita doa sama-sama ye, ameen. *Tetibe teringat zaman joget-joget*. Memang baik berkongsi benda baik. Tapi jangan setiap masa ye. Nanti nampak lain. AMARAN: ni cuma komen dari diri saya yang jahil and slow.

Selain itu, perkongsian pendapat dan pengalaman seharian juga banyak. Yelaa, saya ni kan student kt universiti yang mendidik bakal guru. So, ada senior yang sedang berpraktikal di sekolah. Lawak gak baca status update dorang ni. Anyway, goodluck guys. Nanti doakan untuk kami juga ye. Tapi kekadang saya rasa saya ni  tarak ada bakat nak jadi  cikgu laa. Jadi surirumah okay kowt. *Lain macam bunyi tuh*. Apapun dah pilih path ni, kena teruskan. Pupuk minat dari sekarang. Fighting!! (semangat melebih di situ)

Tak kurang jugak status meluahkan perasaan. Macam saya ni, blogging sambil meluahkan apa yang terkandung di lubuk hati, jauh mendalam. Ada yang makin menjiwang. Keep it up guys. Mana tahu nanti boleh terbitkan buku ayat-ayat  jiwang. Tu dia, da buat duit. Tak  de laa menganggurkan. Hehe. *Teknik memerli diri tahap keempat*

Mak aii, panjang laa entri ni. Macam bukan diriku yang taip. :O 

Rasanya inilah yang termampu. That's all from me yang cute *Ni teknik perasan tahap dewa*.

Nak update blog lepas jeles tengok ramai  yang update,
Noiechan.

Selekeh style *winky winky*



Monday, September 5, 2011

Most Important Explanation

Salam Beautiful,

Hari ini amat penting untuk noie terangkan sesuatu. Seasuatu yang penting- perlu dijelaskan. Perlu dikupas. Dikupas kulitnya untuk mendapatkan isinya. Bagi merasakan kenikmatan mangga yang terbaik dari ladang. 

Eyh, dah merepek tu. Silap-silap. Ni masalahnya, tak boleh taip panjang2. Nanti merepek habis. Sudah-sudah. Kembali pada tujuan asal untuk mengupas salah, nanti merepek. Untuk menerangkan sesuatu.

Tengok bawah. Bukan pandang lantai. Pandang screen komputer, tengok gambar bawah ni.
Pesbuk noie yang tak berapa meriah. Untuk kita2 jew.  Err,gelinye.


Nama yang noie gune tu, sangat pelek sampai.
Akibat budak kecik gune pesbuk. Noie like jew laa. Cian

Tak pe, tak pe. Sini ada explanation nape gune name tu.
Noie - sebagai penghargaan pada kawan noie sebab bagi-panggil dengan nama tu.
Mok - sebab nak bagi taw noie ni gemok. Ye, taw tak nampak gemok. Tapi, dalam gamba jew. Itulah namenye, fotogenik. Hahaha. Ehemm, jangan poyo sangat.

Kadang-kadang noie gune nama seperti berikut:
Nono - kawan gak bagi nama. Membuktikan kawan memberi pengaruh dalam hidup kita.
NoieChan - sendiri punye idea. Cuba sebut Norizan laju-laju. Terbit laa nama uh.

Sekian sahaja noie terang an. Jangan salah paham lagi.

Taw, entry macam =.="
Untuk sape nak taw jew. K, bubbye