Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Friday, December 20, 2019

Dua Tahun Berlalu

Assalamualaikum
What's up Gamepesh!

Yeah, dua tahun tinggalkan blog ni. Dan a lot of things have changed.
Last blogging, January 2017. And now dah nak masuk 2020.

Dalam tempoh masa ni, status pun berubah banyak dah. 
Daripada single, dah married.
Daripada anak dara, dah jadi mak budak.
Daripada seorang ABM, dah jadi cikgu sekolah.

This one taken during Raya 2019


Single to Married
During abm period, I've met a guy, innocent one. He asked me and I said yes.
How?
Tu kena cerita dekat entry lain. Secara ringkasnya,
9 Mac 2017 he asked me to marry him.
9 April 2017 merisik, tunang.
8 September 2017 the big day. 
Yes, kitorang dah sambut dua kali annivesary until this time.
And doa sangat, many to come.

Mama to One
Saya noticed saya pregnant adalah pada February/ Mac 2018.
And the baby, we called him Bubu, pop out on 24 Oktober 2018.
Bubu adalah hadiah terbaik dalam hidup saya.

Selamat Pagi Cikgu Norizan
End of April 2017, saya dah resign from being abm sebab 
I got tawaran being a teacher in seondary school.
2 Mei 2017, bermulalah tugas sebagai cikgu di sekolah sehingga ke hari ini.
Pada 27 Julai 2019, saya sudah sah jawatan. And itu adalah benda yang paling happy.
Cita-cita saya daripada sekolah menengah telah tercapai.

That's two years of me without blogging.
I'm to restart this blog.
To update, give me more times.
Kadang ada idea, tak ada masa.
Ada masa tapi malas.
Saya bukan jenis yang konsisten. So, kalau ada, ada lah ye.
Hahahaha.

Ini penghujung entry. So saya share my little family photo.
Thanks for reading. 
Btw, kalau nak tanya pape, leave on comment or dm me on ig.
Thanks again.



Bye gamepesh!


Wednesday, June 4, 2014

MMKLK1314 | Its Ended

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah sekian lama, saya kembali menaip di blog ni. Hee. Busy you know. Dengan kerja berlambak, menimbun, lots of things happened lately. Haha. Poyo je semua tu. Ini semua berlaku sebab salah sendiri. 

Kembalinya menaip dekat blog ni bukan apa. Saya nak bagi tahu satu dunia, yang I bukan lagi one of Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus 2013/2014. Ni happy ke sedih ni? Truly, I'm happy it is ended. But, with big but, this means one of my pieces is not there anymore. This mean I have lost my little family in Unit Kediaman Luar Kampus. Sedih laa bila think about it.

On 2nd of June, we, MMKLK13/14 were officially left this organisation. Berat hati sebenarnya. We started without knowing each other until now, we were just like a family. Gelak, sedih, marah, happy, merajuk, maki-maki, ngumpat-ngumpat, buat program sama-sama, banyak laa yang buat sama-sama. Tapi bila da lepaskan jawatan ni, entah, ada rasa kosong. >.<

Going through all of these, banyak ajar saya untuk lebih matured. Whoever knew me, tahu laa saya ni macam mana. Boleh dikatakan manja kowt. Tak reti nak independent. Seriously being with them, I learnt lots of things. How to cooperate well, communicate. Part yang paling best, feel the fame a bit. Haha. Gedik aihh. Tak laa. Okay, tak dinafikan jugak. Hee.

Apabila seorang pemimpin berbicara

 But I notice, I cannot be a leader. It is hard for me. Work with the leader is much suits with me. I cannot be just like Amyrul Helmy who is my YDP MMKLK. Saya tak boleh nak connect dengan geng-geng MMK kolej lain macam Ahmad Qasyasyi. Saya tak boleh nak buat orang respek saya macam saya respek Syazwani Siha. Saya tak boleh nak buat kerja file-ing macam Nur Hafizah. I cannot be just like Che Fatma, Amanina Fatin, Amalina who are the best sister that you can ever had, who are still have their comitment even dorang busy. Saya tak boleh nak bina cable terbaik and manage duit dengan baik macam Siti Norain. Saya tak boleh jadi macam Muzalifah yang sentiasa sabar dengan semua orang especially sabar dengan partner dia yang pemalas ni. Saya memang tak boleh jadi macam Adam yang komited dengan kerja walaupun baru bersama kami. Tak ada siapa yang boleh jadi macam Nurul Syazreen yang kasar tapi baik hatinya, kawan yang memahami kawan. Saya tak boleh nak sentiasa senyum even ada masalah macam Mohammad Ridzuan. Saya tak boleh jadi macam Nur Afiqah yang sangat ringan tulang and lembut orangnya. Saya tak boleh jadi macam Mohammad Akhmal yang sangat baik hati orangnya and sangat setia. Saya memang tak boleh jadi macam Muhamad Asyraf yang tak kesah orang kata dia and he is smart. Saya tak boleh jadi macam Chuah Huey Yaan yang sangat rajin and he can adapt with us very well. Saya tak boleh jadi macam Mohd Asrini yang sentiasa berjiwa muda dan penyayang dengan adik-adiknya. Saya memang tak boleh jadi seorang yang sentiasa kecoh but at the same time kerja always jalan macam Shazlina. Saya tak boleh jadi seperti Ahmad Fahmie yang sesuai jadi calon menantu and penyabar. Saya tak boleh jadi semuslimah and ayu macam Nur Asiah selalu. Saya tak boleh jadi macam Mohd Hariz yang selalu bercakap baik dengan orang and rajin menganjing kawan but people still like him just the way he is. Saya tak boleh survive alone to our 'office' just like Hazwanni did. Saya tak boleh jadi macam Muhd Nur Faris yang selalu berusaha untuk belajar untuk jadi yang terbaik and look at him now. Saya memang tak boleh jadi macam Mohamad Khairul Asdam yang always happy-go-lucky and always being like an insane. Haha. And siapa yang boleh jadi macam Sharila Suhaida yang knows what she want and she must get that and to me she is the best pengarah program and ajk that you could had.

Gonna miss all of them. Rindu dengan memories yang we had together. Seriously dorang ni memang sesuai laa campak dekat mana-mana pun, dorang boleh survive well. Nak jadi calon pun sangat sesuai. Mwahahaha. Saya banyak belajar dengan dorang ni.

Hmm. Kind of speechless. *tapi da taip bukan main panjang lagi. Not so izan. Hee. *

To the new MMKLK for 2014/2015, keep this things up. Build the family just like how we did but make it in your own way and make it much better. To Faris, be a great leader. Lead them, work with them, create memories with them and never forget us. We always be there for you guys. To our juniors, Mia, Diela, Fiqah and Dalila, you guys know how we work and please help Faris well. Korang semua please jaga nama baik UKLK, pengetua and felo-felo. Do more great impact-programs for UKLK.

I, dengan rendah diri memohon maaf kepada semua, MMK family, sekiranya banyak buat salah dekat semua, halalkan apa yang saya terambil, termakan. Ingatlah diri ku yang kerdil ni even besar gedabak ni. Love all of you.


La familia de MMKLK






My crime partners, Adam and Kak Muzalifah
My team with the new MMKLK
My last kerja as emcee before its all ended

With the new MMKLK at Cherating

The new legacy

And she is the best friend that I ever had. Always there, with me, together
Apa yang da sudah, let it ended but the the memories are here, in my mind and always in my heart. Next, ready for final exam, thesis, and be a great great practical teacher. SMK Jelai, wait for this teacher Izan.

Okay, ini cerita sudah tamat. Tutup buku. Assalamualaikum.

From mantan Exco Ekonomi & Keusahawanan,
Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus,
noiechan.






Thursday, October 10, 2013

Botingkek !

Assalamualaikum,

Since bukak semester ni memang busy.











Ni semua program UKLK. A BIG claps to adik beradik UKLK for their successful program. Sorry for my wrong things, for not attending some programs. Sob3.

Another program but not under UKLK. Its PMMU !

Saya ni ada angin. Bila angin kata tak yah, memang tak buat. Sorry again.

Same goes to my assignments. Memang botingkek laa. Hehe.

Babes, thanks for always being there for me !

Itu sahaja.

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA. SEDAPNYA MAKAN DAGING. HEHE.
Assalamualaikum cayang-cayang  sekalian.

p/s: doakan saya menjadi rajin dan buang prinsip tadi ye. Hehe.

XOXOXOXOXOXO,
Noiechan.

Tuesday, June 25, 2013

The First Day

Assalamualaikum,

Yeah, itu dia. Cuti yang sebenar sudah bermula. Weehoo~ Selamat sampai kampungku yang tercinta. Tercinta ke? Actually kampungku yang ada orang yang tercinta. Tunang? Banyak laa. Tunang mende. Apa laa otak korang ni. Cinta je pakwe makwe. Family bukan ke?

Arghh, intro yang karut. Yang penting saya tengah bahagia ni sebab dapat makan free di rumah. Eyh, tak. Dapat jumpa mama and adik-adik.

Hari ni, hhmm~ Actually banyak tido. Ngantuk weyh. Penat tak habis lagi ni. Owh, bilik pun dah berubah wajah. Katil dari Tanjong Malim telah menggantikan katil saya dari saya kecil lagi. No double decker lagi. Kesian mama kena kemas, angkat barang banyak-banyak hari ni. Saya banyak kali tertido masa mengemas tadi. Hehe.

Pagi tadi before kemas-kemas ni, saya dengan mama hantar angah pergi kerja. And we're having our first breakfast together. (:

Saya dengan mama. Susah nak bergambar dengan retis ni.
Ni angah yang dah ready nak pergi kerja, mencari  rezeki sesuap nasi.
Mana turunnya kepoyo-an ku kalau tak ke adik. Haha.
Yang tak sihatnya pasal breakfast hari ni adalah,



Happy je budak kecik ni.
Mama dapat bubur ayam, FOCUS!
Saya dapat ni, really made my day. Lately suka minum tea.
Done breakfast, shopping sikit then balik and ambik 'Arash dari sekolah. Tadi baru je ambik angah dari kerja.

Itulah sahaja. Assalamualaikum. Saya tinggalkan anda dengan gambar yang  Zharif ambik secara random. Hoho.


Yang happy,
Noiechan.

Friday, June 14, 2013

Officially in the "Family"

Assalamualaikum,

Ingat tak before this saya ada taip entry pasal saya ada join MMK UKLK? Ingat tak? Tak ingat? Tak nak cerita lagi. Hey, ada saya kisah. Nak cerita jugak! *kenapa macam kasar je ni?*

Apa pun cerita nya cenggini. Kan hari tu cerita dah dapat join this MMK thing but still tak tahu portfolio dalam ini organisasi. On 12th June 2013, yup, officially dapat surat pelantikan tersebut and guess what, I got Exco Ekonomi dan Keusahawanan. What??!

Ye, exco yang saya sendiri tak expect saya akan dapat. Kenapa tak pilih budak yang memangnya dari course yang berkaitan. Tapi, saya tetap fikir yang positif. Mungkin dengan pegang exco ni, banyak pengalaman boleh dikutip. Ye dok? Saya pun bukan sorang-sorang dalam exco ni. Bukan setakat Kak Muzalifah (another Exco Ekonomi dan Keusahawanan) tapi satu keluarga MMK UKLK juga akan bersama-sama bekerja. *semangat ni*

Ni list dalam MMK UKLK

First program as the MMK which is Bengkel Pemantapan MMK Kolej-kolej
Kediaman 2013
Next, Timbang Tara UKLK 2013
Really excited about these things but at the same time, nervousness pun mendatang. *kesat peluh* A lot more to come. Next semester more challenges to overcome and pointer, jangan jatuh. Huk huk.

Hope semua orang akan bekerjasama dengan baik, bertoleransi and paling penting tidak kedekut ilmu serta saling membantu. Saya memang tidak berpengalaman dalam buat paperwork. Sepanjang join Persatuan Matematik, saya hanyalah ajk yang bekerja. Di sini mungkin platform baru untuk mencuba dan menjayakan sesuatu yang baru.

Ehem, terasa macam bakal seorang guru  yang berdedikasi  pulak bila cakap camni kan. Hahaha. *serius mood back* Doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga baru ni ye. Do support us! Terima kasih. 

New exco,
Noiechan.

Monday, June 10, 2013

Bogoshipda

Assalamualaikum,

Fuhh~ Penatnya. Baru je habis membersih my baby. Kerja pembersihan ni sepatutnya dah lama dibuat. Baru hari ni  tergerak. Semuanya gara-gara nak marah dan rasa kecewa. Abaikan perasaan itu. Nampaknya saya sudah salurkan kemarahan saya kepada sesuatu yang baik. *perghh ayat, so psychology*

Walaupun tak sebersih yang kedai buat, tapi  saya dah cuba untuk bersihkan dengan sepenuh hati. *kenapa ayat saya ni penuh dengan peneguhan ni??* *terasa nak lempang diri sendiri. dushhh~*

Tadi mama ada call, nak tanya pasal exam. Nasib tak tanya panjang-panjang. Kalau tak, kantoi tak study. Hehe. Tunjang  utama mama call adalah untuk bagi  idea macam mana nak simpan barang yang banyak dan besar tu masa cuti sem ni. And mama cadangkan suruh simpan barang dekat rumah jiran. Ma, itu cadangan, memang kami nak buat pun. Tapi kan ma, takut sesak je rumah jiran ni. And technically, rumah bakal-bekas-jiran.

As I said before, kami akan pindah rumah sewa lain. Since kak Jiha and Pipah masuk kolej balik, kami tak mampu nak sewa rumah ni lagi. *ni ayat mintak kesian* Okay, cukup cerita ni.

Masa mama call, biasa laa ada yang  nak bercakap juga. Tak lain  dan tak bukan, Zharif. Semalam call dia nak cakap ice cream, tapi tah apa  tah yang dia sebut. Memang beza dari sebutan asal. Hari ni saya faham apa yang dia cakap. Dia cakap melekit. Tah apa yang melekit, tetiba phone call terputus. Hhmm~ rindu laa dengan adik-adik.

Semalam ada borak dengan Aween. Saya selalu merungut pasal jodoh dengan dia. Kami berdua bersetuju, bersependapat, cewahh~ Ramai yang takut nak dekat dengan saya sebab adik beradik saya ramai and saya anak sulung. Betul laa tu  kan. Takut kena tanggung adik-adik saya pulak kan. Bagus laa kalau lelaki-lelaki fikir camtu. Saya pun tak nak dengan lelaki yang berfikiran sempit macam tu.

Sebenarnya, saya bukan jenis yang suka nak kikis orang. Everytime kalau saya keluar dengan kawan-kawan, saya suka mintak belanja. Tapi, saya just cakap je, saya takkan nak biar orang lain bayar makanan saya tu. Tak sampai hati. Ingat saya suka ke  orang belanja saya selalu. I'm not that kind of person. Maybe kawan tu belanja saya. Next time, insha Allah saya akan belanja balik. Pernah tak dengar word berbudi bahasa. That's  the thing.

Anyway, saya lebih rela tak kahwin dari biar  adik-adik saya terabai or orang tak terima. They are my family. My true one. Orang kahwin ni, anytime boleh divorce tapi adik-beradik tak putus sampai bila-bila. Mama pernah cakap, mama tak kesah along kahwin awal ke, apa ke. Janji jangan abaikan adik-adik. And my husband, I  mean my future husband pun tak payah laa nak fikir kena tanggung adik-adik saya. I know my responsibilities.

Waa~ luah perasaan sungguh. Tapi betul laa. dari  terbuku dekat hati ni sorang-sorang, better saya make this entry and let people know what people like me feel and should do. Jangan jadi pisau cukur. Kan? kan?

Melalut jugak entry ni. Tu laa, entry dengan plot tunggang langgang. Itu saja perkongsian pada kali ini. Assalamualaikum. Minta dijawab.

Meluahkan,
Noiechan.



Sunday, June 2, 2013

Workout ! Workout !

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Insha Allah, semua jawab salam tu kan. Hehe. ^_^

Menurut title post tu, itu semua poyo! Yo yo O je bersenam kan. Alaa-alaa je. Setakat keluar 2-3 titik peluh tu adalah. *okay, hambar*

Lately, saya ada try nak workout and diet. Semuanya sebab nak fit and dapat stamina untuk penilaian silat hari tu. Dah start dari situ, try sampai sekarang. Lagipun boleh sedia untuk Silat Serimau Hitam 2 pulak kan. Yang hari tu baru Silat Serimau Hitam 1.

And, and, saya nak kurus. Percaya tak berat saya almost 70kg. *ni pendedahan exclusive dekat blog ni* Bukan apa, ada instruktor saya tu cakap saya gemuk. Memang tak cakap direct. Tapi ayat dia, haishh~ sabar Izan, sabar. Kawan lain pun ada cakap. Yang lelaki laa mulut tajam. Yang perempuan, takkan tegurnya.

Bukan sebab orang cakap je. Sendiri pun memang nak kurus. Sebabnya nak selesa bila berpakaian. Bukan niat nak pakai seksi-seksi. Tapi bila pakai baju tu, tak de laa ketat lagi. Biar jadi muslimah yang muslimah. So, so, solutionnya, kenalah laa diet and workout.

A day before penilaian silat hari tu, saya memang tak makan langsung. Kira the whole sabtu (hari latihan and class) tu memang tak makan, just banyakkan minum air kosong. Malam tu minum air soya. Lagipun time tu tak selera nak makan. Cuak sebab penilaian. Sampai muntah. Hehe. Time penilaian tu, ada laa rasa ringan sikit badan tapi still tak cukup stamina. Tapi okay laa.

Sekarang ni try workout sikit-sikit. Pagi ada laa round Tasik Proton City. And saya ada try this kind of workout. 

This ! this !
Tapi saya tak de laa ikut kiraan yang banyak tu. As starter, buat banyak yang mampu je. Adik saya suggest jogging. Seriously saya tak boleh nak jogging. Tak larat. Bila jogging kan, rasa dekat bahagian paha dan perut gatal-gatal. So, no jogging. Berjalan laju, boleh. Saya suka senamrobik sebenarnya. Kira saya suka buat workout indoor je. Sit up, tekan tubi, saya tak boleh buat. Hoho. *nak try buat split*

Kalau bab makan, saya tak makan nasi. Bukan tak sentuh langsung. Makan nasi tu, jarang-jarang laa dan kuantiti memang sikit je. Saya makan lauk je. Kalau lapar, makan bihun goreng or kuay tiao goreng as the main dish. Sayur, saya memang suka makan sayur. Sekarang ni, waktu makan saya, tak tentu. Tapi makan berat whether tengahari or dinner. Bab diet makan ni, sebenarnya tak betul. So, jangan follow. Make sure minum air kosong banyak-banyak.

Actually, saya tak patut buat entry ni. Ajar yang bukan-bukan je. Tapi, ni cara saya. Kalau jumpa saya pengsan mana-mana sebab tak cukup makan, tolong-tolong laa ye. Hahahaha. *merepek*

Ni baru je buat exercise. Rembat selimut Aween, tutup kepala. Hehe.
Gambar hari latest. First picture blur. Siapa laa tukang snap ni. Haishh~
Doa-doakan laa saya kurus. Amin. 
Doa tanpa usaha itu bohong. Usaha tanpa doa itu sombong. 
Maka, sekian sahaja entry saya pada kali ini. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

p/s: Tak padan dengan nak exam, sibuk update blog. Puihh~

Workoutlicious, apakah?
Noiechan.

Fight ! fight !

Thursday, May 30, 2013

Budak Poyo!

Assalamualaikum,

Tengah godek gambar dalam lappy ni. Jumpa pulak gambar sorang budak poyo ni. Sangat poyo! Tapi yang poyo ni laa kami semua sayang. The last one. Buah hati intan payung si bujang cencomel.

Muhammad Nur Zharif Ezzany bin Nordin
Budak ni insha Allah akan membesar jadi insan yang berguna. Teringat masa mama lahirkan Zharif or lebih mesra panggil baby ni. Ingat lagi along sangat jahat time tu. Cakap dengan mama tak nak baby. Along jadi selfish. Tapi rezeki Allah yang amat bernilai ini tetap mama lahirkan ke dunia ni even tiada siapa pedulikan kita.

Thanks sebab lahir dekat dunia ni. Thanks mama sebab jaga kami, besarkan kami dengan penuh kasih sayang. Sebabkan ada adik-adik laa along masih kuat dekat sini. Maafkan along dekat adik-adik semua. Insha Allah along akan jaga adik-adik semua. Mungkin along nampak mengada-ngada sangat. Tapi masa bergerak, mematangkan along sendiri.

Mungkin along bukan contoh yang baik. Tapi along harap adik-adik along membesar jadi orang yang berguna, ingat jasa mama and ayah. Seburuk-buruk mana pun orang tua kita, dia tetap insan yang melahir dan membesarkan kita.


Nampak tak gambar kita tak lengkap lagi. Harap gambar family kita akan lengkap ^_^

Alaa, melalut dah ni. Salah baby laa ni. Dah laa. Tak nak sambung lagi. Tu je. Okay, bye!

Love,
Noiechan.

Tuesday, May 28, 2013

Congrats Yaw!

Assalamualaikum people !!

Habis kuat jerit tu. Jemput jawab salam tu sebelum sambung baca ye.

Ehemm, ehemm. Pengumuman penting. Mulai semester hadapan, saya merupakan MMK UKLK. *woo, agak takbur di situ ye, Astaghfirullah* 

Tak, bukan nak takbur tapi hanya berkongsi kegembiraan. Haa? Apa MMK UKLK? Saya pun tak tahu apa laa maksud akronim tu. Yang pasti, UKLK tu Unit Kediaman Luar Kolej. Kira pegang jawatan laa. Seronoknya bukan apa, dapat mycat. Hehe. *Nampak pulak ketidak ikhlasan nya tu*

Ishh, insha Allah ikhlas ! Seronok sebenarnya join aktiviti macam ni sebenarnya. Dapat pengalaman. Hopefully lepas ni ada junior yang menyambung kepimpinan UKLK ni. *Promote, promote*

Portfolio yang dipegang masih belum dikenal pasti. Berharap dapat portfolio yang menarik laa kan. Bonus dapat partner yang sekepala. Tak sabar nya. Mungkin saya akan merungut busy or penat, tapi kerja tetap akan diteruskan. Insha Allah.





Okay, no comments for those pictures. Cuma yang pasti tu gambar baru keluar dari oven. Okay, doakan saya dan rakan-rakan selamat maju jaya. Mwehehe.

"Mewarisi Kegigihan, Meneruskan Kecemerlangan"

The Poyos,
Noiechan.



Friday, March 15, 2013

Zaman Muda

Assalamualaikum, もしもし,

Uishh, terasa tua pulak kan bila buat tajuk post macam tu. However, kena admit, memang dah tua. *sigh*

Hhmm, apa maksud tulisan yang cam cina tapi bukan cina, korea tapi bukan korea. Bagi yang tak  tahu, tu tulisan jepun or Indonesian cakap, Japang. It's say moshimoshi meaning hello, unformally. Bukan apa, saja terkeluar jepun tu sebab berkaitan dengan entri zaman muda ku dan most of people.

Topic hari ni mengenai, D-I-G-I-M-O-N. Yup3, Digimon! Semangat jew kan. Bukan apa, tetibe rindu zaman tu. Mesti ramai yang follow cite ni kan?! Ha, tak ingat? Nah, refresh memory anda.


Cite ni memang sangat best sampai  tahap I have a book that I write and draw bout this. Paling tak boleh bla I create a character  for myself which I can join the digi world too. Memang otak kanak-kanak sungguh. Sayang seribu kali sayang, buku tu sudah terbuang. Uwaaa~

Cite ni actually ada banyak season. Tapi I just follow till season 3 jew. Season 3 pown tak abes tengok sebab dah tak best macam season 1. Nothing can replace the first one. Characters dekat season 1 were awesome. 

Dalam season 1 ni pada part awal2 dia perkenalkan 7 characters with their digimon. The 8th character appear as their mission, looking for light which mean as hikari in japanese and the 8th character named Hikari, Tai's  sister.

Kalau nak cerita plot anime ni memang panjang. Tak larat nak cerita. So, senangkan cerita, search jew dekat youtube  pasal anime ni. They have every episode for every season and  movies too. Go for watch them. But (there's but) English dub not really great. Malay dub dekat youtube pulak guna nama cina. Opening theme for English dub tak best! Japenese version jugak  yang sedap didengar.

Ni characters dalam Digimon,








Ni pulak gabungan Digimon Adventure and Digimon Zero Two,


Digimon was an adventure anime and I really love it. Zaman tu memang best  tengok cite ni. And dengar laa opening theme dekat bawah ni. Seronok karaoke lagu ni. Haha.



That is it. Bye! さようなら~

Digimon Lover,
Noiechan.