Showing posts with label Wishlist. Show all posts
Showing posts with label Wishlist. Show all posts

Tuesday, November 8, 2016

PANGGILAN INTERVIEW SPP - PANGGILAN 7/11/2016

Assalamualaikum

Lama sangat tinggalkan dunia blogging ni. Kemunculan ni bermaksud. Noie nak share pengalaman semasa temu duga SPP. 

Post ni khas untuk mereka yang 'malu bertanya, sesat jalan' macam noie. 
AMARAN! POST INI MUNGKIN PANJANG
Sesat jalan macam mana? Almaklumlah, noie ni pemalu nak bersosial. So tak ramai kawan nak tanya pasal interview ni. Suka sangat fikir, bila contact kenalan yang tak rapat and tetibe nak tanya or minta sesuatu ni macam mempergunakan orang. Biasa laa pemikiran introvert. Huhuhu. 
Okay kembali pada tajuk asal. Masa dapat tahu yang NORIZAN BINTI NORDIN (obviously that's my real name) ni dapat panggilan interview, seronok dia macam dapat posting. Yelaa, setahun mengunggu lepas grad. Lama rasanya. (Tapi masa interview, borak dengan calon dari uni lain, ada yang menunggu sampai 4 ke 5 tahun).

So dalam kepala start fikir nak study untuk interview. Ni macam study last minute before exam. Berat menghafalnya macam 8 semester punya study. Macam cakap tadi, tak tahu nak start dari mana, nak bertanya malu. Huhuhu.

Nasib laa ni zaman teknologi. Sumber tu banyak.
Dari group whatsapp (members are coursemates) which noie tak aktif langsung, noie cedok laa pengalaman 2,3 orang coursemates yang luckily dah posting. Dorang share some topics, antaranya

CIRI-CIRI GURU YANG BERKUALITI
BUDAYA MEMBACA
MENGHADAPI GURU BERMASALAH
CARA MENGURUS PERISTIWA SEKOLAH
PERKARA DALAM BUKU RPH
PIBG
CONTOH SOALAN KBAT
FUNGSI SPP
PPPM
SISTEM DI KOLEJ VOKASIONAL
RASUAH
CARA MENINGKATKAN PRESTASI SEKOLAH
TUGAS GURU
FPK
KSSM
BPTV

Topik dah ada, apa lagi kita Google je laa. Download semua maklumat. Noie tak print sebab kedekut tapi nak baca dekat skrin phone sakit mata. So dengan kuno nya, noie salin maklumat penting.

Selain tu, ambil tahu semua nama panjang bagi singkatan yang digunakan dalam dunia pendidikan. Contoh, KBAT - kemahiran berfikir aras tinggi. Takut tak tahu, tak faham apa yang dibaca.

Dari blog guru-guru yang dah melalui interview SPP, mereka ada share maklumat penting seperti

SENARAI SEMAK - wajib print
SLIP PANGGILAN TEMUDUGA
BUKU RPH SEMASA PRAKTIKUM
SUSUNAN SIJIL DALAM FAIL -
1. Kad pengenalan
2. Sijil lahir
3. Sijil SPM
4. Sijil berhenti sekolah
5. Surat pengiktirafan JPA - dapatkan dari laman web JPA
6. Surat tawaran ISMP - UPSIan takyah; tak tahu uni lain
7. Surat tamat pengajian - ada sign naib canselor
8. Sijil pencapaian 
9. Transkrip

SALINAN DOKUMEN - mesti dapatkan cop pengesahan. Noie minta cop daripada pentadbiran SMK Bdr Baru Btg Kali sebab paling dekat and adik pun sekolah kt situ
1. Kad pengenalan
2. Sijil lahir
3. Sijil SPM
4. Surat tawaran ISMP *kalau perlu
5. 3  Sijil pencapaian terbaik - sijil dekan tak termasuk; nak sijil penghargaan atau penyertaan
6. Transkrip

PEMAKAIAN SEMASA INTERVIEW
1. Nametag - saiz 7.5×2.5; Nama satu perkataan sahaja (baca pekeliling)
2. Pakaian formal - kemeja (L); baju kurung (P); 
3. Blazer - 3 butang (L); 2 butang di kiri (P)
4. Kasut bertutup - warna gelap

* * * * *
HARI INTERVIEW

Memang takkan lupa laa merempit dari shah alam ke Putrajaya. Thanks to my sister yang bawak motor and noie jadi gps kat belakang dia.

Sampai dekat Putrajaya dalam 7.15 am (dalam slip temuduga, masa yang ditetapkan 7.30am). Memang nampak laa queue yang panjang dekat pintu masuk. And angah cakap, skemanya beratur. Well, cikgukan. Kena jadi contoh yang baik.

Dah masuk bangunan, barulah jumpa coursemates yang lain. Awal depa tu datang. Hehehe. Memang lama tak jumpa. Throwback betul.

Noie group ketiga untuk interview. Group ni terdiri daripada calon dari UTM (1), UiTM (3), UPSI (2) and noie tak sure this lady dari mana tapi yang pasti dari satu course teaching yang terbaik. Ye, bilik interview, Bilik 16, untuk course maths. Group pertama katanya group grad dari luar negara. Group kedua ada 3 orang coursemates noie. And each group ada 7 calon.

Lepas group kedua habis, apa lagi, kutip pengalaman dorang. Adalah topik yang dorang share and memang bangggg kena kt noie. Nasib sempat study. Nak pulak time tu pukul 11:30am, pegawai and cikgu yang interview kami pergi rehat dulu. Sempat laa belek balik notes.

And kami dipanggil masuk dalam pukul 12 tengah hari.

SEMASA INTERVIEW

Bila masuk bilik, memang terus dup dap. Don't worry sebenarnya penemu duga ni baik-baik. Nervous tu bukan sebab takut tapi biasalah ni kan soal kerjaya impian. Hehehe.

Semasa duduk, noie duduk di tengah-tengah. Memang hadap penemuduga depan-depan. Kami semua duduk secara melengkung.

Penemuduga pertama, seorang lelaki, chinese, nampak peramah (memang sempoi). Penemuduga kedua seorang guru wanita, cantik.

Soalan pertama, kenalkan diri. Time ni dup dap dia tak teratur dah and dalam kepala set, jangan nervous, jangan nervous nanti suara bergetar. Time ni cerita laa nama, umur, asal, course, universiti, cgpa and experiences.

Next, soalan yang dikemukakan penemuduga dari spp, apa perbezaan fpk dan falsafah pendidikan guru. Memang rasa macam kena tembak. Honestly memang tak baca tentang fpg tu. Sorang-sorang bagi pendapat.

Soalan seterusnya, perbezaan pengajar dan pendidik. Yang ni memang pendapat kita. Noie punya jawapan, semua orang boleh jadi pengajar, ambil buku teks dan ajar. Pendidik pula mengajar dengan mengenali pelajarnya. Tahu emosi dan tahu macam mana nak tackle student tersebut sesuai dengan dia supaya mudah faham apa yang dipelajari. Tak tahu laa betul ke tak.

Penemuduga kedua pula menyoal. Apa kepentingan menulis RPH dan berikan kaedah yang digunakan untuk mengajar topik pilihan. Next soalan puan ni berbeza untuk setiap calon. 

Calon pertama, maksud PBS. YDP PIBG dipilih dari kalangan siapa.
Calon kedua,  pelaksanaan PBS dan dua unit bawah hal ehwal murid.
Calon ketiga, adil tak pelaksanaan PBS, unit bawah hal ehwal murid (kesinambungan) dan ketua bahagian hal ehwal murid
Calon keempat (noie), kaitan taksonomi bloom dengan band, contoh topik dan cara pemberian band, ketua bahagian hal ehwal murid (kesinambungan) dan tugas pengetua dalam bahagian hal ehwal murid. 
Calon kelima, sorry tak ingat sebab tengah tarik nafas lega. Tapi soalan berkaitan organisasi sekolah, siapa yang mengetuai bahagian kurikulum
Calon keenam, subjek yang tiada ujian bertulis dalam PT3.
Calon ketujuh, tak ingat laa. Huuu. 

Kembali pada penemuduga pertama, beliau beri masa seminit untuk kami pilih satu isu semasa dan huraikan, beri pendapat. Tricky nya di sini, beliau akan tanya nama menteri yang berkaitan dengan isu tersebut. 

Macam noie cerita pasal isu bajet 2017 tentang penyelarasan sistem dasar pendidikan maahad tahfiz, kait dengan anjakan PPPM. Lancar laa sekali tanya nama Menteri yang berkaitan dengan hal ehwal agama. 

Di sini noie bagi tips. Kalau tak tahu, cakap je maaf, tak tahu. Kalau awak hmmm, hmmmm lama sangat, makan masa. Jawab dengan yakin. Kurangkan hmmm hmmmm untuk berfikir. 

Jaga penampilan sebagai bakal guru. Tapi jangan make up berlebihan pulak. Datang awal. Study. Buat homework. Homework awak menunjukkan kesungguhan awak. 



Cukup kot. Hope everything turns out well for me and the others calon interview. 

Passion in teaching, 
Noiechan


Tuesday, June 25, 2013

The First Day

Assalamualaikum,

Yeah, itu dia. Cuti yang sebenar sudah bermula. Weehoo~ Selamat sampai kampungku yang tercinta. Tercinta ke? Actually kampungku yang ada orang yang tercinta. Tunang? Banyak laa. Tunang mende. Apa laa otak korang ni. Cinta je pakwe makwe. Family bukan ke?

Arghh, intro yang karut. Yang penting saya tengah bahagia ni sebab dapat makan free di rumah. Eyh, tak. Dapat jumpa mama and adik-adik.

Hari ni, hhmm~ Actually banyak tido. Ngantuk weyh. Penat tak habis lagi ni. Owh, bilik pun dah berubah wajah. Katil dari Tanjong Malim telah menggantikan katil saya dari saya kecil lagi. No double decker lagi. Kesian mama kena kemas, angkat barang banyak-banyak hari ni. Saya banyak kali tertido masa mengemas tadi. Hehe.

Pagi tadi before kemas-kemas ni, saya dengan mama hantar angah pergi kerja. And we're having our first breakfast together. (:

Saya dengan mama. Susah nak bergambar dengan retis ni.
Ni angah yang dah ready nak pergi kerja, mencari  rezeki sesuap nasi.
Mana turunnya kepoyo-an ku kalau tak ke adik. Haha.
Yang tak sihatnya pasal breakfast hari ni adalah,



Happy je budak kecik ni.
Mama dapat bubur ayam, FOCUS!
Saya dapat ni, really made my day. Lately suka minum tea.
Done breakfast, shopping sikit then balik and ambik 'Arash dari sekolah. Tadi baru je ambik angah dari kerja.

Itulah sahaja. Assalamualaikum. Saya tinggalkan anda dengan gambar yang  Zharif ambik secara random. Hoho.


Yang happy,
Noiechan.

Thursday, June 13, 2013

I Hate Malaysian Food

Assalamualaikum pembaca setia blog ni,

Yang tersinggah blog ni pun, jawablah salam tu ye. Yes, saya tak suka makanan Malaysia. Ini fakta yang tidak boleh disangkal lagi. Yang lagi saya tak suka bila mama saya yang masak makanan tu. Faham tak? faham tak?

People, seriously you cannot say NO to Malaysian food. That's why I really hate about Malaysian food. Buktinya, bila you kata you nak start diet. It such an easy words to say. Tapi bila Malaysian food macam nasi lemak dengan sambal ikan bilis tambah ayam rempah goreng, telur mata satu, ada rendang daging ke, hidang sekali teh tarik, people, you guys mesti lupa laa diet tu. Kan? Benci  tak? Saya sangat benci situasi macam tu. Menaip makanan ni pun dah rasa meleleh air liur apatah lagi hidang depan mata.

Tak nak letak gambar nasi lemak tu. Saya rasa korang semua dah start membenci makanan tersebut sebab dah terbayang dekat kepala. Confirm esok mencari. Takut malam ni tak tido je. Arghh~ stress nya bila ingat nasi lemak ni!

Paling tak tahan bila mama pulak yang masak makanan-makanan ni. Hari ni, target nak makan satu pinggan nasi dengan lauk yang dimasak oleh mama. Satu pinggan je. Tup, tup nampak mama hidang ikan masak asam tempoyak, sayur tumis, agak-agak jadi tak satu pinggan je? Kadang-kadang tu masak ikan goreng je. Tambah sambal belacan dengan ulam. Macam tu pun, haishh~ Geram tak? Tengah  geram ni bila fikir. *seriously having mental breakdown* 

Ni tak cerita pergi pasar malam. Yelaa, tak payah masak sendiri kan. Jalan, singgah setiap gerai, pilih, bayar dan mampu milik. *kau, macam beli rumah  pulak* Banyak betul pilihan dekat situ. Sate laa, lemang, lepat pisang, seri  muka, popia, nasi kerabu, ayam percik, taufu fa, yong tau fu, buah-buahan tempatan, apam balik, bihun sup, *ambik kau, disebut semua* Nasib, nasib ye, otak dah set kalau singgah pasar, tak boleh habis lebih dari RM10. 

Sekarang, korang percaya tak? Makanan Malaysia memang patut tidak disukai! Habis impian saya nak kurus. Uwaa~

Perlukan keadilan,
Noiechan.

Monday, June 10, 2013

Bogoshipda

Assalamualaikum,

Fuhh~ Penatnya. Baru je habis membersih my baby. Kerja pembersihan ni sepatutnya dah lama dibuat. Baru hari ni  tergerak. Semuanya gara-gara nak marah dan rasa kecewa. Abaikan perasaan itu. Nampaknya saya sudah salurkan kemarahan saya kepada sesuatu yang baik. *perghh ayat, so psychology*

Walaupun tak sebersih yang kedai buat, tapi  saya dah cuba untuk bersihkan dengan sepenuh hati. *kenapa ayat saya ni penuh dengan peneguhan ni??* *terasa nak lempang diri sendiri. dushhh~*

Tadi mama ada call, nak tanya pasal exam. Nasib tak tanya panjang-panjang. Kalau tak, kantoi tak study. Hehe. Tunjang  utama mama call adalah untuk bagi  idea macam mana nak simpan barang yang banyak dan besar tu masa cuti sem ni. And mama cadangkan suruh simpan barang dekat rumah jiran. Ma, itu cadangan, memang kami nak buat pun. Tapi kan ma, takut sesak je rumah jiran ni. And technically, rumah bakal-bekas-jiran.

As I said before, kami akan pindah rumah sewa lain. Since kak Jiha and Pipah masuk kolej balik, kami tak mampu nak sewa rumah ni lagi. *ni ayat mintak kesian* Okay, cukup cerita ni.

Masa mama call, biasa laa ada yang  nak bercakap juga. Tak lain  dan tak bukan, Zharif. Semalam call dia nak cakap ice cream, tapi tah apa  tah yang dia sebut. Memang beza dari sebutan asal. Hari ni saya faham apa yang dia cakap. Dia cakap melekit. Tah apa yang melekit, tetiba phone call terputus. Hhmm~ rindu laa dengan adik-adik.

Semalam ada borak dengan Aween. Saya selalu merungut pasal jodoh dengan dia. Kami berdua bersetuju, bersependapat, cewahh~ Ramai yang takut nak dekat dengan saya sebab adik beradik saya ramai and saya anak sulung. Betul laa tu  kan. Takut kena tanggung adik-adik saya pulak kan. Bagus laa kalau lelaki-lelaki fikir camtu. Saya pun tak nak dengan lelaki yang berfikiran sempit macam tu.

Sebenarnya, saya bukan jenis yang suka nak kikis orang. Everytime kalau saya keluar dengan kawan-kawan, saya suka mintak belanja. Tapi, saya just cakap je, saya takkan nak biar orang lain bayar makanan saya tu. Tak sampai hati. Ingat saya suka ke  orang belanja saya selalu. I'm not that kind of person. Maybe kawan tu belanja saya. Next time, insha Allah saya akan belanja balik. Pernah tak dengar word berbudi bahasa. That's  the thing.

Anyway, saya lebih rela tak kahwin dari biar  adik-adik saya terabai or orang tak terima. They are my family. My true one. Orang kahwin ni, anytime boleh divorce tapi adik-beradik tak putus sampai bila-bila. Mama pernah cakap, mama tak kesah along kahwin awal ke, apa ke. Janji jangan abaikan adik-adik. And my husband, I  mean my future husband pun tak payah laa nak fikir kena tanggung adik-adik saya. I know my responsibilities.

Waa~ luah perasaan sungguh. Tapi betul laa. dari  terbuku dekat hati ni sorang-sorang, better saya make this entry and let people know what people like me feel and should do. Jangan jadi pisau cukur. Kan? kan?

Melalut jugak entry ni. Tu laa, entry dengan plot tunggang langgang. Itu saja perkongsian pada kali ini. Assalamualaikum. Minta dijawab.

Meluahkan,
Noiechan.



Sunday, June 2, 2013

Workout ! Workout !

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Insha Allah, semua jawab salam tu kan. Hehe. ^_^

Menurut title post tu, itu semua poyo! Yo yo O je bersenam kan. Alaa-alaa je. Setakat keluar 2-3 titik peluh tu adalah. *okay, hambar*

Lately, saya ada try nak workout and diet. Semuanya sebab nak fit and dapat stamina untuk penilaian silat hari tu. Dah start dari situ, try sampai sekarang. Lagipun boleh sedia untuk Silat Serimau Hitam 2 pulak kan. Yang hari tu baru Silat Serimau Hitam 1.

And, and, saya nak kurus. Percaya tak berat saya almost 70kg. *ni pendedahan exclusive dekat blog ni* Bukan apa, ada instruktor saya tu cakap saya gemuk. Memang tak cakap direct. Tapi ayat dia, haishh~ sabar Izan, sabar. Kawan lain pun ada cakap. Yang lelaki laa mulut tajam. Yang perempuan, takkan tegurnya.

Bukan sebab orang cakap je. Sendiri pun memang nak kurus. Sebabnya nak selesa bila berpakaian. Bukan niat nak pakai seksi-seksi. Tapi bila pakai baju tu, tak de laa ketat lagi. Biar jadi muslimah yang muslimah. So, so, solutionnya, kenalah laa diet and workout.

A day before penilaian silat hari tu, saya memang tak makan langsung. Kira the whole sabtu (hari latihan and class) tu memang tak makan, just banyakkan minum air kosong. Malam tu minum air soya. Lagipun time tu tak selera nak makan. Cuak sebab penilaian. Sampai muntah. Hehe. Time penilaian tu, ada laa rasa ringan sikit badan tapi still tak cukup stamina. Tapi okay laa.

Sekarang ni try workout sikit-sikit. Pagi ada laa round Tasik Proton City. And saya ada try this kind of workout. 

This ! this !
Tapi saya tak de laa ikut kiraan yang banyak tu. As starter, buat banyak yang mampu je. Adik saya suggest jogging. Seriously saya tak boleh nak jogging. Tak larat. Bila jogging kan, rasa dekat bahagian paha dan perut gatal-gatal. So, no jogging. Berjalan laju, boleh. Saya suka senamrobik sebenarnya. Kira saya suka buat workout indoor je. Sit up, tekan tubi, saya tak boleh buat. Hoho. *nak try buat split*

Kalau bab makan, saya tak makan nasi. Bukan tak sentuh langsung. Makan nasi tu, jarang-jarang laa dan kuantiti memang sikit je. Saya makan lauk je. Kalau lapar, makan bihun goreng or kuay tiao goreng as the main dish. Sayur, saya memang suka makan sayur. Sekarang ni, waktu makan saya, tak tentu. Tapi makan berat whether tengahari or dinner. Bab diet makan ni, sebenarnya tak betul. So, jangan follow. Make sure minum air kosong banyak-banyak.

Actually, saya tak patut buat entry ni. Ajar yang bukan-bukan je. Tapi, ni cara saya. Kalau jumpa saya pengsan mana-mana sebab tak cukup makan, tolong-tolong laa ye. Hahahaha. *merepek*

Ni baru je buat exercise. Rembat selimut Aween, tutup kepala. Hehe.
Gambar hari latest. First picture blur. Siapa laa tukang snap ni. Haishh~
Doa-doakan laa saya kurus. Amin. 
Doa tanpa usaha itu bohong. Usaha tanpa doa itu sombong. 
Maka, sekian sahaja entry saya pada kali ini. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

p/s: Tak padan dengan nak exam, sibuk update blog. Puihh~

Workoutlicious, apakah?
Noiechan.

Fight ! fight !

Thursday, May 30, 2013

Budak Poyo!

Assalamualaikum,

Tengah godek gambar dalam lappy ni. Jumpa pulak gambar sorang budak poyo ni. Sangat poyo! Tapi yang poyo ni laa kami semua sayang. The last one. Buah hati intan payung si bujang cencomel.

Muhammad Nur Zharif Ezzany bin Nordin
Budak ni insha Allah akan membesar jadi insan yang berguna. Teringat masa mama lahirkan Zharif or lebih mesra panggil baby ni. Ingat lagi along sangat jahat time tu. Cakap dengan mama tak nak baby. Along jadi selfish. Tapi rezeki Allah yang amat bernilai ini tetap mama lahirkan ke dunia ni even tiada siapa pedulikan kita.

Thanks sebab lahir dekat dunia ni. Thanks mama sebab jaga kami, besarkan kami dengan penuh kasih sayang. Sebabkan ada adik-adik laa along masih kuat dekat sini. Maafkan along dekat adik-adik semua. Insha Allah along akan jaga adik-adik semua. Mungkin along nampak mengada-ngada sangat. Tapi masa bergerak, mematangkan along sendiri.

Mungkin along bukan contoh yang baik. Tapi along harap adik-adik along membesar jadi orang yang berguna, ingat jasa mama and ayah. Seburuk-buruk mana pun orang tua kita, dia tetap insan yang melahir dan membesarkan kita.


Nampak tak gambar kita tak lengkap lagi. Harap gambar family kita akan lengkap ^_^

Alaa, melalut dah ni. Salah baby laa ni. Dah laa. Tak nak sambung lagi. Tu je. Okay, bye!

Love,
Noiechan.

Tuesday, May 28, 2013

Congrats Yaw!

Assalamualaikum people !!

Habis kuat jerit tu. Jemput jawab salam tu sebelum sambung baca ye.

Ehemm, ehemm. Pengumuman penting. Mulai semester hadapan, saya merupakan MMK UKLK. *woo, agak takbur di situ ye, Astaghfirullah* 

Tak, bukan nak takbur tapi hanya berkongsi kegembiraan. Haa? Apa MMK UKLK? Saya pun tak tahu apa laa maksud akronim tu. Yang pasti, UKLK tu Unit Kediaman Luar Kolej. Kira pegang jawatan laa. Seronoknya bukan apa, dapat mycat. Hehe. *Nampak pulak ketidak ikhlasan nya tu*

Ishh, insha Allah ikhlas ! Seronok sebenarnya join aktiviti macam ni sebenarnya. Dapat pengalaman. Hopefully lepas ni ada junior yang menyambung kepimpinan UKLK ni. *Promote, promote*

Portfolio yang dipegang masih belum dikenal pasti. Berharap dapat portfolio yang menarik laa kan. Bonus dapat partner yang sekepala. Tak sabar nya. Mungkin saya akan merungut busy or penat, tapi kerja tetap akan diteruskan. Insha Allah.





Okay, no comments for those pictures. Cuma yang pasti tu gambar baru keluar dari oven. Okay, doakan saya dan rakan-rakan selamat maju jaya. Mwehehe.

"Mewarisi Kegigihan, Meneruskan Kecemerlangan"

The Poyos,
Noiechan.



Sunday, November 18, 2012

Selangorian in Penang and Kedah

Assalamualaikum,

On same day, different time, after got rest for a while, hell yeah! We, Aween (my houssie) and me, were heading to her mom's in Jawi which stated in Pulau Pinang. We got back to Jawi by train and that was the first time ever I travel by train. 

JOURNEY: TANJONG MALIM TO PARIT BUNTAR
DEPARTURE TIME: 12.24 AM

The tickets, her and mine.

Started at platform 2 in KTM Tanjong Malim

Waiting~

Snap!

Seriously cakap, I memang batak or jakun or so whatever, bila naik train ni. Nasib ada kawan yang duduk belah utara ni. Dapat jugak merasa travel dengan train. Weee~ And memang sejuk. Tapi sepanjang jalan tak nampak laa keadaan dekat luar sebabnya gelap. Yelaa, pagi-pagi buta naik train. 

Psst~ Dari ticket its wrote train will be at platform at 12:24 am and obviously its wrong. Its always late (as people said). Kitorang dapat naik train around 1am something.

Its okay, tu tak patahkan semangat nak merantau di negeri orang (merantau laa sangat kan? Haha). 

Sesampai saje di Parit Buntar, mama Aween dah ada di situ bersama dengan adik Aween, Wani and Yuyu. Sampai dekat rumah Aween lebih kurang 6.30 am. 6.30 am tu. Solat then, tidur. Krooh, krooh~

Actually, we have plan to go to Sufi's house dekat Gurun, near to Yan, Kedah. So, kenalah bangun awal jugak kan? Tak awal mana pown. Bangun-bangun mama Aween sedang prepare breakfast and kitorang pown keluar pergi beli breakfast lain as tambahan. Now on table we have bihun goreng mama Aween, murtabak and roti jala. Mama, your bihun goreng sangat sedap. Heehee.

Jyeah! Breakfast sudah and we were ready nak pergi Sufi's!

Muka yang excited bercampur perisa ngantuk

What makes me so excited is, hye, its Kedah okay. Never been there (cheater, no! Pernah pergi Langkawi jew). 

The driver and me.

Aween yang drive. And kitorang tambah sorang lagi penumpang/driver. Never mind, tak yah cerita part tu. Walaupun ada terlajak jalan, akhirnya kami sampai dekat rumah Sufi. Makanan, sedap sangat. Dapat pulak lauk yang dihidangkan dekat meja pengantin kan, ohsem! Kitorang bukan berdua jew. Budak UPSI yang lain pown ada sekali and opkos tu bebudak Fakulti Sukan. Oh, Sufi ni budak Fakulti Sukan, kawan dengan Aween dulu, baru kenal dengan I. Kira, kawan kepada kawan laa. Kitorang kenal pown sebab pergi picnic (picnic laa sangat) sama-sama sem lepas (sem 2).

Selitan:
Ni laa Sufi. Ni gambar masa 'picnic' tu. Credit picture, Cikebunbun

Sambung, sambung. Lepas makan, ehem ehem, camera dah gerak-gerak nak mintak snap gambar. Okay, serbu rumah. Malu jugak. So, bagi can budak lelaki posing dekat bilik pengantin. Dorang pown malu-malu ayam, nak tak nak bergambar. Puihh. Kalau dorang kenal dengan I, mesti dah suruh ambik macam-macam gambar laa and posing pown bagai-bagai.

The gentlemen
Cukup! Turn girls pulak. Syooh, syooh. Hee~

Ayu gitu. Macam pengantin pulak

Okay, hodoh. Tapi letak jugak. Time ni, ada makcik masuk bilik. Blush blush. Tu tergelak tak sopan tu

Tapi I frust sikit. Okay, tak sikit, banyak. Sebabnya tak dapat nak posing-posing dekat bendang. Dah laa bendang tu tengah menghijau. Ruginya. Tak dapat nak ambik gambar sebab hujan. Kalau renyai-renyai okay lagi. Ni, lebat taala. Huh~

So, kena balik terus. - . -

Malam pulak disambung dengan tengok wayang dekat Sunway Carnival Mall. Kali ni tengok wayang dengan Wani dan Azri. Plan tengok Ajiboy atas permintaan Wani.

Ni Wani yang comot

Wani malu nak bergambar. Gambar atas ni pown, gambar curi-curi. Hehe. Tapi, permintaan Wani tak dapat ditunaikan. So, kita tengok Skyfall. And tak sangka I tengok movie ni. Huh.

Ni ticket sebagai bukti I tengok Skyfall

Geram dekat GSC ni. Dia tahan camera I daripada bawak masuk. Ye, paham, polisi. Tapi paling sedih dia tahan coolblog jugak. Sayangnya. Tak pe laa.

Paling tak boleh bla, I boleh tido masa tengok Skyfall tu. Ciss~ Nampak sangat cite tu tak laku dengan I. Hahaha.

* * *
On the day nak balik, means hari selasa, kami pergi Sungai Sedim pulak. Kali ni pergi satu family yang besar. Ada Mak Teh and Mak Ceak. Dorang semua sporting jew. Thumbs up! 

Best mandi sungai ni. Sejuk

Before balik Jawi, singgah kejap dekat rumah Mak Ceak. Bla bla. I buat muka tak tahu malu, pergi habiskan kek dekat rumah tu, tapi dah sedap plus lapar. Hehe.

Perkenalkan my new boyfie, Yuyu

Malam, ready nak balik naik train. Macam biasa, train cakap dalam 10pm, dapat naik lewat gak laa. Dalam train, snap snap snap!

Excited nak balik

Bekalan makanan. Thanks mama! Wani, akak memang makan atas train. Dah time lapar. Heehee

Buat muka time

Another one

AND,

Ni cenderahati dari Penang untuk pembaca blog ni..hehe

So, that's my journey during holiday. And we were arrived safely dekat Tanjong Malim lewat dari masa yang ditetapkan. Thanks pada Afifah and Eqah sebab sudi bersengkang mata nak jemput kitorang pagi-pagi buta tu dekat KTM.

A BIG THANKS FOR AWEEN SEBAB BAWAK I BALIK.
THANKS DEKAT MAMA AWEEN DAN WANI SEBAB TERIMA KEDATANGAN I.
THANKS TO SUFI SEBAB JEMPUT KE WEDDING KAKAKNYA.
THANKS HOUSEMATES!
THANKS ALL

Okay, macam bagi ucapan anugerah pulak kan. Hopefully next time dapat ikut Aween balik lagi and dapat jadi model bendang. Hehe.

Bubbye.

XOXO
Noiechan.




















Saturday, November 17, 2012

We're in Rawang

Assalamualaikum,

Yeah, 10112012 kami pergi Rawang. Okay, apa special sangat Rawang? No lah, I just seronok sebab nak pergi wedding ex-roomate zaman matrik dulu. Eh salah, wedding kakak ex-roomate I. Rindu banget sama mereka. Sanggup I tak pergi jalan-jalan KL dengan students Universitas Negeri Yogyakarta (ni cerita lain) semata-mata nak jumpa ex-roomate yang gila ni.

Drive sendiri. Dah besar kena berdikari nak gerak mana-mana pown

Bawak sekali roomate dan housemate. Pulun. Buy 1 free 2

Dekat-dekat sampai rumah ex-roomate tu, kelam-kabut call dia, nak tanya mana rumah. Cari sampai terlajak dekat kawasan sekolah. Rumah dia dekat Kampung Kenanga. Jumpa makcik tu, tegur-tegur jap, dengan muka tak tahu malunya cakap nak makan, lapar lagipun dia busy kan, nak layan orang lain jugak. Kenalah bawak diri dekat tempat orang.

Makanan, semuanya sedap. I tak makan nasi. So, bedal lauk lah. Paling suka acar buah. Nak tambah, malu. Tak pernah dibuat orang.

Habis-habis makan terus nak serbu rumah pengantin, nak tengok pelamin. Mula-mula segan nak bukak kasut, nak masuk. Last-last, tebal muka jew, keluarkan camera, snap!

Gorgeous pelamin dia. Huhu

Posing bajet sendiri jadi pengantin depan pelamin..weee~


Memang tak malu berposing depan pelamin orang and depan family pengantin pulak tu. Hishh, tebal muka sungguh. Okay, enough. Nanti berangan lebih pulak. Calon pown tarak, berangan jew. Nanti study tah ke mana, kahwin pown ke mana kan? Ke tengah laut laa jawabnya. Sudah, jom balik!

Sebelum balik, kita kenalah hormat tuan rumah. Jumpa dorang dulu before balik ye. Memang tak sempat nak borak panjang dengan makcik tu. Tak pe, dah jumpa pown jadi. Buat penawar rindu. Cehh, macam bercinta pulak. Oppss!

Ni laa ex-housemate I. Farah Zawani binti Ismail. Sempat heret dia bergambar. Heehee

Dah janji dengan dia, nak call dia masa dapat free call nanti. InshaAllah. Banyak benda nak cerita dekat dia. Ehem, pergi kenduri kahwin tak de gambar pengantin ke? Ada lah. 

Before melangkah ke kereta, pergi salam pengantin, nak berkat pengantin lah kononya. Seronok jumpa kak Fairuz. Makin cun lah. Aura pengantin laa tu.

"Kak, nak ambik gambar boleh?" Macam b*d*h jew tanya camtu. Pape jew. Janji dapat snap gambar pengantin buat kenangan. Hehe.

Semoga kak Fairuz bahagia dengan pasangannya, En Faiz

Lepas ambik gambar tu, memang tak terus cabut. Ada camera, kena snap gambar banyak-banyak laa. Tapi, gambar-gambar itu diprivatekan. Cewahhh~

THANKS FOR THE INVITATION KAK FAIRUZ AND FAMILY! LOVELY WEDDING.

Okay, on the way nak balik Tanjong Malim bukan main kata nak terus balik. Lalu dekat Little India  Rawang tu, nampak pulak ada tempat berinai atau nama ala-ala modennya henna, terus tak jadi nak balik. Singgah. Mood Diwali mai dah. Sanggup mencelah antara kereta-kereta yang sesak tu nak cari parking then nak buat inai.


Excited sebenarnya, tak tunjuk dalam gambar jew

Ni first time buat mehndi cam ni. Cantik jugak. Hee~

Ni lah hasilnya di tangan kami bertiga

Dah buat mehndi tu, balik. Eh tak jugak. Menyinggah lagi. Nampak gerai buah pulak. Uihh~ macam jakun nampak buah. Nampak pulak pisang tanduk. Dah lama mengidam benda ni. Beli-beli, keluar-keluar duit, balik. Kali ni CONFIRM balik!

Balik-balik terus tukar baju and masak pisang tanduk yang dah berabad I ngidam tu.

Jemput makan. Sedap. Nyum nyum~

Rest and ready for the next journey. To be continued ...

Having fun,
Noiechan.



Wednesday, October 3, 2012

#797

Assalamualaikum yaw!

Semalam kami, satu rumah  hang out together. Start dengan buang tabiat jap iaitu pergi ke sini,

Bagi yang tak tahu, ni library di UPSI. Sory, gambar tak cantik. Amarture. hiks!

 Nampak tak siapa yang tak ada dekat dalam gambar ni? Haishh~

Memang buat tabiat habis laa. Then, LAPAR!! Mula decide nak makan dekat mana. Finally, Dusun Bay.

Eqah dengan 3 layer capuccino nye

Cik Tippi, Aween, Pipah and Eqah. Eqah, tengok camera! Eqah! Okay, busy dengan air. Fine~

My dinner share dengan Aween. Okay, share dengan semua. (:

Lagi satu. Surprise~ Okay, kena wap jew.

Ni, tak ingat nama. Nampak sedapkan? Hehe

Jom makan!

Makan Aween, makan.

Posing untuk makan. weehoo~

Last but  not least, gambar together-gether. Awww

Cover Photo (:

And #797 tu, nombor rumah kami. Jemput datang rumah. Tapi hidang air masak jew laa kalau orang datang. Haha. :D

Sentiasa lapar,
Noiechan.