Showing posts with label Youtube. Show all posts
Showing posts with label Youtube. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

What an Uh-Ah

Assalamualaikum,

Morning semua. Happy Sunday!


Apa yang uh-oh? My breakfast.



Only apple and lemon juice. Serius. Apple ni, nasib beli dekat pasar semalam. Kalau tak, tak makan laa jawabnya. Tak pe, sabar. Lunch nanti, nak makan banyak-banyak. *tu kalau rajin keluar* Bila tak de class ni kan, jadi malas nak keluar.

Cepat laa masa berlalu. Nak balik rumah. Tadi paling buat mental breakdown ialah bila masanya ketika *apa ayat ni?* *sambung* bila call mama. Mama cakap mama masak nasi lemak. Mama kata sedap. Baby pun tambah-tambah makan. Ma, jealous! Pastu boleh pulak mama cakap "Meyh laa datang sini ambik nasi lemak" MAAAAAAAAAAAA~

Sabar je laa bila dapat mama yang muda ni. FYI beza umur mama dengan saya cuma 19 tahun. Semua orang tak percaya bila cakap saya ni anak dia. *ni nak nyanyi lagu sedih ni*

Kenapa mesti taip panjang-panjang ni??! Tadi ingat nak cakap morning and boh (bubuh) gambar tu je. Arghhh~

Okay, apa-apa pun enjoy your holiday! *laundry, laundry memanggil*

Assalamualaikum.

Location: masih di bumi Tanjong Malim. urghh~

Yang dah bangun pagi tapi tak mandi lagi,
Noiechan.


Saturday, June 1, 2013

Rutin Buka Laptop

Assalamualaikum,

Hehe. *sengih kerang busuk jap* Entry ni just nak share rutin saya bila bukak laptop. *ni bajet macam 9375982920 orang dekat luar sana nak ambik tahu* Faham tak, nak share. Huuu~

First bila bukak laptop pangkah semua benda yang automatically open masa on laptop. Then, kena tekan button wireless. Yep, laptop saya ni really old fashion. Laptop ni legend taw. Nak masuk lima tahun dah umur dia. Ni laa hadiah PMR dulu. Sayang sangat nak tukar baru. Berapa kali usha-usha laptop baru. Memang nak beli baru. Tapi bila ingat dekat lappy yang satu ni, terasa something *tak tahu nak letak word apa nak gambarkan* Owh, abaikan.

Sambung-sambung

Connected wifi, click facebook, twitter, email, blogger dashboard, youtube. Check notification, click mana yang rasa penting jew, baca status orang, like kalau perlu. Saya jarang nak update status or comment status orang. Baru-baru ni jew adalah update. Yang saya suka buat dekat facebook, upload picture sebabnya picture ni, describe thousands words. Actually saya jenis visually reader. Orang tak suka baca buku ni, suka dengan gambar jew. Korang post laa panjang mana pun, saya tengok sikit je, kalau ada gambar, baru tenung lama-lama.

Dekat twitter, tengok connect then retweet yang mana rasa berkaitan or ada quotes yang best-best je. Nasib twitter ada limit words. So, ada laa baca ayat pendek-pendek. Kalau tak, langsung tak baca. Dulu saya rajin laa nak bertweet. Tapi sekarang tak sebabnya banyak sangat orang guna twitter lately. Dulu saya tweet merata je. Sekarang kena fikir sebelum nak post atas talian *atas talian kau. very the BM* Kita tak tahu, apa yang kita buat sekarang, mungkin effect pada masa depan. Hhmm, tak tahu laa korang setuju ke tak. *Terasa dah matured pulak, cakap macam ni. gelak action kamen pulak*

Email, kalau ada email yang penting, baca. Kalau tak, terus delete. Blogger dashboard pulak, tengok kalau blogger lain ada update new entry. Blogger sekarang dah tak macam dulu. Dulu, blogger memang nak share diary ke, cerita yang menarik ke, sekarang ni, asyik update pasal barang meniaga. Ada baik ada taknya. Tapi rasa macam tak ikhlas bila dorang update barang yang dorang buat review dekat event-event. Entah. Pastu, tengok ada tak orang komen dekat entry saya. Haram. Tarak. Sedihnya. *Tak yah nak bajet femes, semua orang nak komen dekat blog kau ye*

Youtube pulak, tengok dekat subscriptions, kalau pasal make up, beauty things, saya tengok. Saya subscribe BubzbeautyAnneorshineMichellePhanKlairedelysArt. Dorang ni memang awesome. Yang saya rajin tengok gak, GlobalWeGotMarriedJoyofBaking1nigahiga and many many more laa. Kalau youtube nothing to watch, tengok kshownow. Tak de pape gak, bukak playlist dekat youtube, karaKO pulak. Kadang tu, tak payah bukak, housemate bukak lagu, layan je. Tapi kalau bukak rock terlampau kapak tu, memang kena bukak playlist sendiri.

Next, baru laa sibuk nak buat kerja. Tapi, biasanya kalau buat kerja tu, maksudnya buat assignment last minute laa. Hehe. Esok nak hantar, malam baru nak buat. *tolong jangan tiru aksi ganas ni* Ingat lagi, pernah tidur lambat sebab nak buat kerja, tak silap. Esoknya drive pergi class, tak sampai campus lagi, accident. Saya tertidur masa drive, siap mimpi lagi. Hoho. Tayar kereta pecah sebab naik divider jalan. Nasib driver dan penumpang tak apa-apa. Fuhh~

Perasan tak, perasan tak, saya taip panjang melebor ni. Again, this is really not me. Haha. Entry yang merepek ni pulak yang panjang. Assignment tak panjang camni pun. Dengan muka tak tahu malu hantar assignment 3P 10 pages je. Orang lain bukan main tebal lagi. Hahahaha. *tu gelak cover salah sendiri. lempang 673937944 kali sama dia.*

Dah, dah laa merapu tu ye. Baik study untuk exam. *ni nampak benor menipunye* Okay, dah. enough is enough. Cukup! Haishh, sepak betul-betul gak. Done, Assalamualaikum.

p/s: Exam 6, 7, 8 Jun sambung 10 dan 15 Jun. Aaaa~ Jangan ditanya kenapa tak dapat dean list.

p/s: Maaf, tak de gambar.

Merapu meraban,
Noiechan.

Tuesday, May 28, 2013

Today is Tuesday

Assalamualaikum,

Ye, semua orang tahu, hari ni 28 Mei 2013 bersamaan 18 Rejab 1434H adalah hari Selasa. Okay2, cikgu cuma nak ingatkan jew. Waa, cikgu kau. Jangan nak perasan, belum diiktiraf lagi ye.

Hari ni merupakan hari terakhir menghadiri kuliah for this semester. Woohoo~ Semester ni catat rekod, English class tak pernah ponteng lagi. Okay, subjek lain, sorry to say, ngak bisa sih. Haha. Okay, ni rahsia ye.

Nampak tak, iron board pun nak tumpang famous. Puii~ *Nape bajet ayu sangat ni?!*

Serius dah lama tak pakai tudung jojet ni.
Tu, hashtag OOTD. *Bajet kau artis ke Jah?* Yelaa, nak buat macam mana, tak de instagram nak share. Guna blog jew laa ye.

Tadi baru jew settlekan laporan kewangan untuk Program Tempur Tanpa Senjata untuk Silat Serimau Hitam I. Entah betul ke tidak laporan tu kan. Tak pe, janji dah buat. Tinggal nak bagi resit dekat setiausaha jew. Habis kerja ni, nak siapkan the last assignment untuk Techno. Haishh~

Next week dah start exam. Wish me luck, people yaw~

Mungkin itu sahaja nak dismpaikan di sini. Owh, sekeping gambar bajet comel pulak. Mwehehe.

Comel ke? rasa nak sepak jew kan? fine~

Done, done, done! Nak layan We Got Married pulak. Chow~

p/s: Congrats dekat Maria Elena sebab pregnant. *Saya bila lagi??* Okay, tu memang mintak sepak 4367299101kali.

p/s: Tak sabar nak Ramadhan (:

Menanti Exam,
Noiechan.





Wednesday, August 15, 2012

Hijab| Agama atau Trend

Assalamualaikum people yo people!

Hijab, tu nama urban dia. Kalau orang kampung cam saya ni, panggil tudung jew. Setuju tak? Salah! Memang hijab tu tudung. Tapi tak bermaksud orang bandar jew panggil hijab. Hijab tu bahasa arab laa bhai. Bukan bahasa Melayu moden okay.

Cukup dengan pengertian hijab. Saya bukannya Kamus Dewan Bahasa nak terjemah tu semua. Apa yang saya tahu, benda-benda ni digunakan untuk menutup aurat. Yes, gegirl sekalian, untuk TUTUP AURAT. Isunya di sini, orang kata, gegirl-gegirl sekarang ni pakai tudung bukan disebabkan keikhlasan hati tapi disebabkan trend. Dan paling best sebab dapat tajaan dan jadi model tudung. Betul ke?

Hey, uolls out there! Bagi pendapat serta pandangan daripada Prof Noiechan, *berangan di situ* biarlah atas sebab apa pun gegirl-gegirl ni nak pakai tudung. Janji tutup aurat. Ye, dak? *saya sedang memancing undi untuk PRU ni. Hehe*

Sekarang ni, jangan dipertikaikan, ni mesti tutup tudung sebab kawan, ni mesti pakai tudung sebab nak tiru Yuna atau Najwa Latif. Yang penting di sini, isu tutup aurat. Rasanya tak salah kowt. Mungkin mula-mula sebab ikut trend (sama ada trend semasa atau trend menghormati bulan Ramadhan). Lama-lama terbiasa dan akan istiqamah dalam menutup aurat.

Rasanya kalau ikut trend adalah tidak salah di sisi undang-undang. Dah jadi sifat semula jadi si gegirl ni suka pada benda yang cantik. *dapat pancing undi lagi. boleh menang PRU ni*. Nak fashion belit-belit laa, fesyen Norjuma laa, atau fesyen tadah air hujan (ni, bestfriend bagi nama. Geletek perut dengar), yang penting dah tutup aurat. Kau ada?

Tapi, ikut trend, ikut jugak. Cara bertudung atau berhijab perlu ikut cara yang tepat jugak. Saya ada baca dalam terjemahan al-Quran, berhijab ni perlu menutupi bahagian dada. Pastu kain tak boleh jarang. Bukan berlagak alim di sini ye. Saya cuma menaip benda yang saya dah baca dan bukan baca di buku biasa okay. *please jangan bagi pandangan negatif bila saya menaip benda-benda ni semua. Peace yaw!*

Di sini juga saya menuntut agar pemerhati-pemerhati di luar sana tidak terus men-judge *kelas bahasa kau Jah* gegirl-gegirl ini. Sebaliknya, beri nasihat dan pedoman dengan cara yang lebih baik. Mungkin anda bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang memang mendidik anda dengan agama seeloknya dan saya tidak bermaksud gegirl ini tidak dididik dengan agama, jadi saya rasa, to make world better, we should work together to gain it. *Memang ayat politik*.

So di sini, berhijab| agama atau trend? Bagi saya, ianya berdasarkan perintah agama dan saya juga mengikuti trend serta meng-kucing-tiru style yang boleh diterima pakai. Rasanya antara contoh yang baik dalam berhijab ialah Heliza HelmiDiana Amir dan Dena Bahrin. Dorang ni, memang berhijab dan trendy jugak laa. Itu sebagai panduan. (:

Owh, hijabsters sekalian, good job sebab menunjukkan kepada dunia betapa mudah dan indahnya dunia ni bila kita menutup aurat. *double thumbs up*

Terima kasih sebab membaca dan jemput jugak baca post yang lalu. Cekidaut yaw! Saya juga ingin meminta maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa sepanjang penaipan entri ini. Saya jugak baru dalam berhijab ini. Minta tunjuk ajar dan teguran yang membina dalam penampilan diri ini. Cewahh~

Sekian sahaja entri ini ye *sambil menari jogetjoget* Huhu.

p/s: Masuk toilet pown tutup kepala taw. Pesanan ni bukan untuk perempuan sahaja ye. Peace yaw!

Nak cun berhijab,
Noiechan.


Thursday, April 5, 2012

We're Not the Rudest

Assalamualaikum,

Malaysia is not the rudest citizen in the world. Maybe we're not the polite one, but we still have respect towards each other and towards people who visiting our country. I think a lot people think like that too.

Waa~ cakap omputih kau Jah. Haha. Saja je, testing power. Betul, Malaysia memang penuh dengan adat dan budaya yang dijaga dengan tertib. Dari cara ekpresi muka sampai cara nak makan. Sopan giler.

Idea untuk tulis entry: Yahoo!

Bawah ni video a bit about Malaysia. Not the facts but to me some are true.


Do subscribe this guy. Awesome! Joseph Germani


The tourist thought. Forgive her for her wrong facts.


I think this the best video ever to tell about you and me childhood in Malaysia. Think other country have??

Enjoy this entry. And thanks sebab baca!