Showing posts with label Fyka. Show all posts
Showing posts with label Fyka. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

The First Day

Assalamualaikum,

Yeah, itu dia. Cuti yang sebenar sudah bermula. Weehoo~ Selamat sampai kampungku yang tercinta. Tercinta ke? Actually kampungku yang ada orang yang tercinta. Tunang? Banyak laa. Tunang mende. Apa laa otak korang ni. Cinta je pakwe makwe. Family bukan ke?

Arghh, intro yang karut. Yang penting saya tengah bahagia ni sebab dapat makan free di rumah. Eyh, tak. Dapat jumpa mama and adik-adik.

Hari ni, hhmm~ Actually banyak tido. Ngantuk weyh. Penat tak habis lagi ni. Owh, bilik pun dah berubah wajah. Katil dari Tanjong Malim telah menggantikan katil saya dari saya kecil lagi. No double decker lagi. Kesian mama kena kemas, angkat barang banyak-banyak hari ni. Saya banyak kali tertido masa mengemas tadi. Hehe.

Pagi tadi before kemas-kemas ni, saya dengan mama hantar angah pergi kerja. And we're having our first breakfast together. (:

Saya dengan mama. Susah nak bergambar dengan retis ni.
Ni angah yang dah ready nak pergi kerja, mencari  rezeki sesuap nasi.
Mana turunnya kepoyo-an ku kalau tak ke adik. Haha.
Yang tak sihatnya pasal breakfast hari ni adalah,



Happy je budak kecik ni.
Mama dapat bubur ayam, FOCUS!
Saya dapat ni, really made my day. Lately suka minum tea.
Done breakfast, shopping sikit then balik and ambik 'Arash dari sekolah. Tadi baru je ambik angah dari kerja.

Itulah sahaja. Assalamualaikum. Saya tinggalkan anda dengan gambar yang  Zharif ambik secara random. Hoho.


Yang happy,
Noiechan.

Monday, June 10, 2013

Bogoshipda

Assalamualaikum,

Fuhh~ Penatnya. Baru je habis membersih my baby. Kerja pembersihan ni sepatutnya dah lama dibuat. Baru hari ni  tergerak. Semuanya gara-gara nak marah dan rasa kecewa. Abaikan perasaan itu. Nampaknya saya sudah salurkan kemarahan saya kepada sesuatu yang baik. *perghh ayat, so psychology*

Walaupun tak sebersih yang kedai buat, tapi  saya dah cuba untuk bersihkan dengan sepenuh hati. *kenapa ayat saya ni penuh dengan peneguhan ni??* *terasa nak lempang diri sendiri. dushhh~*

Tadi mama ada call, nak tanya pasal exam. Nasib tak tanya panjang-panjang. Kalau tak, kantoi tak study. Hehe. Tunjang  utama mama call adalah untuk bagi  idea macam mana nak simpan barang yang banyak dan besar tu masa cuti sem ni. And mama cadangkan suruh simpan barang dekat rumah jiran. Ma, itu cadangan, memang kami nak buat pun. Tapi kan ma, takut sesak je rumah jiran ni. And technically, rumah bakal-bekas-jiran.

As I said before, kami akan pindah rumah sewa lain. Since kak Jiha and Pipah masuk kolej balik, kami tak mampu nak sewa rumah ni lagi. *ni ayat mintak kesian* Okay, cukup cerita ni.

Masa mama call, biasa laa ada yang  nak bercakap juga. Tak lain  dan tak bukan, Zharif. Semalam call dia nak cakap ice cream, tapi tah apa  tah yang dia sebut. Memang beza dari sebutan asal. Hari ni saya faham apa yang dia cakap. Dia cakap melekit. Tah apa yang melekit, tetiba phone call terputus. Hhmm~ rindu laa dengan adik-adik.

Semalam ada borak dengan Aween. Saya selalu merungut pasal jodoh dengan dia. Kami berdua bersetuju, bersependapat, cewahh~ Ramai yang takut nak dekat dengan saya sebab adik beradik saya ramai and saya anak sulung. Betul laa tu  kan. Takut kena tanggung adik-adik saya pulak kan. Bagus laa kalau lelaki-lelaki fikir camtu. Saya pun tak nak dengan lelaki yang berfikiran sempit macam tu.

Sebenarnya, saya bukan jenis yang suka nak kikis orang. Everytime kalau saya keluar dengan kawan-kawan, saya suka mintak belanja. Tapi, saya just cakap je, saya takkan nak biar orang lain bayar makanan saya tu. Tak sampai hati. Ingat saya suka ke  orang belanja saya selalu. I'm not that kind of person. Maybe kawan tu belanja saya. Next time, insha Allah saya akan belanja balik. Pernah tak dengar word berbudi bahasa. That's  the thing.

Anyway, saya lebih rela tak kahwin dari biar  adik-adik saya terabai or orang tak terima. They are my family. My true one. Orang kahwin ni, anytime boleh divorce tapi adik-beradik tak putus sampai bila-bila. Mama pernah cakap, mama tak kesah along kahwin awal ke, apa ke. Janji jangan abaikan adik-adik. And my husband, I  mean my future husband pun tak payah laa nak fikir kena tanggung adik-adik saya. I know my responsibilities.

Waa~ luah perasaan sungguh. Tapi betul laa. dari  terbuku dekat hati ni sorang-sorang, better saya make this entry and let people know what people like me feel and should do. Jangan jadi pisau cukur. Kan? kan?

Melalut jugak entry ni. Tu laa, entry dengan plot tunggang langgang. Itu saja perkongsian pada kali ini. Assalamualaikum. Minta dijawab.

Meluahkan,
Noiechan.



Tuesday, June 4, 2013

Home Sweet Home

Assalamualaikum,

Yeah, based on title, saya dah dekat rumah. I mean my kampung, hometown. Err~ Happy sangat. Woohoo~ Rumah laa tempat yang terbaik nak hilangkan stress ! Setuju tak? *setuju!* *pandai anak murid cikgu* Hoho.

Saya memang budak kampung je. Seorang budak kampung yang cuba merubah nasib keluarga. Cewahh~ Terasa poyo pulak kan. Kampungku terletak di Kampung Jenderam Hilir. Sebut nama kampung ni, mesti ramai yang tak tahu. Okay, saya selalu laa sebut saya asal Dengkil. Dengkil pun tak tahu. Ada yang kata dekat Negeri Sembilan pulak. Dengkil tu, dekat dengan Putrajaya. Bila sebut Putrajaya, baru ssemua orang stop bertanya di manakah. Fine, kampung asal saya tak famous.

Actually, kampung ni terletak dalam daerah Sepang. Bila sebut Sepang pulak kan, ramai laa cakap dekat dengan airport laa kan. Hahahahaha. Tak laa dekat mana pun. Apa motif saya gelak ye? Abaikan. Paling best, orang suka cakap, mesti selalu tengok F1. Hahahahaha. Korang giler, ingat ticket nak pergi tengok F1 tu murah. Everytime saya nak pergi tengok F1, of course, a BIG NO laa.

Dah macam belajar Geografi pulak intro entry ni kan.

A night before balik rumah kan, saya call mama and cakap nak balik. Mama pun kata okay. Then cakap dengan mama saya nak balik sekarang jugak (masa tu around 11-12pm). Giler kan? Rindu and tension punya pasal, nak buat bukan-bukan pulak. Sah-sah mama terperanjat. Lastly, mama kata balik esok je laa. Okay, balik betul-betul lepas subuh and lepas kemas barang.

Sampai dekat rumah, memang terasa kepala ringan je. Terasa beban tu kurang. Even exam nak dekat dah ni.  Hoho.

Hari ni, curi-curi masa dating dengan angah. Actually dia nak dating dengan kawan-kawan matrik dia. Fine, saya just menyibuk je. Sekarang angah da gerak tengok wayang, saya sorang-sorang dekat Old Town. GREAT !


Lovely angah and me

Posing. Kenapa saya hodoh?

Order air je. Hehe. Wifi free. Hahaha.

Eh, gambar Zharif lepas mandi tadi. Haha.
Bajet nak study dekat sini. Tapi, bila teringat nak study Linear Programming, haishhh~ Berat je rasa ni. Hoho. Done with this entry. Selamat belajar ye. Assalamualaikum.

p/s: dapat tahu, next semester pindah rumah lain. Jauh, tapi tak pe laa. Janji tak bayar sewa mahal sangat TT_TT

p/s: tengah cuba ubah muka. So, tak nampak muka macam ada masalah. Hahaha.
Lepaking,
Noiechan.



Thursday, May 30, 2013

Budak Poyo!

Assalamualaikum,

Tengah godek gambar dalam lappy ni. Jumpa pulak gambar sorang budak poyo ni. Sangat poyo! Tapi yang poyo ni laa kami semua sayang. The last one. Buah hati intan payung si bujang cencomel.

Muhammad Nur Zharif Ezzany bin Nordin
Budak ni insha Allah akan membesar jadi insan yang berguna. Teringat masa mama lahirkan Zharif or lebih mesra panggil baby ni. Ingat lagi along sangat jahat time tu. Cakap dengan mama tak nak baby. Along jadi selfish. Tapi rezeki Allah yang amat bernilai ini tetap mama lahirkan ke dunia ni even tiada siapa pedulikan kita.

Thanks sebab lahir dekat dunia ni. Thanks mama sebab jaga kami, besarkan kami dengan penuh kasih sayang. Sebabkan ada adik-adik laa along masih kuat dekat sini. Maafkan along dekat adik-adik semua. Insha Allah along akan jaga adik-adik semua. Mungkin along nampak mengada-ngada sangat. Tapi masa bergerak, mematangkan along sendiri.

Mungkin along bukan contoh yang baik. Tapi along harap adik-adik along membesar jadi orang yang berguna, ingat jasa mama and ayah. Seburuk-buruk mana pun orang tua kita, dia tetap insan yang melahir dan membesarkan kita.


Nampak tak gambar kita tak lengkap lagi. Harap gambar family kita akan lengkap ^_^

Alaa, melalut dah ni. Salah baby laa ni. Dah laa. Tak nak sambung lagi. Tu je. Okay, bye!

Love,
Noiechan.

Saturday, December 15, 2012

Randomness yang Awesome

Assalamualaikum,






There's lot more I want to tell but I just too lazy to write. :"(
Anyway, I am HAPPY with them!



XOXO,
 ♥ Noiechan ♥

Tuesday, May 8, 2012

A Long Day. Really Long #2

Assalamualaikum,

Teknik sambungan!!

Girls tak sah kalau dah jumpa cermin, tak ambik gambar.

Dah habis shopping dekat Kajang, mama kata jom pergi Alamanda pulak. Ha??!! Tak tahu nak buat muka macam mane. Tapi, okay jew. Mama kata nak cari kotak nak simpan baju adik-adik. Percaya lah sangat.

Sampai Alamanda, seperti yang dijangkan. Bukan kotak jew ye. Benda paling amazing happened. Kereta lock and the key is inside the car. Awesome, terbaik! Tak tahu dah word apa boleh keluar lagi. Thanks angah.

Step Pertama
Goncang-goncang kereta. Memang boleh bukak kereta macam tu. Terbaiklah kalau dapat buat. Tambah lagi kalau buat dengan perasaan marah, geram. At the end, tak bukak laa.

Step Kedua
Bagi cadangan merapu. Itu lagi satu. Bagilah cadangan tu. Kena marah balik adalah. "Apa kata, pecahkan tingkap" ngee. Kena marah. "Along saje jew. Bukan suruh buat terus pown. C-A-D-A-N-G-A-N". Ni tak suka buat lawak ni. Kena marah ni macam satu penumbuk lepas kat muka. Bayangkan.

Step Ketiga
Beli pin rambut. Bajet hang ni pembuka lock kunci kereta terbaik laa. Dengan RM2.80, lebih kurang 12 pin rambut terbeli. And dapat bayangkan, dapat bukak lock kereta dengan pin feel like a boss. Tapi, usahkan bukak, feel pown tarak. Yang dapat, calar dekat kereta.

Step Keempat
Ni baru betul. Dapatkan bantuan. Thanks to the one woman and two black guys, which we don't know their name, thanks for the business card. Call, about 20 minutes the service man datang. Part paling best, bayar dia RM80 for the service and he only open the car lock in just less than 30 second. What the fish!!!

No picture for this accident. FRUST! Only a picture before its happened.



Thanks read peeps :)

Fin O fin by
The Noiechan
noietea.blogspot.com



A Long Day. Really Long #1

Assalamualaikum,

Ni, hari sabtu punya cerita bersamaan 5 May 2012. I have told that if I come back home, tak sah kalau tak keluarkan. Ha, ni lagi satu punya hari yang termasuk dalam statement tadi. Sebelum explaination yang lebih panjang lebar, kita teruskan dengan berita yang selanjutnya. Perghh~ dah macam pembaca berita pulak.

Mama plan nak cari baju untuk Balqis and dia bercadang nak pergi Metro Kajang sebab dah lama tak pergi sana. Okay, no  hal laa. Yang halnya, siapa lagi yang drive kalau bukan ni, orang yang hot-meletop-kebabom ni. Hambar seyh.


Kitorang bertolak terlampau awal laa. Tu laa, kita nak bersiap lama-lama tak bagi. Mama asyik cakap "Kak chik tu bila nak siap" "Lama lagi ke Kak chik" Hye, kita bukan Kak chik laa. Angah pulak "lama-lama pun bukan lawa sangat pown". Ni tak lawa ke??

Muka bajet comel, mintak lempang laju-laju!


Dah kata sampai awal tadi kan. Shopping mall pown tak bukak lagi kowt. Pe lagi masa untuk mengisi perut laa. Mama ajak makan dekat restaurant minang. Dulu selalu pergi situ. 

Buat yang tak tahu, ni nasi lemak kay

Ni pulak roti canai

Ha, ni paling sedap. Lontong. Pedas yang mengancam

Ni bukan makanan ye.

Perut dah penuh, mall dah bukak, serbu!! Mulalah mencari baju Balqis.

Try test cuba baju ni.

Suka seluar ni. Alaa-alaa Kpop

Arash nak masuk gak

Aksi comel Zharif bersama big bear 



Okay, akan bersambung.

Macam mana rupa blog baru ni?? Comment please. Thanks! :)

Tukang nak sambung cerita,
The Noiechan
noietea.blogspot.com

Monday, May 7, 2012

When I Home

Assalamualaikum,

After pesan to eqah and Iz to pass the pictionary to Razis first, and also the letter to Miss Fatina, jyeah! straight to petrol station, isi RM30, drop them to Taman Bernam and buy Pau Yik Mun, famous pau in town, they said. Habis almost RM50 for pau only. Aiyaa~

Start the journey with my sister, Fyka or angah. Then, tau-tau dah sampai rumah. Journey for one hour and half  rasa macam sekejap jew. Thanks to the power of having-partner-during-drive. Memang seronok ada kawan bila balik rumah ni. Borak-borak plus mengumpat-ngumpat semasa drive memang membantu anda tidak ngantok okay.

Muka mintak sepak laju-laju sebab dapat balik rumah

When I Home
Seronok giler. Dekat depan pintu rumah pown ada drama okay. Miss them. Muahh! I miss mama a lot. Miss my little bros and sis. Thanks to fiqri sebab angkatkan beg along. Huhu. Then, dapat bantal, night world even baru tengah hari.

Esoknya, memang tak sah kalau tak keluar rumah. But hye, I tak keluar dengan orang lain okay. I keluar dengan mama jew. Not only jew. I rather keluar dengan mama berbanding dengan orang lain. Sorry, its hurting.

Apa lagi, snap-snap laa.




I think I cuma ceria and happy kalau duduk rumah. Hope sangat kalau UPSI ni dekat dengan rumah. Anyway, that's my choice cannot blame anyone else. Mama dah cakap, apply UKM jew. UHUH.

And thats. Thanks reading it peeps! :)

Happily ever after when home,
The Noiechan
noietea.blogspot.com

Thursday, April 26, 2012

A Mi Mismo

Hola!

Me profesora is giving me an assignment to write about myself in ten sentences. And here I post it first before hand-in to her. I don't know whether the use of the words is correct. But, I'm trying right. Huhu.

La Assignment
Me llamo Norizan binti Nordin. Tengo 20 (veinte) anos. Soy de Selangor, Malaysia. Yo soy estudiante de Mathematicas en UPSI. Soy gorda, pero yo soy hermosa. Megusta cantar en cualquier momento. Ademas de eso, me gustan ver los videos en youtube. Tengo una familia grande. Tengo un padre, madre, dos hermanas y cuatro hermanos. Amo a mi familia. Ellos son mi felicidad.
Is it okay?? Haha. Before this, we have a simulation from what we have learnt. We have to do la conversacion.

La Conversacion
Me: Hola! Buenas tardes. Yo soy Norizan. Como os llamais?
Eqah: Nos llamamos Atiqah y Iznieza.
Me: Como estais?
Eqah: Bien.
Iz: Yo bien tambien. 
Me: De donde eres Atiqah?
Eqah: Soy de Kelantan. Ella es de Negeri Sembilan. Y tu?
Me: Soy de Selagor.
Iz: Cuantos anos tienes?
Me: Tengo 20 anos.
Iz: Nosotros tambien. Eres estudiante?
Me: Si. Soy estudiante de Matematicas.
Eqah: Somos estudiante de Ciencias.
Iz: Bueno, mucho gusto.
Me: El placer es mia.
Eqah: Hasta luego, Norizan.
Me: Hasta luego, Atiqah y Iznieza.
Iz: Adios.
I am nervous when speaks in front of people. So, the conversation not really went well. But anyway, its done. Huh~

Another assignment play-role and pictionary (El Aeopuerto). Not on-going yet. Hmmm~

And congrats to my sis sebab dapat offer further study in Selangor Matriculation College. Tempat yang ohsem and hot. I really mean it. Hot!

And, and Happy Birthday to my other sis, Nur Diyana Balqis. No gifts for ya! Because I don't have more money to buy something for you. Hehe.

Thanks for read this entry. Just another sharing stuffs.

Sinceramente,
Noiechan 

Saturday, January 14, 2012

I Love to Eat!!

Assalamualaikum readers sayang-sayang sekalian,

Hehe. Kenapa gelak tiba-tiba ni?? Gila ka?? Hmm. Entri kali ni saje nak kongsi picture before new year. Terperap lama sangat. Tak de lama sangat pun. About 2-3 weeks ago.

Cerita bermula pada 22 or 23 December 2011. Nenek lupa da. Fykakim @ Angah datang Universiti Pendidikan Sultan Idris or commonly, UPSI alaa, you know, the famous, hot university for her holiday. Bawak dia jalan-jalan kat Tanjung Malim. Okay, facing the truth, sini tak de pape pun.

Renungan tajam buat pau coklat. Panahan cinta. Hwahahaha.
I think the next day. No, no. Eyh, yes, yes. We went to my Persatuan Maths activity, JUMM. I jadi AJK Pengangkutan and Keselamatan. Berat sungguh jawatan itu. Huh, tak buat keje sangat pun. We thought can snap picture banyak-banyak and mandi sungai. gth laa. Busy. Kesian lagi kat angah sampai tidur kat dalam chalet jew.

Okay, this wierd.

With other AJK who AT48. Elly and Eqah, one of my bestie in UPSI.

Double peace yaow!
Okay, done with JUMM thing. Next day, we went home. Owh, lupa nak cakap, my car. Teruk giler sebab masuk jalan ke JUMM uh. Dekat Desa Selesa, Tanjung Malim.

Sampai rumah tak yah cakap laa. HEAVEN you know. Esoknya kitorang, mama, angah, arah, zharif and me, went to Alamand for walk and window shopping. Pastu, mama ajak makan kat Noodle Station. Mula-mula tolak. Tapi orang kata, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari.

This one angah's. Not really remember whats the name.
This is mine. Tom Yam. Not really look like. But, okay laa.

Hey, that's me!

Before balik rumah, we got Dunkin Donut for Balqis, Ilham and Fiqri who busy with computer game at home.

Comelnye!!

Days after that, we were having cempedak goreng. Mama said thats cempedak nangka. Taste, sedap giler. Tengok color laa. Golden kowt. Manis. Goreng sekali habis. Lagi sekali pun habis. Entah berapa trip goreng tah. Kami memang suka makan! Hoho.


Before year of 2011 end, we were having Dominos pulak. Went to Tasik Cyberjaya. People going there for exercise. Kitorang pun exercise, exercise perut.




Hmmm. Macam nak buat part 2 laa. Okay, to be continued. Ending kat part 2 nanti. Hehe.