Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

The First Day

Assalamualaikum,

Yeah, itu dia. Cuti yang sebenar sudah bermula. Weehoo~ Selamat sampai kampungku yang tercinta. Tercinta ke? Actually kampungku yang ada orang yang tercinta. Tunang? Banyak laa. Tunang mende. Apa laa otak korang ni. Cinta je pakwe makwe. Family bukan ke?

Arghh, intro yang karut. Yang penting saya tengah bahagia ni sebab dapat makan free di rumah. Eyh, tak. Dapat jumpa mama and adik-adik.

Hari ni, hhmm~ Actually banyak tido. Ngantuk weyh. Penat tak habis lagi ni. Owh, bilik pun dah berubah wajah. Katil dari Tanjong Malim telah menggantikan katil saya dari saya kecil lagi. No double decker lagi. Kesian mama kena kemas, angkat barang banyak-banyak hari ni. Saya banyak kali tertido masa mengemas tadi. Hehe.

Pagi tadi before kemas-kemas ni, saya dengan mama hantar angah pergi kerja. And we're having our first breakfast together. (:

Saya dengan mama. Susah nak bergambar dengan retis ni.
Ni angah yang dah ready nak pergi kerja, mencari  rezeki sesuap nasi.
Mana turunnya kepoyo-an ku kalau tak ke adik. Haha.
Yang tak sihatnya pasal breakfast hari ni adalah,



Happy je budak kecik ni.
Mama dapat bubur ayam, FOCUS!
Saya dapat ni, really made my day. Lately suka minum tea.
Done breakfast, shopping sikit then balik and ambik 'Arash dari sekolah. Tadi baru je ambik angah dari kerja.

Itulah sahaja. Assalamualaikum. Saya tinggalkan anda dengan gambar yang  Zharif ambik secara random. Hoho.


Yang happy,
Noiechan.

Sunday, June 16, 2013

What an Uh-Ah

Assalamualaikum,

Morning semua. Happy Sunday!


Apa yang uh-oh? My breakfast.



Only apple and lemon juice. Serius. Apple ni, nasib beli dekat pasar semalam. Kalau tak, tak makan laa jawabnya. Tak pe, sabar. Lunch nanti, nak makan banyak-banyak. *tu kalau rajin keluar* Bila tak de class ni kan, jadi malas nak keluar.

Cepat laa masa berlalu. Nak balik rumah. Tadi paling buat mental breakdown ialah bila masanya ketika *apa ayat ni?* *sambung* bila call mama. Mama cakap mama masak nasi lemak. Mama kata sedap. Baby pun tambah-tambah makan. Ma, jealous! Pastu boleh pulak mama cakap "Meyh laa datang sini ambik nasi lemak" MAAAAAAAAAAAA~

Sabar je laa bila dapat mama yang muda ni. FYI beza umur mama dengan saya cuma 19 tahun. Semua orang tak percaya bila cakap saya ni anak dia. *ni nak nyanyi lagu sedih ni*

Kenapa mesti taip panjang-panjang ni??! Tadi ingat nak cakap morning and boh (bubuh) gambar tu je. Arghhh~

Okay, apa-apa pun enjoy your holiday! *laundry, laundry memanggil*

Assalamualaikum.

Location: masih di bumi Tanjong Malim. urghh~

Yang dah bangun pagi tapi tak mandi lagi,
Noiechan.


Thursday, June 13, 2013

I Hate Malaysian Food

Assalamualaikum pembaca setia blog ni,

Yang tersinggah blog ni pun, jawablah salam tu ye. Yes, saya tak suka makanan Malaysia. Ini fakta yang tidak boleh disangkal lagi. Yang lagi saya tak suka bila mama saya yang masak makanan tu. Faham tak? faham tak?

People, seriously you cannot say NO to Malaysian food. That's why I really hate about Malaysian food. Buktinya, bila you kata you nak start diet. It such an easy words to say. Tapi bila Malaysian food macam nasi lemak dengan sambal ikan bilis tambah ayam rempah goreng, telur mata satu, ada rendang daging ke, hidang sekali teh tarik, people, you guys mesti lupa laa diet tu. Kan? Benci  tak? Saya sangat benci situasi macam tu. Menaip makanan ni pun dah rasa meleleh air liur apatah lagi hidang depan mata.

Tak nak letak gambar nasi lemak tu. Saya rasa korang semua dah start membenci makanan tersebut sebab dah terbayang dekat kepala. Confirm esok mencari. Takut malam ni tak tido je. Arghh~ stress nya bila ingat nasi lemak ni!

Paling tak tahan bila mama pulak yang masak makanan-makanan ni. Hari ni, target nak makan satu pinggan nasi dengan lauk yang dimasak oleh mama. Satu pinggan je. Tup, tup nampak mama hidang ikan masak asam tempoyak, sayur tumis, agak-agak jadi tak satu pinggan je? Kadang-kadang tu masak ikan goreng je. Tambah sambal belacan dengan ulam. Macam tu pun, haishh~ Geram tak? Tengah  geram ni bila fikir. *seriously having mental breakdown* 

Ni tak cerita pergi pasar malam. Yelaa, tak payah masak sendiri kan. Jalan, singgah setiap gerai, pilih, bayar dan mampu milik. *kau, macam beli rumah  pulak* Banyak betul pilihan dekat situ. Sate laa, lemang, lepat pisang, seri  muka, popia, nasi kerabu, ayam percik, taufu fa, yong tau fu, buah-buahan tempatan, apam balik, bihun sup, *ambik kau, disebut semua* Nasib, nasib ye, otak dah set kalau singgah pasar, tak boleh habis lebih dari RM10. 

Sekarang, korang percaya tak? Makanan Malaysia memang patut tidak disukai! Habis impian saya nak kurus. Uwaa~

Perlukan keadilan,
Noiechan.

Sunday, June 2, 2013

Workout ! Workout !

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Insha Allah, semua jawab salam tu kan. Hehe. ^_^

Menurut title post tu, itu semua poyo! Yo yo O je bersenam kan. Alaa-alaa je. Setakat keluar 2-3 titik peluh tu adalah. *okay, hambar*

Lately, saya ada try nak workout and diet. Semuanya sebab nak fit and dapat stamina untuk penilaian silat hari tu. Dah start dari situ, try sampai sekarang. Lagipun boleh sedia untuk Silat Serimau Hitam 2 pulak kan. Yang hari tu baru Silat Serimau Hitam 1.

And, and, saya nak kurus. Percaya tak berat saya almost 70kg. *ni pendedahan exclusive dekat blog ni* Bukan apa, ada instruktor saya tu cakap saya gemuk. Memang tak cakap direct. Tapi ayat dia, haishh~ sabar Izan, sabar. Kawan lain pun ada cakap. Yang lelaki laa mulut tajam. Yang perempuan, takkan tegurnya.

Bukan sebab orang cakap je. Sendiri pun memang nak kurus. Sebabnya nak selesa bila berpakaian. Bukan niat nak pakai seksi-seksi. Tapi bila pakai baju tu, tak de laa ketat lagi. Biar jadi muslimah yang muslimah. So, so, solutionnya, kenalah laa diet and workout.

A day before penilaian silat hari tu, saya memang tak makan langsung. Kira the whole sabtu (hari latihan and class) tu memang tak makan, just banyakkan minum air kosong. Malam tu minum air soya. Lagipun time tu tak selera nak makan. Cuak sebab penilaian. Sampai muntah. Hehe. Time penilaian tu, ada laa rasa ringan sikit badan tapi still tak cukup stamina. Tapi okay laa.

Sekarang ni try workout sikit-sikit. Pagi ada laa round Tasik Proton City. And saya ada try this kind of workout. 

This ! this !
Tapi saya tak de laa ikut kiraan yang banyak tu. As starter, buat banyak yang mampu je. Adik saya suggest jogging. Seriously saya tak boleh nak jogging. Tak larat. Bila jogging kan, rasa dekat bahagian paha dan perut gatal-gatal. So, no jogging. Berjalan laju, boleh. Saya suka senamrobik sebenarnya. Kira saya suka buat workout indoor je. Sit up, tekan tubi, saya tak boleh buat. Hoho. *nak try buat split*

Kalau bab makan, saya tak makan nasi. Bukan tak sentuh langsung. Makan nasi tu, jarang-jarang laa dan kuantiti memang sikit je. Saya makan lauk je. Kalau lapar, makan bihun goreng or kuay tiao goreng as the main dish. Sayur, saya memang suka makan sayur. Sekarang ni, waktu makan saya, tak tentu. Tapi makan berat whether tengahari or dinner. Bab diet makan ni, sebenarnya tak betul. So, jangan follow. Make sure minum air kosong banyak-banyak.

Actually, saya tak patut buat entry ni. Ajar yang bukan-bukan je. Tapi, ni cara saya. Kalau jumpa saya pengsan mana-mana sebab tak cukup makan, tolong-tolong laa ye. Hahahaha. *merepek*

Ni baru je buat exercise. Rembat selimut Aween, tutup kepala. Hehe.
Gambar hari latest. First picture blur. Siapa laa tukang snap ni. Haishh~
Doa-doakan laa saya kurus. Amin. 
Doa tanpa usaha itu bohong. Usaha tanpa doa itu sombong. 
Maka, sekian sahaja entry saya pada kali ini. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

p/s: Tak padan dengan nak exam, sibuk update blog. Puihh~

Workoutlicious, apakah?
Noiechan.

Fight ! fight !

Saturday, June 1, 2013

June is Here

Assalamualaikum,

This just an entry to welcome the June. Nothing special on this month unless my little brother's birthday, exam and go to Pahang. Weee~

Hope orang yang sakit dan poyo tu sihat ye! Tak padan dengan sakit. Ngeh.

Baru habis tengok movie Seven Something. And I really love this dialogue:
If you have to ask other people what you should do next, I think you don't have to do anything anymore. 
What an entry right? Really the random entry. Okay, done. Assalamualaikum. ^_^




Menaip pagi-pagi buta,
Noiechan.

Sunday, March 3, 2013

Cook! Cook! Till Gemok!

Assalamualaikum,

Seriously rindu nak berblogging and share tons of pictures to the world. Okay, tu perasan. Macam satu dunia ni kenal I and they really waiting for my posts. Daaa~

Yesterday, Aween and I had join a competition. Ala-ala Masterchef, really?? Nope! Just kind of. It's called Jaguh Masak for KAB Open Day and KAB was my hostel before I had kicked out and be independent student! 

Back to real story, to be real not just us, Aween ajak kawan baik dia join sekali. Huh, really 'cool' laa. Urghh! He, make me sick! Back again, theme for the cook thing is  macaroni. I memang tak pernah masak macaroni  before this. Then Aween and I just tibai jew nak masak  apa. Not even planning! Guess what, its worked! We won the third  prize. Okay laa, at least pulang modal and dapat keuntungan about RM6.66 seorang. Hahahaa.

And  here the third placed macaroni look and Aween named it,  Makaroni Cinta.

From the top look

The Macaroni

Been processed for uploading on internet


Kitorang kalah dengan Johorean team. And diakui they cooked really well with good presentation. Well, kitorang ni amateur. Thanks Aween sebab ajak join this thing. Whole new experience.

Today, I  dah masak puding roti. As a first timer, okay laa.

The puding roti~~~~~~


Yeah, I love blogging about what I have cook. Sharing it with the world, as I dream. Hehe. And that's it. Done blogging, sambung kara-KO dalam bilik. Bye!

Food Lover,
Noiechan.

Thursday, November 22, 2012

Lunch | Ayam Masak Sambal Tom Yam & Bayam Tumis

Assalamualaikum,

Hari ni bangun lambat. Bangun-bangun jew terus fikir nak makan apa. Hehe. Fikir perut jew kan? Nak buat camne, Hidup Untuk Makan, Makan Untuk Hidup.


Abaikan tweet bawah tu. Tu sebab terlebih tengok Adam dan Hawa. Adam dan Hawa trending worldwide semalam. Haha. Back to the story. Finally, masak ayam masak sambal tom yom. Thanks dekat pak cik google sebab bawak saya ke blog sape tah masa cari 'lauk tengahari' jumpa resepi ni. Thanks kepada empunya blog. Hee~

AND

Here the foodelicious. Wee~


Kita kasi zoooooOOMm sikit. Nyum nyum.



Okay, kena tunggu respon dari houssie. Tak tahu laa sedap ke tak. Hhmm. Tak pe, dah masak, makan. Jangan tolak rezeki ye! Selamat lunch untuk semua. Baca doa sebelum makan.

MOod: tengah nak plan jenjalan sem depan. Pangkor maybe. Hee~

The Iron Chef, 
Noiechan.



Wednesday, October 3, 2012

What For Dinner?

Assalamualaikum people!

Jawab ye sayang-sayang sekalian. Hhhmmm, lapar laa. Dah dua minggu ni asyik lapar dan mengidam. Terok bebenor. Mcd dah dapat, jambu batu pown sudah, cake pown dah, pizza pown dah.

So, I decide malam ni makan simple jew. Untuk menggabungkan kemalasan dan kesenangan, dinner malam ni mudah untuk disediakan.

Firstly, we need these,



and kita chop-chop tomato tu dan tambah gula, gaul dan sedia untuk dimakan. Ye, sayang. Tu jew untuk malam ni. Hehe.


Ready for Noie to eat. Aumm aumm.

Eqah tanya,  kenyang ke tak? Then, saya just jawab kita tunggu malam sikit nanti. Haha. Baiklah tu saja What for Dinner malam ni. Selamat mencuba!

Red is delicious,
Noiechan.

Monday, May 14, 2012

We're Not Couple

Assalamualaikum beauty and encem,

Announcement! I am single mingle. Woi, jangan dedahkan status laa. Kita bukan nak cakap pasal status diri okay. Ni yang tak boleh couple okay. 

PRAWN MACARONI CHEESE & ICE CAFE LATTE

Sangat tak sesuai. Cadangan daripada yang sudah mencuba, jangan sesekali gatal, terliur, teringin, ter-- ter-- segala bagai nak cuba gabungan ni ye. And to me, this is the last time me, myself and I untuk makan macaroni cheese. Its too creamy. Never mind, dah order habiskan jew.


This the macaroni cheese. But, what I get is without the green thing. Boleh saman ni, saman tak puas hati. Lawyer please!


Credit picture to Aween for this. Left side is the receipt. The right side is me, trying to finish the macaroni cheese and that's the ice cafe latte. Seriously, they are not match each other. 

P/S: Thanks to Aween again for company me bukak puasa. Lain kali kita makan cake nak? (Jemputan Online). Bila la nak keluar satu rumah lagi. Ikan bakar, next?

Again, don't try this if you don't want to keep burpp, tastes creamy in bad way.

Thanks for read this entry. Thanks a lot girls and guys. 

Food lover and pengkritik terbaik,


Tuesday, March 13, 2012

Experience | Blood Donations

Assalamualaikum,

Saja nak kongsi pengalaman derma darah. Nothing laa derma darah ni malah you akan rasa bangga dapat derma darah. Darah you tu akan digunakan untuk mereka yang sangat memerlukan. Tak bangga ke? Huhu.

Cuma pergi isi maklumat diri sikit. Tick maklumat kesihatan. Lepas tu dia (pegawai yang bertugas) akan suruh ke next counter untuk check berat and ooppss I'm not gonna tell berat saya. Then, a bit tip (sound) kat hujung jari you for simple blood test (nak tahu darah jenis apa, kepekatan darah). And kalau darah tak cukup pekat untuk derma, tak perlu derma. Takut pengsan pulak.

Next, ke counter check blood pressure. Normal, jalan. Nanti adalah cam daftar dalam sistem sikit. Pastu, pergi lah derma darah. Awesome weyh, derma darah. Cucuk sikit jew pun. Bukan tak sapu alkohol before cucuk. Then, baring jew. Buat senaman tangan sikit untuk bagi darah keluar. Tak sakit.

Tak sampai setengah jam, semua proses dari awal sampai penuh satu beg. Lepas 10 minit rehat, dapat pulak roti, milo kotak, 100 plus and biscuits. Untungkan? Untung lagi orang yang dapat diselamatkan nyawanya dengan darah  yang kita derma tadi. (:

Cute tak?? Posing after derma darah.

Effect lepas derma darah sikit jew. Setakat lubang kecil kena cucuk ngan jarum and mungkin tangan kebas sikit. Paling teruk pun, lebam. 

Macam mana? Nak derma darah tak?

Okay, apa-apa pun depends kat diri sendiri dan keikhlasan hati.

Note: Saya baru derma buat kali kedua disebabkan banyak halangan. Sedih bila tak dapat derma last year sebab darah tak cukup haemoglobin. Owh, banyak kelebihan yang kita boleh dapat dengan derma darah.

For more information:



Tuesday, November 15, 2011

I Not Belong HERE!!

Salam to all readers,

Kadang-kadang noie rasa noie ni tak de kawan la. Sebab kenapa ye?? Noie mengada-ngada sangat ke?? Noie memilih sangat ke berkawan?? Ke noie ada masalah mental. Sudah. Jangan fikir macam tu.


Macam ni laa noie rasa sekarang. In small space, wanna cry.

Macam mana tak fikir macam tu. Tadi terbaca artikel, waa~ baca artikel. Pasal masalah kemurungan. Simtom-simtom yang dinyatakan macam kene kat batang hidung sendiri. Adoi. Antaranya, tidur tak ikut waktu, ketidak seimbangan hormon, tension dengan pelajaran dan sebagainya la. Nak nangis.

So, betul la noie ada masalah kemurungan. Paling dahsyat lagi, noie sentiasa rasa keseorangan. Hmmm, teruk ni. Noie juga rasa macam noie ni terasing dengan orang luar. Rasa macam noie tak deserve untuk join orang lain, rasa noie ni ganjil. Sometimes noie terfikir yang semua orang kalau nampak noie fikir macam ni "Eeee, budak ni weird la, jangan kawan dengan dia." 

Sedih la berfikiran macam ni. Adakah noie perlu jumpa dengan pakar sakit jiwa kalau bahasa sedapnya psikiatri?? Cadangan please!!

Tapi, noie cuma rasa bahagia kalau noie duduk dengan mama dan adik-adik. Walaupun noie selalu buat muka atau marah-marah kat rumah, tapi noie rasa paling, paling, paling, sangat, sangat, teramat, teramat confirm bahasa melayu fail paling bahagia duduk di rumah dengan semua.

Family bahagia noie. Walaupun tak berapa nak perfect, tapi, ni la family noie yang buat noie bahagia

Kesimpulannya, sayangilah keluarga anda. Tapi, kene tak dengan tajuk kat atas tu??

That's all. Terima kasih sebab sudi jenguk-jenguk.