Showing posts with label Mathematics. Show all posts
Showing posts with label Mathematics. Show all posts

Tuesday, November 8, 2016

PANGGILAN INTERVIEW SPP - PANGGILAN 7/11/2016

Assalamualaikum

Lama sangat tinggalkan dunia blogging ni. Kemunculan ni bermaksud. Noie nak share pengalaman semasa temu duga SPP. 

Post ni khas untuk mereka yang 'malu bertanya, sesat jalan' macam noie. 
AMARAN! POST INI MUNGKIN PANJANG
Sesat jalan macam mana? Almaklumlah, noie ni pemalu nak bersosial. So tak ramai kawan nak tanya pasal interview ni. Suka sangat fikir, bila contact kenalan yang tak rapat and tetibe nak tanya or minta sesuatu ni macam mempergunakan orang. Biasa laa pemikiran introvert. Huhuhu. 
Okay kembali pada tajuk asal. Masa dapat tahu yang NORIZAN BINTI NORDIN (obviously that's my real name) ni dapat panggilan interview, seronok dia macam dapat posting. Yelaa, setahun mengunggu lepas grad. Lama rasanya. (Tapi masa interview, borak dengan calon dari uni lain, ada yang menunggu sampai 4 ke 5 tahun).

So dalam kepala start fikir nak study untuk interview. Ni macam study last minute before exam. Berat menghafalnya macam 8 semester punya study. Macam cakap tadi, tak tahu nak start dari mana, nak bertanya malu. Huhuhu.

Nasib laa ni zaman teknologi. Sumber tu banyak.
Dari group whatsapp (members are coursemates) which noie tak aktif langsung, noie cedok laa pengalaman 2,3 orang coursemates yang luckily dah posting. Dorang share some topics, antaranya

CIRI-CIRI GURU YANG BERKUALITI
BUDAYA MEMBACA
MENGHADAPI GURU BERMASALAH
CARA MENGURUS PERISTIWA SEKOLAH
PERKARA DALAM BUKU RPH
PIBG
CONTOH SOALAN KBAT
FUNGSI SPP
PPPM
SISTEM DI KOLEJ VOKASIONAL
RASUAH
CARA MENINGKATKAN PRESTASI SEKOLAH
TUGAS GURU
FPK
KSSM
BPTV

Topik dah ada, apa lagi kita Google je laa. Download semua maklumat. Noie tak print sebab kedekut tapi nak baca dekat skrin phone sakit mata. So dengan kuno nya, noie salin maklumat penting.

Selain tu, ambil tahu semua nama panjang bagi singkatan yang digunakan dalam dunia pendidikan. Contoh, KBAT - kemahiran berfikir aras tinggi. Takut tak tahu, tak faham apa yang dibaca.

Dari blog guru-guru yang dah melalui interview SPP, mereka ada share maklumat penting seperti

SENARAI SEMAK - wajib print
SLIP PANGGILAN TEMUDUGA
BUKU RPH SEMASA PRAKTIKUM
SUSUNAN SIJIL DALAM FAIL -
1. Kad pengenalan
2. Sijil lahir
3. Sijil SPM
4. Sijil berhenti sekolah
5. Surat pengiktirafan JPA - dapatkan dari laman web JPA
6. Surat tawaran ISMP - UPSIan takyah; tak tahu uni lain
7. Surat tamat pengajian - ada sign naib canselor
8. Sijil pencapaian 
9. Transkrip

SALINAN DOKUMEN - mesti dapatkan cop pengesahan. Noie minta cop daripada pentadbiran SMK Bdr Baru Btg Kali sebab paling dekat and adik pun sekolah kt situ
1. Kad pengenalan
2. Sijil lahir
3. Sijil SPM
4. Surat tawaran ISMP *kalau perlu
5. 3  Sijil pencapaian terbaik - sijil dekan tak termasuk; nak sijil penghargaan atau penyertaan
6. Transkrip

PEMAKAIAN SEMASA INTERVIEW
1. Nametag - saiz 7.5×2.5; Nama satu perkataan sahaja (baca pekeliling)
2. Pakaian formal - kemeja (L); baju kurung (P); 
3. Blazer - 3 butang (L); 2 butang di kiri (P)
4. Kasut bertutup - warna gelap

* * * * *
HARI INTERVIEW

Memang takkan lupa laa merempit dari shah alam ke Putrajaya. Thanks to my sister yang bawak motor and noie jadi gps kat belakang dia.

Sampai dekat Putrajaya dalam 7.15 am (dalam slip temuduga, masa yang ditetapkan 7.30am). Memang nampak laa queue yang panjang dekat pintu masuk. And angah cakap, skemanya beratur. Well, cikgukan. Kena jadi contoh yang baik.

Dah masuk bangunan, barulah jumpa coursemates yang lain. Awal depa tu datang. Hehehe. Memang lama tak jumpa. Throwback betul.

Noie group ketiga untuk interview. Group ni terdiri daripada calon dari UTM (1), UiTM (3), UPSI (2) and noie tak sure this lady dari mana tapi yang pasti dari satu course teaching yang terbaik. Ye, bilik interview, Bilik 16, untuk course maths. Group pertama katanya group grad dari luar negara. Group kedua ada 3 orang coursemates noie. And each group ada 7 calon.

Lepas group kedua habis, apa lagi, kutip pengalaman dorang. Adalah topik yang dorang share and memang bangggg kena kt noie. Nasib sempat study. Nak pulak time tu pukul 11:30am, pegawai and cikgu yang interview kami pergi rehat dulu. Sempat laa belek balik notes.

And kami dipanggil masuk dalam pukul 12 tengah hari.

SEMASA INTERVIEW

Bila masuk bilik, memang terus dup dap. Don't worry sebenarnya penemu duga ni baik-baik. Nervous tu bukan sebab takut tapi biasalah ni kan soal kerjaya impian. Hehehe.

Semasa duduk, noie duduk di tengah-tengah. Memang hadap penemuduga depan-depan. Kami semua duduk secara melengkung.

Penemuduga pertama, seorang lelaki, chinese, nampak peramah (memang sempoi). Penemuduga kedua seorang guru wanita, cantik.

Soalan pertama, kenalkan diri. Time ni dup dap dia tak teratur dah and dalam kepala set, jangan nervous, jangan nervous nanti suara bergetar. Time ni cerita laa nama, umur, asal, course, universiti, cgpa and experiences.

Next, soalan yang dikemukakan penemuduga dari spp, apa perbezaan fpk dan falsafah pendidikan guru. Memang rasa macam kena tembak. Honestly memang tak baca tentang fpg tu. Sorang-sorang bagi pendapat.

Soalan seterusnya, perbezaan pengajar dan pendidik. Yang ni memang pendapat kita. Noie punya jawapan, semua orang boleh jadi pengajar, ambil buku teks dan ajar. Pendidik pula mengajar dengan mengenali pelajarnya. Tahu emosi dan tahu macam mana nak tackle student tersebut sesuai dengan dia supaya mudah faham apa yang dipelajari. Tak tahu laa betul ke tak.

Penemuduga kedua pula menyoal. Apa kepentingan menulis RPH dan berikan kaedah yang digunakan untuk mengajar topik pilihan. Next soalan puan ni berbeza untuk setiap calon. 

Calon pertama, maksud PBS. YDP PIBG dipilih dari kalangan siapa.
Calon kedua,  pelaksanaan PBS dan dua unit bawah hal ehwal murid.
Calon ketiga, adil tak pelaksanaan PBS, unit bawah hal ehwal murid (kesinambungan) dan ketua bahagian hal ehwal murid
Calon keempat (noie), kaitan taksonomi bloom dengan band, contoh topik dan cara pemberian band, ketua bahagian hal ehwal murid (kesinambungan) dan tugas pengetua dalam bahagian hal ehwal murid. 
Calon kelima, sorry tak ingat sebab tengah tarik nafas lega. Tapi soalan berkaitan organisasi sekolah, siapa yang mengetuai bahagian kurikulum
Calon keenam, subjek yang tiada ujian bertulis dalam PT3.
Calon ketujuh, tak ingat laa. Huuu. 

Kembali pada penemuduga pertama, beliau beri masa seminit untuk kami pilih satu isu semasa dan huraikan, beri pendapat. Tricky nya di sini, beliau akan tanya nama menteri yang berkaitan dengan isu tersebut. 

Macam noie cerita pasal isu bajet 2017 tentang penyelarasan sistem dasar pendidikan maahad tahfiz, kait dengan anjakan PPPM. Lancar laa sekali tanya nama Menteri yang berkaitan dengan hal ehwal agama. 

Di sini noie bagi tips. Kalau tak tahu, cakap je maaf, tak tahu. Kalau awak hmmm, hmmmm lama sangat, makan masa. Jawab dengan yakin. Kurangkan hmmm hmmmm untuk berfikir. 

Jaga penampilan sebagai bakal guru. Tapi jangan make up berlebihan pulak. Datang awal. Study. Buat homework. Homework awak menunjukkan kesungguhan awak. 



Cukup kot. Hope everything turns out well for me and the others calon interview. 

Passion in teaching, 
Noiechan


Saturday, June 15, 2013

Marah Itu Sayang

Assalamualaikum,

*knock knock* *who's there?* *mary* *mary who?* *mary me* woot! woot! Okay, berangan. Such a lame knock knock joke. Hahaha. Ini tak ada kena mengena dengan topic entry ini.

Ha, korang percaya tak marah tu sayang? Ye, marah tu sayang. Tapi, sayang tu tak semestinya kena marah. Get it? Awak, awak ingat saya marah sebab saya marah ke? Saya marah sebab saya sayang awak laa. *menggedik jap*

Tahu tak seorang ibu tu takkan marah tanpa sebab, sesuka hati dia. Biasanya mama selalu marah-marah sebab nak tegur. Yang jadi marah tu sebab bila mama cakap baik-baik, tak nak dengar. Dah kena marah baru nak jalan. Haishh. Anak-anak biasanya takkan faham. *terasa dekat diri sendiri*

Suami isteri pun ada marah-marah sampai gaduh. Kalau laa hidup ni tak ada pasang surut, bukan kehidupan namanya. Kehidupan yang flat ni, membosankan.

Macam ni laa.
Dengan kawan-kawan pun. Kita gaduh-gaduh, tapi sebenarnya gaduh tu gaduh manja je. Macam kami. *walawei*





Comel tak kami. Gambar ni diambil dekat Proton City. Gaya bergambar dah macam budak sem 8. Over je. Balik laa. Study bagi habis. Omo, omo, pengumuman! Exam dah habis!! Wee~ *lap air mata*

Means, semester 4 juga sudah berakhir dengan jayanya tanpa mengetahui lagi result yang tah berjaya jugak atau ke laut je. Risau, risau. Sudah, lari topic lagi. Entah, konklusinya saya sayang semua orang walaupun kadang-kala saya marah atau tak suka dengan seseorang itu.

p/s: semalam merupakan Kiss Day dekat Korea. *ada aku kesah?*

p/s: entry terbaru kak maghia best laa

p/s: tahniah irine nadia dapat baby girl *lame*

p/s: selamat bercuti.

p/s: berapa banyak p/s da~

XOXO,
Noiechan.

Friday, June 14, 2013

Officially in the "Family"

Assalamualaikum,

Ingat tak before this saya ada taip entry pasal saya ada join MMK UKLK? Ingat tak? Tak ingat? Tak nak cerita lagi. Hey, ada saya kisah. Nak cerita jugak! *kenapa macam kasar je ni?*

Apa pun cerita nya cenggini. Kan hari tu cerita dah dapat join this MMK thing but still tak tahu portfolio dalam ini organisasi. On 12th June 2013, yup, officially dapat surat pelantikan tersebut and guess what, I got Exco Ekonomi dan Keusahawanan. What??!

Ye, exco yang saya sendiri tak expect saya akan dapat. Kenapa tak pilih budak yang memangnya dari course yang berkaitan. Tapi, saya tetap fikir yang positif. Mungkin dengan pegang exco ni, banyak pengalaman boleh dikutip. Ye dok? Saya pun bukan sorang-sorang dalam exco ni. Bukan setakat Kak Muzalifah (another Exco Ekonomi dan Keusahawanan) tapi satu keluarga MMK UKLK juga akan bersama-sama bekerja. *semangat ni*

Ni list dalam MMK UKLK

First program as the MMK which is Bengkel Pemantapan MMK Kolej-kolej
Kediaman 2013
Next, Timbang Tara UKLK 2013
Really excited about these things but at the same time, nervousness pun mendatang. *kesat peluh* A lot more to come. Next semester more challenges to overcome and pointer, jangan jatuh. Huk huk.

Hope semua orang akan bekerjasama dengan baik, bertoleransi and paling penting tidak kedekut ilmu serta saling membantu. Saya memang tidak berpengalaman dalam buat paperwork. Sepanjang join Persatuan Matematik, saya hanyalah ajk yang bekerja. Di sini mungkin platform baru untuk mencuba dan menjayakan sesuatu yang baru.

Ehem, terasa macam bakal seorang guru  yang berdedikasi  pulak bila cakap camni kan. Hahaha. *serius mood back* Doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga baru ni ye. Do support us! Terima kasih. 

New exco,
Noiechan.

Tuesday, June 11, 2013

Exam Chat On

Assalamualaikum,

Seronok je malam ni sebab tak yah study. *pernah ke saya study? hahaha* Semua orang sekarang ni, mesti tengah busy study untuk exam kan? kan? *gelak evil jap* Saya tinggal satu paper je lagi. Paper English 4. Can't wait for that moment. Moment end of examination.

Last week memang perit. Mana taknya, exam 3 hari berturut-turut. Semua subjek major. Theory Statistics, Ordinary Differential equation and Linear Programming. Really tough. Sangat salute mereka yang score. Saya?  harapan je laa. Setakat telur di hujung tanduk je. *makin kurang harga hantaran*

Ni my own nota. Step by step nak buat calculation. Dah macam buat essay. -,-
Ni semalam. Before study 3P.

Tengok dark circle tuh! Pakaian dah macam study dekat Oxford. Berangan!
Ni lepas dah jawab 3P
Mostly jawapan untuk 3P memang dibantai sahaja. Uwaaa~ Ha, paling tak boleh blah time exam 3P kan,  ada sorang budak sem 2 ni,  tengah jawab exam. Tetiba  handphone dia bunyi. Memang tak patut bunyi time tu. Yang tak tahannya, ringtone  dia  lagu apa taw, lagu iklan beras cap rambutan tu. Hahahaha. Nasib saya tak gelak besar time tu. Masih menghormati waktu exam and tak mengganggu konsetrasi orang lain. *concentrate laa sangat  kan?*

Sekarang ni, hanya mampu bertawakal and berdoa dekat Allah. Hopefully pointer tak menurun. Amiin~

And buat pembaca blog ni, saya hadiahkan my own drawing yang tak berapa nak perfect ni. *Hey, ingat senang ke nak  draw plus dah lama tak buat*


That's all from me. Kita doakan kejayaan kita bersama-sama ye. Assalamualaikum.

Yang menaip,
Noiechan.



Thursday, December 27, 2012

Study and Dying Week in ON!

Assalamualaikum,

Yup, study week dah lama mula. My first paper on 31st December. Tooooo early! Haiyaa~ As before, study week ni tak de makna saya nak bukak buku. Selagi belum malam exam, selagi tu tahap kesedaran nak mentelaah buku-buku-buku-buku. Skemanya, mentelaah you know. Hahaha.

Since tak boleh nak setadi ni, saya mulalah mencari hobi baru. Godek punya godek dekat youtube for some interesting artwork, jyeah, I found O-R-I-G-A-M-I. *Baca style Spongebob sebut I-M-A-G-I-N-A-T-I-O-N

Pilih origami sebab murah, tak perlu mencari bahan lain. All you need is paperssss. Tambahan lagi saya nak menghabiskan A4 paper yang dibeli since semester satu lagi. Nampak sangat pemalas buat latihan and notes sebab kertas tu tak luak langsung. Hehe.

Ni hasil kerja saya, menghadap youtube then lipat-lipat-lipat-lipat.

This is firework origami. Kalau guna colorful paper lagi cantik. Actually bila kita pusing-pusingkan dia nampak laa firework itu.
Love. Ni permintaan Aween.
Bunga tulip. Eqah tanya ni apa? Okay, tak nampak sangat ketulipannya. =="
This the first origami I made. It's paper crane yo! Dari dulu lagi nak buat benda ni. Hehe.
Masa buat origami ni, ada cakap dekat Eqah, yang saya dah tahu nak wedding camne. Then laju jew dia cakap, "Nak buat origami laa tu". Hahaha. No laa, tak lawa laa buat origami untuk wedding. Tapi akan dipertimbangkan. Aaah, NO laa. Cukup! No wedding-wedding. Study dulu, ambik exam dulu. Pass it!

Cakap pasal Eqah, nak thanks again banyak-banyak dekat beliau sebab prepare dinner with cake for my birthday two weeks ago. Thanks beybeyh. Also for the present. Hehe.



So that's the end of this entry. Btw, pleaseee doakan saya boleh mengulang kaji dengan tenang dan dapat ingat and dapat jawab exam and dapat kerja and dapat banyak duit and dapat shopping and jenjalan. ==" Owh, doakan untuk kawan-kawan saya yang lain.

Di sini juga,

Saya mendoakan kejayaan semua orang yang akan ambil exam, yang akan bekerja, yang akan berbahagia, yang segala yang baik laa. Semoga dipermudah segala urusan dunia dan akhirat. 
Ameen.

Bye!

With love,
Noiechan.





Wednesday, November 21, 2012

Calculus | Cone, Sketch it!

Assalamualaikum,

Question:
Reduce the equation to one of the standard forms and sketch it.

x^2 - y^2 + z^2 - 4x - 2y - 2z + 4 = 0

Answer:


Hope its helping!

Maths teacher-to-be,
Noiechan.